KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 10, 2008

Khir Toyo cuba ganggu lagi

Jangan bayar cukai pintu, air – Mohamad Khir
tranungkite - [...] Penduduk di negeri ini diminta tidak menjelaskan cukai pintu bagi tempoh penggal kedua tahun ini sekiranya kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak menurunkan kadar cukai itu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya mereka.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ketika ini pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam proses mengeluarkan bil cukai pintu untuk tempoh enam bulan kedua tahun ini.

''Kita beritahu rakyat, jangan bayar bil cukai pintu sebab janji mereka dahulu selepas 100 hari, penduduk akan menikmati pengurangan cukai, oleh itu mereka perlu menunaikan janji.

''Kalau kerajaan negeri hendak sita rumah penduduk yang tidak menjelaskan cukai pintu, sitalah beratus ribu rumah, kita mahu lihat sejauhmana mereka mampu bertindak ,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini... selanjutnya.
No2umnO - Mula mula UMNO guna bekas mahasiswa UITM untuk buat lapuran polis berkaitan manifesto. Bila orang dah kenal budak sekor ni .... kes tu senyap dan budak tu pun tak bercakap sampai la ni. Lepas tu kecoh pulak beberapa hari yang lepas, tentang isu lapuran BPR yang dibuat oleh ahli PKR di Kuala Selangor. Bila bertanya tentang 4 mangkuk ni pada orang kampung di Kuala Selangor, semua pun tak kenal. Nak menipu mudah, bayar RM1 jadi ahli, lepas tu buat lapuran BPR. Kononnya .... ahli PKR yang kecoh.

Dan sekarang, Khir Toyo minta rakyat Selangor tak payah bayar air dan cukai pintu pulak. Kalau dah lahir sebagai penipu, sampai mati pun menipu. Disebelah pihak lagi, SYABAS tolak semua usul dari kerajaan Selangor untuk tidak memberikan air percuma kepada rakyat. Rasanya otak membelit UMNO ni tak habis habis mengganggu gugat pemerintahan Parti Lawan mereka. Maklumlah, dah tak der kerja. buat benda yang kononnya nak hilang kan kepercayaan rakyat pada Kerajaan PR. Bila dah sibuk layan karenah diorang, sopak dan kudis yang diorang tinggalkan, tak cukup masa nak siasat.

Semua tekanan ala siput babi cam ni akan berhenti kalau kerajaan Pusat bertukar. Buat masa ni, pihak berkuasa takut pada UMNO. Bila takut, UMNO naik kepala. Maklumlah, siapa yang berani siasat mereka. Bila peralihan kuasa berlaku kelak, kencing diorang pun tak selawas sekarang. Kita tengok kan, sejauh mana hebatnya Khir Toyo ni bila berada di dalam mahkamah.... Bila dah terperosok di kandang pesalah, tu jam baru Kerajaan Selangor boleh buat kerja dengan aman.

1 comments:

Anonymous said...

Doktor gigi Khir Toyo bangang dulu, kini dan selamanya........

Posting terkini

Blog Archive