KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

DOLLAH KE SABAH LAGI



KLPOS - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini bagi lawatan kerja sehari.

Perdana Menteri tiba pada pukul 10.10 pagi dengan pesawat khas diiringi bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, anggota kabinet negeri dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Abdullah akan menghadiri perjumpaan dengan Badan Perhubungan Umno negeri pagi ini dan pada pukul 2 petang Perdana Menteri akan menghadiri perjumpaan dengan pemimpin BN negeri.

Abdullah dijangka menghadiri majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas sebelum berlepas pulang pada kira-kira pukul 10 malam ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive