Kerajaan BN Tidak Pernah Abai Rakyat Miskin
HUTAN MELINTANG, 5 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan rakyat miskin dan berpendapatan rendah dalam memastikan keluarga mereka tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Katanya pelbagai skim bantuan diwujudkan untuk meringankan beban mereka termasuk Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
Tabung itu bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan pencapaian pendidikan selaras dengan dasar pendidikan wajib yang berkuatkuasa Januari 2003, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan KWAPM kepada 374 pelajar dari 16 sekolah rendah dan menengah Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta kepada tabung KWAPM bagi membantu pelajar miskin seluruh negara.
KWAPM memperolehi sumber kewangannya daripada pelbagai hasil cukai yang dikutip kerajaan dan dipulangkan kepada golongan miskin walaupun golongan itu tidak menyumbang kepada cukai pendapatan, katanya.
"Ini jelas membuktikan kerajaan BN bersikap adil mengagihkan sumber kewangan yang diperolehi dari golongan berada dan disumbangkan kepada golongan miskin," katanya.
Beliau berkata tanggungjawab membela rakyat miskin tanpa mengira kaum telah lama dipraktikkan oleh kerajaan BN.
Oleh itu, katanya, pilihan raya umum merupakan masa yang tepat bagi rakyat semua kaum membalas jasa kerajaan dengan memberi sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan.
No2umno - Zahid minta rakyat membalas jasa kerajaan kerana kononnya kerajaan membela nasib orang miskin tak kira bangsa..... (Kejap ... nak ambil tin susu kosong) ........ Ghhhhaaiiiiiittttt TUiiiiiiiiiiiiiii......ggghhheeeaailklklll pppttttuiiiiiii ....... geli geleman pulak tekak ni....macam nak muntah hijau pun ada....komen lain kali lahhhh...
Feb 5, 2008
MARI MUNTAH BERAMAI RAMAI !!!!
Labels: Belit Zahid Hamidi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
WAHAI MENTERI MANGKUK YANG BERHAYUN
Najib's apology too late, damage done
Mohan
malaysiakini
I refer to the Malaysiakini report Najib waves stick and offers carrot..
To vote for the BN or not, is our right. No one, including Deputy Prime Minister Najib Razak, can warn our community not to go against the ruling BN. The BN has had its way for the last 50 years and has failed Indians miserably. It’s about time others are given an opportunity to show their capabilities.
Our future, at present, seems better with those who are making true efforts to improve the lives of Indians, rather than those who have evidently and openly marginalised and oppressed the Indians.
The accusations of not using’ proper channels’, time after time, are absolute lies. If someone in the ruling party had taken an interest in reading the numerous complaints and letters sent to government officials and politicians, the street demonstrations would not have taken place.
On the demolition of temples, Najib said, ‘That was wrong on their part. We are sorry for that’. Well, in a country that practices religious sensitivity, this apology comes too late. In fact, the damage has been done.
To date, ‘body snatching’ is still taking place. Indian students are being abused at national schools, while the government commonly states that there has been a ‘misunderstanding.’ Tamil school students remain underprivileged and poverty remains evident. Our patience has run out.
The government was lucky the Indians demonstrated in a peaceful manner on Nov 25. For those who had seen the manner of Hindu temple destructions, the heartache and anger of the community would have been understandable.
So Mr Najib, after having done all that and not doing what you (BN) should have done, don't come telling us what to do, let alone warn us.
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ongoing Saga in HaidarLand: Anwar, Aliran barred from proceedings
BREAKING NEWS:
malaysiakini
The Royal Commission of Inquiry today barred PKR de facto leader Anwar Ibrahim and social reform movement Aliran from participating in the proceedings.
The decision was made due to their refusal to withdraw and apologise for their contemptuous remarks made against the commission. Commission member Steve Shim said that commission would consider penal consequences against them later.
Under the Commission of Inquiry Act, acts of contempt are punishable with a maximum RM100 fine or a three-month jail.
Following their ruling, the commission told lawyers representing Anwar and Aliran that they are not allowed to participate in questioning or submitting in the proceedings. Five lawyers then staged a walkout, stating that this was against the commission procedures. They said that they would seek a judicial review on the matter.
Yesterday Anwar and Aliran declined to withdraw statements said to be in contempt of the commission.
Ongoing Saga in HaidarLand: Anwar, Aliran barred from proceedings
dinmerican
My dear friends, associates, and fellow bloggers,
When the report by Beh appeared on malaysiakini (below), I had just finished reading Leela Barrock’s Taking Liberties in the February 4, 2008 issue of the Edge (soon this paper will be in the hands of Vincent Tan!) in which she reminded us that “with unfettered power, the executive (the Prime Minister in our case) has been able to forge any number of pacts with its cronies, costing the country billions. Ill-fated deals such as the multi-billion naval dockyard contract and the Port Kelang Free Trade Zone were awarded with less than a nod to sound business sense. Numerous inflated contracts have been awarded, reneged and abused without the threat of being challenged in the courts”.
She quoted Lord Acton who said “Great men are almost always bad men”. I would add that Acton’s observation applies as much to less than great men, and those who think they are great. Weak men in power too can be manipulated when the system of checks and balances is destroyed. So we have a situation where the executive can acquire a RM 200 million Airbus Executive Jet for his use, and a minister of defence through his cronies can earn nearly RM1 billion in commissions for the purchase of two French made submarines and a fleet of Russian fighter aircraft. No one bats an eyelid. No citizens action suit too.
When the Judiciary, as adduced from the hearings in HaidarLand, is totally corrupt, there can be no justice for the wronged against the wrong. Leela mentioned the idea of amnesty (an idea from Najib’s banker brother, Nazir Razak, The Edge,Issue 685) so that past sins can be absolved without allowing redress for those who may have been wronged. How convenient and simple, but it is not a solution to stopping the rot in our Judiciary, whose image has been severely tarnished in the eyes of the world.
She seems to favour the amnesty route because “it would enable us to start again” and “would enable us to go forth with a new set of values and ideals that adhere to the principles of liberty and common law”. She adds that “we could allow amnesty with a (South African style) Truth Commission to heal the wounds of the past and move forward whole”. It is not that easy, madam.
In our case, the witnesses which have appeared before the Royal Commission of Inquiry are less than repentent and truthful, pleading loss of memory and other excuses, while VK Lingam—if we can rely on reports on the mainstream media—was lying to his teeth. What makes it so certain that they will confess in a open Truth Commission and recompense.
The public perception is that the Haidar Commission is a waste of time and taxpayers’ money. Important witnesses have been denied their right to testify. So, as things stand today, we will probably never know the truth. But one thing is very clear—irrespective of the Haidar Commission’s findings— to even the common man in this country: Tun Salleh Abbas (in 1988) and Anwar Ibrahim (1998) were victims of an all powerful executive who used the Judiciary for his political ends with the help of business cronies and hatchet men. A grave injustice has been done to them and this is not subject to amnesty.
Justice must be done and the dignity and integrity of the Judiciary must be restored. Otherwise, as Leela said, “…the image of Malaysia as a tinpot economy will be cemented”. —Din Merican
Labels: Belit Suruhanjaya, VK Lingam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SURUHANJAYA SEMAKIN MENGADA NGADA

Peguam Anwar keluar daripada inkuiri video Lingam
mstar.com.my
KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa keluar daripada inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja apabila suruhanjaya itu menarik balik hak Anwar untuk memberikan keterangan dalam prosiding berkenaan.
Anggota suruhanjaya Tan Sri Steve Shim Lip Kiong mengumumkan keputusan itu berikutan keengganan Anwar memohon maaf kepada suruhanjaya dan menarik balik kenyataannya mengenai panel itu yang disiarkan menerusi artikel yang disiarkan dalam Internet.
Shim berkata artikel berkenaan mengandungi tuduhan serius terhadap suruhanjaya dan ia terpaksa mengarahkan supaya hak Anwar untuk memberikan keterangan dalam prosiding berkenaan ditarik balik.
Kesemua empat peguam Anwar adalah M. Puravelan, Mohd Yusmadi Yusof, Oh Choong Ghe dan Ravi Nekko.
Sementara itu, seorang lagi anggota suruhanjaya yang terhadap klip video Lingam, Datuk Mahadev Shanker berkata para peguam Anwar boleh mengikuti prosiding inkuiri itu tetapi hanya sebagai pemerhati.
Inkuiri itu antara lain bertujuan menentukan kesahihan klip video yang memaparkan seorang lelaki sedang berbual menerusi telefon, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.
Suruhanjaya itu mahu Anwar dan badan bukan kerajaan, Aliran, mengemukakan permohonan maaf dan tanpa syarat terhadap kenyataan mereka bahawa suruhanjaya itu dimanipulasi oleh `tangan ghaib'.
Artikel itu antara lain mengulas keputusan suruhanjaya pada 28 Jan bahawa Anwar, Naib Presiden PKR R. Sivarasa dan Penyelaras PKR Sim Tze Tsin tidak perlu dipanggil sebagai saksi dalam siasatan itu.
Suruhanjaya itu berkata cadangan bukti ketiga-tiga mereka tidak berkaitan langsung dengan inkuiri berkenaan dan mereka tidak mempunyai hubungan dengan perkara yang disiasat dalam inkuiri itu.
No2umnO - Apa yang dok dilayan lagi suruhanjaya tu.... Memang dah tak betul. Buat macam mana pun memang dah tak betul. Semua dah bertuhankan UMNO dan BN. Cakap banyak pun tak guna. Tengok muka si Haidar tu pun dah meluat. Labelkan sahaja mereka sebagai PENGKHIANAT KEPADA RAKYAT. Habis cerita. Peduli taik sama dia.
Labels: VK Lingam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BA MENANG, MINYAK TURUN !!!
ANWAR DI RAWANG
Clip 1
Clip 2
Clip 3
Clip 4
Clip 5
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Police Disrupted Keadilan Ceramah at Kelana Jaya
Labels: Video
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SPR JANGAN ULANGI KEKOTORAN PRU 11
n17gombaksetia
Pilihanraya umum ke 12 bakal diadakan tidak lama lagi, rata-rata pemerhati politik meramalkan awal Mac adalah masa terbaik bagi Pak Lah mengadakan pilihanraya. SPR sudah menyatakan persediaan sepenuhnya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12. Oleh itu rakyat Malaysia mengharapkan satu pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di bawah kelolaan Tan Sri Rashid. Pilihanraya umum ke 11 telah menyaksikan suatu perjalanan demokrasi yang paling kotor dengan pelbagai penipuan dan perlanggaran undang-undang oleh SPR sendiri, ini bukanlah cakap-cakap tepi jalan atau kedai kopi bahkan dibuktikan di mahkamah.
Di DUN Gombak setia, petisyen yang di bawa oleh PAS berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh SPR seperti pertukaran buku daftar pemilih dan tambahan masa 2 jam. Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Dato’ Md Raus Mohd Syarif ketika membacakan keputusan petisyen pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia berkata, pelanjutan masa mengundi itu adalah tidak sah dan daftar nama pemilih yang digunakan juga adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, Hakim tetap menolak petisyen tersebut dengan alasan pempetisyen gagal membuktikan dua kesalahan yang dilakukan oleh SPR itu boleh menyentuh (mengubah) keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional.
Oleh itu, walau apapun keputusan mahkamah, SPR diingatkan supaya tidak mengulangi kekotoran dan penipuan dalam pilihanraya akan datang!
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Surat kepada SS Mufti Perlis - Azizi Hj Abdullah
shuhairiemohammad.blogspot
SEJARAH BUKAN SEKADAR MELIHAT-Azizi Hj Abdullah
Mengimbau sejarah memang baik. Tapi sejarah bukan saja untuk diimbau melainkan memetiknya lalu dijadikan iktibar. Iktibar tidak boleh diklasifikasi atas sebab status atau kedudukan. Apabila dikatakan iktibar, ia tidak sekadar imbauan dengan catatan nama dan fakta tetapi ia perlu menjadi asas teguran masa kini.
Jika di zaman sahabat, Mu`awiyah (sekadar sebutan contoh) dianggap melakukan hukuman dan tindakan melampau, ia bukan sekadar sebuah cerita menganggap Mu`awiyah melampau tetapi mereka yang melakukan seperti Mu`awiyah masa kini mesti juga dianggap melampau dan diperlukan tindakan. Dan sebutan bukan lagi `mereka' tetapi mestilah A atau B.
Mahu menyalahi kesalahan Mu`awiyah mengikut cerita sejarah tentulah mustahil kita hendak menggali kubur Mu`awiyah untuk membuktikan batang tubuh itu salah. Tetapi jika yang melakukan seperti Maayiwah kini, ia bukan sejarah tetapi ia mengulangi sejarah seperti Mu`awiyah maka ia perlulah disebut siapa dan perlu dihukum.
Saya melihat tulisan Dr.Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Perlis di dalam MM muka 6, keluaran 28 Oktober 2007 sangat tidak adil, mempunyai unsur ketidakberanian menyatakan melalui imbauan sejarah, tidak berani berterus terang dan mempunyai agenda yang berat sebelah.
Saya melihat sejak akhir-akhir ini tulisan Sahibussamahah seakan membodek pihak tertentu dan menyalahkan pihak tertentu dari tiupan nafas politik yang disenangi dan tidak disenangi, dari roh politik yang terjamin dan tidak terjamin.
Jika atas niat ingin menyatakan ramai manusia yang teraniaya disebabkan berita palsu yang direka, kemudian memberitahu penderitaan atau kezaliman, cerita bohong, penyelewengan fakta melalui imbauan sejarah Nabi Isa, sesungguhnya malang fakta dan hujjah ini bukan saja diketahui umum tetapi seakan nampak Sahibussamahah ingin menyatakan sesuatu yang terkini tetapi agak takut pernyataan itu melantun ke muka kembali.
Sepanjang setengah muka surat akhbar Mingguan Malaysia yang lebar itu, tidak ada satu contoh, sebutan kes, fakta, pembohongan, penyelewengan, kezaliman yang disebut berlaku masa kini, yang tentunya belum lagi menjadi pekasam sejarah. Sepatutnya inilah yang mesti disebut, diberi peringatan dengan hujah dan dalil Al-Qur`an serta hadis.
Misalnya penyelewengan hakikat Nabi Isa, penyelewengan tentang Saidina Ali sampai lahirnya fahaman Syiah, apakah relevannya kes beribu tahun itu sedangkan masa kini penyelewengan tentang konsep, dasar Islam termasuk penambah baik Hadhari yang masih dipertikai? Mengapa tidak ada sebutan dan ganjaran pembalasan terhadap si anu dan si dia yang melakukan penyelewengan itu.Ini bukan kes CIA atau SB.
Ini bukan sejarah tapi realiti.
Dinukilkan surah Al-Baqarah ayat 79, dipetik juga Al-Hujurat ayat 6 tentang dosa penyelewengan, pembohongan dalam sejarah yang lalu. Ayat 79 surah Al-Baqarah, ayat 6 surah Al-Hujurat sememangnya mempunyai sebab turunnya ketika itu, tetapi ayat-ayat ini relevan, menjadi peringatan, panduan hingga akhir zaman. Tulisan Sahibussamahah hanya menyebut permulaan para nabi, sahabat sedang ayat tersebut boleh diguna pakai, bagaimana penyelewengan wang negara, perbelanjaan yang tidak telus seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara. Kenapa tidak disebut langsung?
Kenapa tidak menyebut kementerian itu, jabatan ini dan anu-anu yang bertanggung jawab dalam sesuatu jabatan atau kementerian tersebut?
Kenapa pula mesti disebut Syiah zaman lampau sehingga memetik kata-kata Al-Ghazali sedangkan pakar-pakar ekonomi kita, ulama, agamawan sudah membongkar tentang berlaku tidak telusnya golongan tersebut. Apakah dengan menyebut Al-Ghazali, kita seperti tidak ada apa-apa yang berlaku?Al-Ghazali dan imam-imam yang empat menulis dan menegur pemerintah atau khalifah di waktu itu dengan menyebut si polan – si polan, penguasanya tetapi kita tidak pernah menyebutnya. Kita hanya mengimbau sejarah dan memberi gambaran sejarah ribuan tahun yang lalu sedangkan di depan mata kita, kita tidak berani. Bukankah Al-Ghazali telah menegur Sultan Sanjar anak Raja Seljuk Gavenor Wilayah Khurasan di dalam satu majlis, di hadapan pengiringnya?
Ghazali juga menulis kepada seorang menteri, Fakhrul Mulk, Mujiruddin. Ghazali tidak menulis mengesahkan sejarah. Ghazali menghala tulisannya kepada individu.
Tapi malangnya tulisan seorang yang berkedudukan tinggi, yang tulisan tersebut mempunyai nilai yang tinggi, yang mempunyai kesan yang kuat, tidak mampu dilakukan seperti sejarah yang diceritakan.
Di zaman pemerintahan Dr. Mahathir selama 21 tahun bukan tidak ada penyelewengan, korup dan kezaliman dan bukan kita tidak tahu siapa yang telah ditentukan oleh pengadilan, mengapa kita `sereyau' hendak menyebutnya?
Para sahabat, ulama, para imam-imam sering menegur dan menulis surat secara peribadi dan mengkritik secara terbuka tetapi kita masih juga memetik kisah sejarah ribuan tahun. Masalah pembunuhan beramai-ramai tahun 1985 di Mamali memerlukan orang-orang seperti Sahibussamahah mengkritik, menegur, kerana ia melibatkan umat Islam, tetapi kita tidak pernah membaca buah fikirnya. Penutupan sekolah agama, juga tidak pernah cuba memberi pandangan.
Kita tidak mendesak para Sahibussamahah seperti Mufti Kerajaan Perlis membuat hukuman di atas peristiwa yang berlaku. Tapi sebagai agamawan yang berstatus, kita ingin mendengar sesuatu; sama ada benar atau salah perkara tersebut. Tidak pernah ada sepucuk surat dari kalangan Sahibussamahah menulis kepada Perdana Menteri, baik kepada Dr. Mahathir atau sekarang menyatakan itu tidak betul, ini tidak betul berdasarkan surah dan ayat Al-Qur`an, seperti Al-Ghazali menulis kepada Sultan Sanjar., sedangkan kebobrokan dan penyelewengan berlaku berbilion-bilion.
Ini bukan soal politik. Al-Ghazali pernah menulis minta rakyat menjauhi pemerintah yang zalim, yang tidak adil. Tetapi kita, walaupun kezaliman dan tidak adil berlaku di depan mata, kita tidak pernah menulis seperti Al-Ghazali.
Dalam tulisan itu juga Sahibussamahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis menulis tentang kebohongan di zaman Harun Aminurrashid. Tapi sayang sekali beliau tidak menyentuh langsung bagaimana saksi-saksi bohong bersepah-sepah dalam perbicaraan zaman kita, terutama di zaman pemerintahan Dr. Mahathir. Apa ertinya imbauan sejarah kalau realitinya kita membisu?
Lupakah kita bagaimana pendakwaan dan saksi mengubah tarikh-tarikh, saksi-saksi fasik, tuduhan liwat dan zina tanpa ada saksi syarak. Mengapa tidak disebut sedangkan imbauan sejarah disebut panjang lebar. Apakah saksi dan tuduhan di abad ini tidak ada nilai buruk seperti yang berlaku di zaman Aminurrashid? Apakah sesuai disebut imbauan sejarah sahaja?
Memang benar apa saja yang berlaku kini dilihat sebagai isu politik. Mungkin para mufti dan ulama, cerdik pandai tidak mahu mencampuri politik. Tetapi apakah kita mesti memejam mata tentang ketidak adilan, kezaliman, penyelewengan dalam politik? Apakah kezaliman, ketidak adilan, penyelewengan dalam politik menghalal cara, termasuk soal hukum agama?
Apa relevannya kisah kaki buli di zaman Abu Nawas ratusan tahun yang lampau sedangkan kaki belit dan penipun, penyelewengan sekarang ini berlambak-lambak? Jika kebenaran itu perlu dinyatakan mengikut persepsi agama, kenapa mesti dilindungi sebutan si A dengan sikap belitanya sehingga berjuta-juta. Di dalam Umno berlambak-lambak kaki belit, penipu. Di dalam kementerian juga ramai. Di dalam jabatan juga ramai, malah dalam urusan pembinaan masjid juga ramai.
Kenapa mesti disebut tentang dendam dan kebencian Yazid bin Muawiyah ratusan tahun yang lalu, sedangkan dendam dan benci yang berlaku di tahun 2000-2007 seperti tidak ada sebutir dosapun dilakukan oleh orang-orang seperti Yazid? Apakah tidak ada Yazid bin Muawiyah sekarang, seperti tidak adanya Abu Lahab sekarang?
Kenapa memetik `kod' Ibn Taimiyah bagaimana tidak adilnya hakim-hakim ketika itu, sedangkan hakim-hakim yang tidak adil, hakim diperlekeh, hakim boleh dibeli tidak disebut masa kini.
Kenapa kita berkata pembunuhan Hussain bin Ali tidak ada bukti keterlibatannya sedangkan berapai ramai yang tidak terlibat dengan jenayah dan rusuhan merengkuk di dalam penjara hingga kini?
Saya secara peribadi tidak menafikan ilmu dan sejarah untuk dijadikan pengajaran sepanjang zaman. Tapi dengan hanya menyebut sejarah kemudian kita memejam mata apa yang berlaku sekarang, ia tidak membawa apa-apa makna.
Ulama, agamawan, apa lagi yang berkedudukan tinggi tidak sekadar memiliki ilmu tetapi kita memerlukan juga keberanian. Keberanianlah yang tidak ada kepada ulama dan agamawan sekarang. Sepanjang penulisan ulama, agamawan ataupun ceramah, kuliah, yang disebut hanyalah sejarah bukan realiti.
Dr. Mahathir yang melakukan kesalahan banyak perkara yang bersangkutan dengan agama, apabila ada golongan yang mengkritik, mereka dianggap `pembangkang' . Mana dia golongan yang berkedudukan tinggi dalam institusi agama, para mufti melainkan hanya seorang dua yang sanggup dipecat. Jika begitu keadaan, apa perlunya mengimbau sejarah?
Oleh yang demikian, bagi saya mengimbau sejarah tentang dosa penyelewengan, kezaliman dengan hujah Al-Qur`an dan fakta tidak membawa apa-apa faedah, melainkan untuk melengkap sebuah tesis kesarjanaan. Akan tetapi jika kritikan, teguran berdasarkan seperti apa yang berlaku dalam sejarah kemudian diikuti apa yang berlaku kini secara `khusus' adalah lebih bermakna. Yang berlaku sekarang umum, bukan khusus. Disebut kezaliman tapi tidak disebut siapa yang melakukannya. Di sebut tidak adil tapi tidak disebut siapa. Disebut dosa penyelewengan, walaupun Laporan Audit Negara menyatakan berlaku, tapi tak siapa berani menyebut sebagai contoh.
Apabila kes di bawa ke mahkamah, disebut pula biarlah mahkamah yang menentukan. Tetapi apabila didapati bersalah, sepi semuanya. Tidak pun di sebut si A sama sejarahnya dengan Yazid bin Muawiyah yang memiliki sifat benci dan dendam.
Kita hanya berani menyebut, `sesetengah pihak, di antara mereka, mereka yang melakukannya. ' Tidak ada yang berani menyebut si A atau si B. Para ulama, agamawan, mufti, cerdik pandai yang mengimbau hal-hal sejarah buruk tidak berani membuat penilaian masa sekarang, sedangkan dalam soal ibadah merekalah yang selalu membuat penilaian dan perbandingan; misalnya solat berjemaah 37 kali pahala dari solat seorang diri.
Sampai bila kita hendak jadi berani? Memetik kata-kata Dr Sidek Fadil di Perhimpunan NGO Islam di Kelantan baru-baru ini; Kita tidak ada `jantan' lagi.
Labels: Belit BN, MINDA MUFTI
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Menghindrafkan Masyarakat Melayu
mohammadnizar
PRU 12 akan datang menyaksikan gelombang tsumani dalam trend pemilihan calun parlimen dan ADUN khususnya dari kalangan masyarakat india dan cina.Kenapa perkara in berlaku? Ianya disebabkan perasaan kecewa menggila dikalangan mereka terutama kaum india yang cepat sedar oleh pembohongan besar MIC-BN.
Pembohongan besar MCA -Bn juga berlaku tetapi tidak keterlaluan dan kaum cina tidak dianayai teruk macam kaum india. Tetapi jika diamati penghinaan kaum melayu, maka ianya bukan baru ini malahan telah berkurun lama melayu dipijak oleh pemerintahan dari penjajah hingga dewas ini.
Maka agak sukar dan payah untuk berubah atau membuat gelombang baru. Apa yang perlu sekarang ialah satu usah menghindrafkan kaum melayu. Proses penghindrafan kaum melayu ini merupakan strategy cepat kearah melahirkanh gelombang perubahan.
Apa yang dimaksudkan dengan proses penghindrafan kaum melayu ini ialah " suatu usaha berani kearah perubahan total dalam masyarakat melayu bagi menolak UMNO-BN " kerja ini mestilah menggunakan atau dipimpin oleh 5-10 orang professional melayu yang muda dan handal. Ianya tidak melibatkan mana-mana pemimpin parti pembangkang teras melayu (malay based political party) seperti PAS & PKR.
Yang dimaksudkan dengan 5-10 pemimpin ini ialah seperti para pengamal undang (peguam), pensyarah Univ swasta , pemaju, kontraktor, jurutera dan doktor swasta yang semua melayu dan beragama Islam.
Suatu himpunan besaran hendaklah diadakan di masjid negara pd hari jumaat sebelum solat jumaat.
Ini hendaklah disebar luas seluruh malaysia.
Labels: Artikel
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

