KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

Sudah 30% UMNO Bukit Gelugor desak adakan EGM

Star
(..) "Janganlah para pemimpin ini saling berbalah sesama sendiri kerana bukan sahaja anggota parti merasa gelisah dengan perkembangan ini malahan ia membuka peluang kepada pembangkang untuk mengkritik kita," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Omar berkata kritikan terbuka bekas presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini, seharusnya tidak dianggap negatif tetapi ia dibuat kerana beliau sayangkan parti dan tidak mahu melihat Umno hancur.

"Kita tidak boleh tinggalkan veteran parti yang telah banyak berjasa dan juga berpengalaman dan pemimpin sekarang jangan pula mudah melatah dan melompat bila ditegur.

Tapi apa yang saya lihat sekarang, tuding menuding kesalahan lalu, memburukkan imej parti,"katanya.

Omar juga berkata Umno Bahagian Bukit Gelugor mungkin mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu kuota pencalonan bagi membolehkan seseorang itu bertanding jawatan tertinggi parti dan membincangkan mengenai prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Ketika ini 30 peratus daripada jawatankuasa bahagian itu telah mendesak supaya diadakan EGM dan saya serahkan kepada semua jawatankuasa tiga peringkat di bahagian untuk memutuskan kewajaran EGM itu," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive