KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 18, 2008

Kerajaan tak mahu ubah gaya hidup

Bila terbaca berita di dalam Malaysiakini, wa rasa macam cukup menyampah dan meluat luat. Kerajaan kata kepada rakyat, "Ubah cara hidup", tapi kerajaan sendiri tidak berminat meninggal kan tabiat buruk mereka. Nah ... sekarang mahu kan bukti bahawa kerajaan tidak perihatin langsung tentang nasib rakyat. Kita bergolok bergadai, dia membazir sakan. .....


dbkl building and pak lah image 180708"Sebagai sebuah dewan bandaraya yang paling kaya di negara ini, DBKL harus menjadi contoh utama kepada jabatan-jabatan kerajaan lain untuk menjimatkan tenaga," kata Lim, seorang anggota DAP (foto, kanan).

Manakala Loh menang atas tiket PKR setelah pertama kali dikenali ramai sebagai lelaki yang membuat rakaman perbualan seorang peguam kanan dengan seorang bekas ketua hakim negara sehingga memaksa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja klip video Lingam.

Lim menambah: "Kenapa (kerajaan memperkenalkan langkah) menutup pendingin hawa dan lampu ketika waktu rehat makan tengah hari, sedangkan seluruh bangunan (DBKL) terang-benderang di waktu malam, dengan pertunjukan cahaya besar-besaran?

"Bagaimana pertunjukan lampu ini setiap malam boleh memberi manfaat kepada orang ramai dalam zaman yang sukar ini (akibat kenaikan harga barang)?"

Imej-imej pemimpin utama negara dan promosi Malaysia mula ditayangkan di bangunan itu sejak tahun lepas dan sering menjadi bahan kritik ahli politik dan penulis blog.

Ahli parlimen itu kemudian mempertikaikan datuk bandar Datuk Ab Hakim Borhan dan sekiranya gagal menjawab persoalan- persoalannya, beliau sewajarnya melepaskan jawatan.

"Apakah ini kepemimpinan melalui teladan yang ditunjukkan oleh datuk bandar? Apa perlunya beliau ke luar negara lebih 10 kali dalam lawatan rasmi sejak pelantikannya kurang dua tahun lagi?... Malaysiakini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive