KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 10, 2008

'Kenaikan harga minyak tidak dibincang dengan MT Umno' - Khir Toyo

harakahdaily - Kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bagi melihat dari perspektif kepentingan rakyat banyak.

Malah kenaikan harga petrol sebanyak RM 0.78 seliter diakui sememangnya amat tinggi dan sukar untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana menerimanya.

Demikian luahan pendapat Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo yang juga turut terkejut dengan kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan,

"Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kenaikan drastik ini. Mungkin jika ia dapat dikurangkan separuh daripada kenaikan hari ini pun ia cukup bermakna kepada rakyat dan industri kecil dan sederhana," katanya dalam blognya.

Selain itu beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menurunkan tarif elektrik bagi mengimbang kenaikan kos akibat harga petrol malah memberi subsidi kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Janganlah terlalu dipentingkan keuntungan beratus juta syarikat berkaitan kerajaan (Government Link Company - GLC) sehingga rakyat di bawah menderita. Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?" katanya.

Selain itu Khir juga menyarankan Petronas dan semua GLC negara mengumumkan keuntungan kepada kabinet sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu di berikan kepada mereka.

Jika GLC ingin memberikan bonus kepada kakitangan, mereka perlu membuat sumbangan kepada Kerajaan Negeri di samping menyelesaikan pinjaman mengikut jadual, katanya.... selanjutnya.

2 comments:

Anonymous said...

kat parlimen pon tak bawak bincang...inikn kat mt menomore. tkt 4 punye kuasa veto kot. mentri pon kene sondol....apa punye nasib m'sia kita????

rasaBijak said...

ToyoL nak tunjuk yg dia tu hero rakyat.. kehkeh

Posting terkini

Blog Archive