KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 18, 2008

Wajar Kalau Anwar Cepat Tanding Pilihan Raya

msomelayu | SEKIRANYA petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Bandar Baru - Kulim yang mulai didengari Ahnad ini diterima bermakna kerusi berkenaan kosong. Dalam tempoh 60 hari satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Kalau takdir itu berlaku ia berkebetulan dengan apa yang disebut Anwar Ibrahim sewaktu berdebat isu minyak dengan Ahmad Shabery Chik beberapa hari lalu. Katanya beliau akan menyertai pilihan raya dalam masa terekat.

Apakah Anwar sudah dapat menghidu kerusi Parlimen Bandar Baru - Kulim itu akan terlepas?

Adalah elok kalau Penasihat PKR segera menyertai mana-mana pilihan raya kecil bagi membolehkan beliau berada di Parlimen. Lebih cepat beliau menjadi ahli Parlimen ia akan membantu proses untuk menggulingkan kerajaan BN menerusi undi tidak percaya seperti mana dirancangkan.

Sekiranya dakwaan Anwar benar terdapat 30 ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, kemenangan Anwar dalam pilihan raya itu nanti akan membawa perkembangan baru. Ia akan menambahkan semangat keyakinan umum bahawa ura-ura untuk mengambil alih kerajaan dalam tempoh terdekat akan jadi lebih diyakini lagi.
Hari ini dengan beliau berada di luar Parlimen menyebabkan ada orang tidak percaya dengan rancangan berkenaan. Ini menyebabkan orang mengira apa yang dihebohkan itu sebagai gimik saja.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive