KUALA LUMPUR, MALAYSIA: Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop said Malaysia was confident to reduce the budget deficit to 3.1% this year.
He said Malaysia was providing fuel and food subsidies and the country was trying to reduce the deficit.
Government provides education, fuel and health care subsidies amounted at RM 81 billion, therefore we must be "disciplined", Nor Mohamed said in an interview on RTM1 here, Friday (15 Feb).
"Although we provide subsidies at RM81 bil, we are still able to reduce the deficit from 5.5% in 2000 to 3.2% in 2007 and we are confident we can reduce the deficit even further to 3.1% this year," he added.
He said government would continue to provide subsidies to people but the ways and target groups might be different.
"Government will formulate a mechanism to avoid distortion," he continued.
When asked whether government would reduce subsidy, he said government provided subsidy could relief the burden of people.
"Government will formulate a mechanism to review the policy. If there are weaknesses, we must take action to rectify it. We will change the policy if necessary," he said. (Sin Chew Daily)
Feb 16, 2008
No Decision Yet On Fuel Subsidy
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UTUSAN MALAYSIA BERBOHONG LAGI !!!
Berita Harian menjelaskan tentang lapuran TIDAK TEPAT ... atau BERBOHONG Utusan Malaysia tentang lawatan kerja YAM AGONG.
Penjelasan dari Istana Negara
bharian
KUALA LUMPUR: Istana Negara semalam menjelaskan laporan Utusan Malaysia, kelmarin mengenai Kisah Di Sebalik Pembubaran yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berlepas bercuti ke luar negara sebagai tidak tepat.
Dalam satu kenyataannya, Istana Negara menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong bukannya bercuti ke luar negara, sebaliknya berangkat melakukan lawatan kerja ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Dimaklumkan bahawa Seri Paduka sudah berangkat melakukan lawatan kerja ke Abu Dhabi bagi menyambut jemputan Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan untuk menyertai pertandingan The President of United Emirates Endurance FEI pada 16 Februari (hari ini).
“Keberangkatan Seri Paduka baginda ke UAE adalah sebagai memenuhi syarat bagi melayakkan baginda menyertai World Endurance Championship 2008 yang akan diadakan di Malaysia, tahun ini,” kata kenyataan itu.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asalnya bercadang untuk membubarkan Parlimen, minggu depan.
Namun, disebabkan Tuanku Mizan dijadual berlepas ke luar negara, cadangan itu diubah bagi membolehkan Perdana Menteri mendapatkan perkenan Seri Paduka, kelmarin.
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KOMPONEN BN TERUS BEREBUT KERUSI ... SEPAKAT KONONN
Tiada hasrat pulang kerusi PPP
KUALA LUMPUR: MCA, MIC dan Gerakan tidak akan memulangkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dituntut semula oleh Parti Progresif Penduduk (PPP).
Tiga parti yang didakwa ‘berhutang’ tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN kepada PPP itu tidak berganjak daripada keputusan mengekalkan jumlah agihan kerusi sebagai tanda hormat dan akur dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, kelmarin.
Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata perkara itu tidak dibangkitkan Presiden PPP, Datuk M Kayveas pada pertemuan dengan Abdullah itu.
"Kayveas hanya memberikan surat berhubung perkara itu, tetapi tidak dibincangkan dan saya enggan mengulas lanjut," katanya.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, berkata parti itu tidak berhasrat mengubah jumlah kerusi yang diwakilinya sebelum ini, iaitu 12 Parlimen dan 31 DUN.
“Memang kami terima surat daripada PPP berhubung tuntutan itu, tetapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan.
“Setakat ini, Gerakan masih berpegang kepada amanat Pengerusi BN supaya semua parti komponen mengekalkan agihan kerusi seperti pilihan raya 2004,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Kayveas dilaporkan memberi tempoh sehingga minggu depan kepada MCA, MIC dan Gerakan memulangkan semula kerusi Parlimen dan DUN diberikan kepada tiga parti komponen itu sebelum ini.
Kayveas menuntut empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN yang diberikan kepada PPP ketika parti itu menyertai BN pada 1972 dikembalikan. Bagaimanapun, masing-masing satu kerusi Parlimen dan DUN sudah diberikan oleh Umno kepada parti berkenaan sebelum ini.
Kini PPP menuntut baki dua kerusi Parlimen dan tujuh DUN daripada MCA dan satu DUN daripada MIC, manakala Gerakan diminta memulangkan satu kerusi Parlimen serta tiga DUN.
Pada pilihan raya umum lalu, PPP diberi dua kerusi iaitu Parlimen Taiping dan DUN Pasir Bedamar.
Chia berkata, dalam keadaan sekarang, lebih baik jika semua parti komponen BN bersatu padu dan mengatur strategi untuk menang cemerlang menghadapi pembangkang.
Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pula berkata pertikaian mengenai pengagihan kerusi sepatutnya dielak bagi membolehkan tumpuan kepada pilihan raya.
“Jika perkara seperti ini terus diungkit, tidak akan ada kesudahannya. Sepatutnya, walaupun diberi satu kerusi pun, parti berkenaan seharusnya bersyukur kerana mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi parti...yang penting kemenangan sudah pasti dalam genggaman,” katanya.
Beliau berkata, MCA tentunya akan meletakkan arahan Pengerusi BN sebagai aspek utama untuk memastikan kejayaan cemerlang parti menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum kali ini.
Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata MIC tidak berganjak daripada agihan kerusi sebelum ini kerana yakin calonnya mampu memberi perkhidmatan berkesan kepada pengundi di kawasan berkenaan.
“MIC mahu mengekalkan semua sembilan kerusi Parlimen dan 19 DUN yang diperoleh sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, adalah lebih baik jika arahan Perdana Menteri serta keputusan yang dipersetujui semua parti komponen BN kelmarin dipatuhi dan dilaksanakan secara bersepadu untuk kebaikan rakyat.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RM44,000 ...... SPR Niagake?
PUTRAJAYA: Lebih RM44,000 - itulah kos untuk membeli Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Ke-12 yang mengandungi senarai lengkap pengundi bagi semua 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Daftar pemilih dalam format buku yang dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai semalam, berharga RM44,394.20 manakala format cakera padat (CD) versi Pangkalan Data Microsoft (MDB) dijual pada harga RM44,584.20.
Daftar Pemilih itu yang menyenaraikan nama, alamat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan baru dan lama serta kod kawasan Parlimen, DUN, daerah mengundi dan lokaliti pengundi turut dijual secara berasingan mengikut kawasan Parlimen dan DUN.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
MERDEKA RUJUK ULAMAK, PILIHANRAYA RUJUK FENG SHUI
Pemimpin dahulu rujuk ulama' untuk pilih tarikh kemerdekaan, pemimpin sekarang rujuk Feng Shui untuk pilih tarikh pilihanraya.
meowsoleh
Assalamualaikum.
Pada awal tahun ini, ada juga pihak yang meneka pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Februari selain mengaitkan dengan angka 13 Februari sebagai tarikh pilihan raya umum.
Angka 13 merupakan angka yang amat disukai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berdasarkan feng shui masyarakat Cina pula, angka 13 membawa maksud yang baik iaitu ‘pasti hidup’. Bagaimanapun, ramalan hari pengundian pada 13 Februari juga tidak menjadi.
Akhirnya, teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-12 terjawab. Perdana Menteri membubarkan Parlimen pada 13 Februari manakala hari ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan pada 8 Mac.
Pengumuman tarikh pengundian pada 8 Mac itu secara tidak langsung menepati ramalan Utusan Malaysia yang pernah menjangkakan pilihan raya akan diadakan seawal 8 Mac atau selewat-lewatnya 15 Mac ini.
Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu sinonim dengan angka 13, lain pula dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) yang menyatakan nombor 8 amat dekat dengan dirinya dan negeri ini.
Mohamad Khir berkata, angka yang amat digemari oleh kaum Cina itu dianggap memberikan tuah kepadanya kerana mempunyai banyak kaitan antaranya, 2008 adalah tahun kelapan beliau menjadi Menteri Besar.
''Ini sudah banyak kali lapan dan kita yakin ini memberikan petanda bahawa Barisan Nasional (BN) di Selangor akan mencapai kemenangan pada kali ini," Utusan Malaysia - 15 Febuari 2008.
Jika kita singkap kembali catatan sejarah kemerdekaan negara, pemimpin era kemerdekaan negara kita yang terdahulu telah merujuk kepada Datuk kepada Perdana Menteri yang sekarang, seorang ulama' yang dihormati untuk memilih tarikh penting dan bersejarah iaitu pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.
Namun hari ini kita sedih apabila cucu kepada Allahyarham Haji Abdullah Fahim sendiri iaitu Abdullah Ahmad Badawi merujuk kepada kepercayaan Feng Shui dalam menentukan tarikh pembubaran parlimen.
Labels: Dollah Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sleeping PM...睡觉首相
axxu723
Hi Mr. PM, you are the one who representing Malaysian in the world stage you know? You are the one who leading us to move forward you know? But why you do nothing for the last 5 years? You said you want to catch the corrupted people, but it just has some show on the beginning of your administration. After the 1 or 2 cases, nothing going on already! You stop the mega project said wanted to save money for our country and don't want to give economy pressure to people, but you rose the oil price, toll fees, and even kelapa sawit also can't supply to people. What the fake promise you have made? This all tipu, tipu, and tipu! I am glad while you became our PM in that time, I have been putted a high expectation on you, but you can do nothing for Malaysia, just sleeping! How shame we are to elect a sleeping PM for Malaysia.
睡觉首相,上任时说多么有理想的对付贪污,只是那么一两个案子就没后续,而且还判不入罪!雪兰鹅市议员非法新建百万豪宅,你没行动?他被反贪局控告十多条商业罪,最后却完全撤消。停止大型说是减少人民负担,你却起汽油的价,大道过路费?四年了,你究竟做了些什么呢?身为人民的我们是有权力批评你,因为你是人民选出来的,是为人民服务的,你的薪水福利全都是人民的血汗钱!请别再公开说:"Aku pantang dicabar!" Rakyat ada kuasa mencabar siapa-siapa menteri yang diundi oleh rakyat, dibayar oleh duit rakyat dan dihormat oleh rakyat. Selepas dapat kuasa semua menteri dalam UMNO, MCA, MIC jadi sombong! Sombong sampai tidak boleh dicabar, walaupun isu yang penting untuk negara dan rakyat.
若你还未睡醒, 那我们就用手上的一票叫醒你吧!
Labels: Dollah tidur
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Benda kecik pun BN tak boleh tak tangani
penarikbeca.
Lampu xenon ialah antara benda yang paling aku benci. Silau, sakit mata, sakit hati, boleh menyebabkan kemalangan, macam-macam yang buruk kepada orang lain kecuali kepada si hamlau yang pakai lampu xenon itu.
Sebab itulah, kalau kereta yang pakai lampu xenon di hadapan aku, kalau tak ada kereta lain, aku akan angkat lampu tinggi. Kalau kereta yang pakai lampu xenon di belakang aku, aku bagi dia potong aku dulu, lepas itu aku akan angkat lampu tinggi. Biar dia rasa apa yang aku rasa.
Kalau siapa-siapa yang pakai xenon yang diajar begitu, orang itu mungkin aku.
Apa kena mengena dengan Barisan Nasional? Bukan salah PM, TPM, menteri, Umno atau BN. Itu masalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) . JPJ yang tak buat kerja, takkan nak salahkan PM, TPM, menteri, Umno atau BN.
Memang salah PM, TPM, menteri, Umno dan BN. Ikan busuk di kepala dahulu. Bila kepala dah busuk, akhirnya ekor pun akan busuk.
Labels: Salah UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SIAPA ULAMAK, SIAPA ULAR DALAM SEMAK, SIAPA KENA ULAM?
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

