KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

Khairy letak calon proksi?

Malaysiakini - Kini tersebar berita bahawa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda tetapi akan meletakkan calon proksinya bagi merebut jawatan tersebut.

Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Malah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri terpaksa melepaskan jawatan ketua Pemuda Umno kerana tindak-tanduk beliau serta kenyataannya yang dipercayaai menjadi antara sebab kekalahan BN dan Umno.

hishammuddin hussein 01Ia termasuk isu Hishammuddin menghunus keris di perhimpunan agung Umno yang menyebabkan kalangan bukan Melayu, termasuk di kalangan parti-parti komponen BN sendiri, merasa tidak senang.

khairy jamaluddin 061107Khairy pula mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menyampaikan ucapan yang didakwa memperlekehkan sumbangan sayap-sayap pemuda komponen BN yang lain.

Calon yang dijangka dicalonkan sebagai proksi Khairy ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang pernah aktif sebagai exco Pemuda Umno.

Perkara ini mula diperkatakan di kalangan ahli-ahli pergerakan tersebut sejak minggu lalu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive