KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

UMNO menggelapkan wang KEMPEN = Dollah


Utusanloya - Abdullah Ahmad Badawi hari ini mendedahkan wujud perbuatan pemimpin UMNO 'menggelapkan' wang kempen pilihan raya sehingga menyebabkan calon parti itu kalah pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pendedahan yang dibuat Abdullah ketika Majlis Penerangan Bersama Presiden UMNO, membabitkan perbuatan pemimpin tertentu melakukan sabotaj dengan tidak mengagihkan wang berkenaan kepada jentera pilihan raya.

Sebaliknya, kata beliau, wang itu disimpan pemimpin terbabit untuk digunakan ketika pertandingan dalam parti.

Mohd. Ali berkata, langkah itu juga bertujuan memastikan calon yang bertanding dalam pilihan raya kalah kerana bimbang jika menang, individu berkenaan akan lebih bersemangat untuk merebut jawatan di peringkat pemilihan parti.

''Kita melihat banyak ahli yang menyesal kerana melakukan perbuatan sabotaj ini semata-mata disebabkan tidak menyukai calon yang dipilih sehingga menyebabkan kita kalah di kawasan sendiri," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive