KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 18, 2008

Anwar intai p'raya kecil Kulim

anwar ibrahimmalaysiakini | Selepas terlepas peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar apabila mahkamah menolak petisyen PAS untuk membatalkan keputusannya, kini ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Mahkamah Tinggi Alor Star akan mendengar Ahad ini, petisyen calon BN, memohon supaya dibatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, di selatan Kedah.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Zulkifli Noordin menang dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

Selepas menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar dilarang aktif dalam politik selama lima tahun sehingga 14 April lalu.

Hakim Balia Yusoff Wahi telah menetapkan kes itu dengar mulai Ahad hingga Khamis depan, selepas menolak bantahan yang dibangkitkan oleh Zulkifli untuk membatalkan petisyen tersebut.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive