KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

JANGAN JEALOUS ... INI LAH KERETA BARU WAK



Radenjowo

Akhir nya wak capai keputusan untuk membeli kenderaan Nissan. Sudah jenuh mencari cari dan mengumpul maklumat dan akhirnya wak temui kereta idaman untuk ganti kereta wak yang sudah uzur..... Tolak campur, tolak campur ...tambah lebih sikit untuk deposit, dan wak akan selesa memandu kenderaan pacuan 4 roda terbaru keluaran Nissan, meluncur di jalan dengan kepala mendongak apabila memintas kenderaan kecil dan murah.

Malam Sabtu yang lepas wak tak banyak bercerita di Forum kerana melihat lihat katalog. Hmmmmmm......

Deposit sudah dibayar dan tiba masanya untuk mengambil kenderaan di Show Room. Plate Number sudah diluluskan JPJ dan sudah pun di tampal di depan dan belakang kenderaan canggih. Salesman senyum puas hati dan anak anak wak melompat kegembiraan. Semua menaiki kenderaan baru dan wak pun sempat melambai jurujual untuk meninggalkan showroom Nissan. Tiba tiba kenderaan tidak boleh dihidupkan. Wak panik...isteri wak pun dah binggung dan mencuit bahu wak berkali kali. Isteri wak berkata ..... Bah, bah, bangun !!! Apesal tidur depan komputer. Rupanya wak bermimpi. Wak pun bersiap pagi ini dan bersedia untuk ke tempat kerja. Masih guna kenderaan yang lama. Gegegege....bunyi kenderaan bila langgar lopak kat jalan. Hati berkata .... "Tu la apesal tak sokong BN?"

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive