KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 6, 2008

Kenapa saya tak minat pergi demo di stadium?

 tranungkite | ...Bukan saya nak bantah perubahan lokasi walaupun saya rasa tempat paling sesuai ialah di tengah kota raya Kuala Lumpur. kalau nak buat demo isu-isu yang menyentuh periuk nasi rakyat, maka ia mestilah menarik perhatian umum dan menjadi bualan masyarakat.

Kalau nak ubah ke dalam stadium, masyarakat tak akan tahu apa yang kita mahu jeritkan. Dan ia pula tak menampakkan keseriusan kita untuk perjuangkan isu harga minyak ini. Memang polis akan kacau demo kita. Bila pula demo pembangkang mendapat restu dan perkenan Menteri Dalam Negeri, semenjak Musa Hitam, Mahathir Mohamad, Dollah badawi dan sekarang syed Hamid Albar?

Maka, peringatan polis bukan penyebab untuk kita berpaling ke belakang. Demo mesti di tempat publik yang boleh menarik perhatian mereka. Biar masyarakat gempar dan polis mengamuk. Apa masalahnya?

Dan kalaupun terpaksa juga dibuat di stadium, maka aturcara program mesti bersesuaian. Jangan tanya saya apa yang bersesuaian itu, tapi tentulah kena boleh menarik perhatian masyarakat umum juga. Stadium mesti sendat dan padat. Pendek cerita mesti boleh menyebabkan esok pagi isu perhimpunan di stadium itu boleh menarik perhatian masyarakat seluruhnya. Isu itu harus dibincangkan di mana-mana dan akhbar harian pula harus menjadikan berita yang utama, biarpun dalam bentuk yang negatif.
... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive