Radenjowo
Pagi ini Berita TV3 menyiarkan temubual bersama Dato' Hassan Ali tentang kebajikan rakyat dan sistem kerajaan Selangor yang lalu. Beliau memberitahu tiada perubahan dibuat untuk masa ini dan tiada arahan perletakan jawatan kepada semua pihak. Teruskan dan kerajaan negeri akan tidak membuat sebarang perubahan drastik.
Yang menarik, Untuk pagi ini sahaja TG Haji Hadi dan Dato Hassan Ali sudah pun muncul di dalam berita berkenaan. Adakah ini perubahan kepada kaedah samarata antara BA yang dahulu di gelar pembangkang oleh media? Sama sama lah kita berdoa agar perubahan akan terus berlaku. Kita dah lama sangat tertekan....naik nak muntah jadinya.
Mar 26, 2008
PEMIMPIN BA MUNCUL DI TV3
Labels: Hassan Ali
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Rakyat pilih ketua kampung ... Bukan UMNO
SEORANG penghulu mengemukakan soalan kepada Menteri Besar Perak pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK di Ipoh semalam.
IPOH - Mulai 1 Januari 2009, penduduk di 817 kampung di seluruh Perak berpeluang memilih sendiri ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui satu proses yang bakal diperkenalkan.
Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pelaksanaan sistem baru itu diharap mampu memberi lebih banyak peluang kepada penduduk terlibat memilih ketua mereka.
"Jika di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa memilih diserah kepada rakyat, tiada sebab konsep yang sama tidak dilaksanakan di peringkat kampung.
"Kalau rakyat merasakan ketua kampung yang sedang berkhidmat ketika ini baik dan tidak perlu ditukar, mereka boleh meneruskan khidmat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK seluruh Perak bersama Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.
Jelasnya, proses pemilihan ketua kampung akan dilakukan secara terbuka dan semua penduduk bebas mencadangkan nama calon yang difikirkan layak.
"Kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan berkaitan melalui pejabat-pejabat daerah," katanya. - KOSMO
Menarik - Budaya UMNO yang memilih ketua kampung berdasarkan fahaman politik akhir TAMAT ..... bye bye UMNO dan budayanya.
Labels: Ketua kampung Perak
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
SEKURANG KURANGNYA MEREKA BIMBANG
Kadar tarif elektrik kekal
PUTRAJAYA - Kadar tarif elektrik sedia ada akan dikekalkan berikutan tiada perubahan harga minyak dan gas di negara ini, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Kewangan, dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing semalam menyatakan harga minyak dan gas kekal.
Apa yang penting bukan sahaja kadar tarif elektrik dikekalkan tetapi pengurusan terhadap permintaan dan kecekapan bekalan elektrik dipertingkatkan lagi sekarang, kata Shaziman kepada para pemberita selepas majlis serah terima tugas menteri berkenaan daripada Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik di kementerian itu di sini.
Sementara itu pada majlis berasingan, Perdana Menteri ketika mengumumkan pengekalan harga bahan api dan gas berkata: "Apapun harga sekarang, kita perlu menghadapinya," katanya yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita pada persidangan Invest Malaysia 2008 di sini.
Bagi gas, Nor Mohamed berkata: "Tidak ada keputusan untuk menaikkan harga gas pada masa ini."
"Jika ada kenaikan, kami tidak akan membebankan Tenaga Nasional Bhd. Mengapa perlu berbuat demikian," katanya ketika ditanya sama ada Petronas akan menaikkan harga gas.
Mengenai subsidi dalam mengurangkan jurang pendapatan, beliau berkata: "Kami sedang mengenal pasti cara menggunakan subsidi dengan lebih baik dan cekap dan ia sudah menampakkan kemajuan." - Bernama
Labels: Naik Harga
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Pemuda, Anak Muda dan muda-mudi V
Hari ini, siapa yang mampu menafikan perbezaan heroisme Pemuda terdulu, dengan sekarang? Kalau dulu, mana-mana yang tidak kena dalam PEKEMBAR, kumpulan Pemuda yang mendepani teguran.
Hari ini, apa saja yang membolehkan Pemuda disukai pucuk pimpinan (khususnya Presiden), itulah yang didahulukan. Seolah-olah, tidak ada langsung yang tersilap. Semuanya sempurna
Malah, jika dari kalangan Pemuda sendiri yang cuba menegur pucuk pimpinan, pemimpin Pemuda sendiri yang beria-ia mahu 'membunuh' anak buahnya sendiri. Apa ini? Kita boleh lihat contoh terdekat ini, Mukhriz dibidas, surat minta PM letak jawatan tak bertanggungjawab.
“Kita Pemuda UMNO akan ambil tindakan (terhadap Mukhriz) ikut saluran sedia ada. Bermakna kita tunggu mesyuarat Exco dahulu yang akan diadakan selepas pengumuman pembentukan Kabinet. Itu merupakan satu keputusan yang saya rasa realistik,” katanya.Rata-rata kita tetap akan menyatakan bahawa si pemimpin Pemuda itu hanya pandai mengambil jalan selamat, sekaligus akan dituduh sebagai pengampu - kerana semahu-mahunya membela Presiden, sehingga cuba 'membunuh' anggotanya sendiri. Sepatutnya anak buah dibela. - akalmuda
Labels: PEKEMBAR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Adakah Sesuatu Sedang Menggelegak?
kuda-kepang
Saya mendapat berita bahawa mulai tengahari semalam, pada dua tempoh waktu tertentu sebelah petang hari ini, dan dijangka bersambung lagi esok, terdapat beberapa percaturan aktif yang berlaku terhadap siasah dan kepimpinan negara yang mungkin membabitkan BN dan UMNO.
Bagaimanapun, saya rasa wajar untuk mentawakufkan dulu penyiaran apa jua info yang saya ketahui setakat ini. Saya sekadar boleh kongsikan dengan seluruh pengunjung blog ini bahawa segala-galanya adalah demi masa depan dan demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia seluruhnya.
Kalau anda ingin tahu siapakah yang terlibat dengan percaturan ini, jawab saya adalah: semua pihak yang seharusnya terlibat, katanya, memang sudah dilibatkan. Matlamatnya? Untuk menjernihkan suasana, untuk meleraikan kekusutan dan paling penting lagi utama, semoga aspirasi rakyat jelata menerusi PRU12 dihormati selaras dengan tuntutan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan!
Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya dengan penuh sabar. Sama-samalah juga kita panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga segala-galanya beroleh restu, hidayah dan petunjuk menuju ke arah perjuangan yang lurus dan diredhaiNya. Insya Allah! – Ruhanie Ahmad
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ARAHAN TERBARU KEMENTERIAN PELAJARAN
ARAHAN HARAM TERKINI KEPADA PENGETUA2 SEKOLAH DI NEGERI BA
mr-khairul.
INFO TERKINI DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN MENGARAHKAN SEMUA SEKOLAH2 DI NEGERI2 YG DI PERINTAHI BA SUPAYA TIDAK MENJEMPUT PENCERAMAH2 ATAU PEMIMPIN2 DARI KERAJAAN BA UNTUK BERCERAMAH.
ARAHAN KERASNYA BERUPA UGUTAN KEPADA SETIAP PENGETUA2 DAN GURU2 BESAR SEKOLAH PERLU DI PATUHI JIKA TIDAK JAWATAN2 MEREKA DALAM KERAJAAN AKAN DI GANGGU GUGAT.
BEGITULAH SELAMAT, AMAN DAN MAKURNYA MALAYSIA KITA HARI INI YG DITABIR OLEH KERAJAAN PILIHAN RAKYAT DARI PARTI UMNO/BN.
BEGITULAH TERDESAKNYA PEMIMPIN2 DARI PARTI UMNO/BN INI MENGUNAKAN KUASA HARAMNYA SETELAH LEBIH 50 TAHUN MEMPENGARUHI BADAN2 KERAJAAN DAN MINDA RAKYAT YG RAKYATNYA RELA MENJADI ROBOT SEBAGAI ALAT KAWALAN OLEH PEMIMPIN2 UMNO/BN ITU SENDIRI.
DENGAN PEMBERIAN KUASA UNDI OLEH RAKYAT PADA PRU KE 12, MEREKA BEBAS MENGGUNAKAN ARAHAN SECARA HARAM DI LIMA NEGERI DAN MENYEKAT KEBEBASAN PENCERAMAH2 AGAMA,PAKAR2 MOTIVASI UNTUK MENAMBAH ILMU KEPADA PELAJAR2 MUDA KITA.
Labels: Menteri Sotong
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
UMNO BUSUK HATI
Blacklisted class F contractors
Sloone
”We’ve checked them out, they need to be blacklisted”.
So far, we’ve only heard about it. Friends in government service did gossip about it. But how far it is true, one cannot tell for sure.
Here is a letter on an UMNO letterhead addressed to the Works Department in Batu Pahat, Johor, informing the latter about a list of class F contractors who needed to be blacklisted because they are Opposition supporters. The letter was also copied to Johor Chief Minister Ghani Othman.
Hope our friends in the newspapers can help get feedback regarding this blatant and shameful discrimination. Or, is this old news already? Never mind, for those who have not seen it, this is a historical document, cherish it.
Labels: Barua UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ALI DAN ZAHID SETUJU TANGGUH
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, adalah wajar tarikh pemilihan itu ditangguhkan supaya barisan pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha untuk mengukuhkan parti.
''Setelah UMNO kukuh dan ahli-ahlinya bersatu padu, barulah sesuai untuk diadakan pemilihan parti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mencadangkan supaya pemilihan dalam parti itu ditangguhkan.
Bagaimanapun, Muhammad berkata, cadangan penangguhan pemilihan tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MT yang akan diadakan Khamis ini.
Ahli MT, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, penangguhan itu dapat membantu ahli-ahli di peringkat akar umbi merapatkan barisan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, di peringkat nasional pula, penangguhan itu memberi makna untuk pemimpin tertinggi 'turun padang' bagi memantau permasalahan dan melakukan muhasabah diri bagi memperkukuhkan semula perpaduan parti.
"Jika pemilihan di peringkat cawangan terus diadakan, ia akan mengakibatkan jarak (hubungan ahli) yang menang dengan yang kalah tidak dapat diperbaiki segera.
"Di peringkat bahagian pula akan lebih parah lagi jika pemilihan diizinkan,'' ujarnya. - Utusan meracau
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
MUKHRIZ TIDAK SETUJU TANGGUH
"Saya merayu kepada kepimpinan Umno supaya tidak menunda pemilihan dan ikutlah seperti apa yang telah dikatakan (oleh Presiden parti pada tahun lepas) iaitu pemilihan akan diadakan pada tahun ini", katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mukhriz, yang juga anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno, itu berkata beliau yakin pertandingan merebut jawatan tidak akan menyebabkan perpecahan dalam parti kerana perwakilan sekarang mampu membuat keputusan yang bijak tanpa emosi.
Beliau berkata pemimpin Umno mesti mengikut perlembagaan parti dan semua anggota Umno harus membuat keputusan yang rasional dan bijak.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini berkata badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan supaya pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan kekecohan dalam parti.
Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata badan-badan perhubungan itu termasuk ketua masing-masing sebulat suara menyatakan persetujuan itu dalam beberapa pertemuan berasingan dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak Jumaat lepas.
Pemilihan Umno yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan pilihan raya umum ke-12. Kali terakhir pemilihan diadakan adalah pada tahun 2004. Mengikut perlembagaan parti, pemilihan Umno boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir pada Jun 2009.
Mukhriz berkata jika terdapat pertandingan di peringkat jawatan Presiden sekalipun, beliau yakin Umno tidak akan berpecah jika pertandingan diadakan secara "gentleman".
"Yang paling penting jangan ada rasuah politik kerana itulah yang boleh menyebabkan perpecahan... Saya tidak nampak boleh berlaku sebarang perpecahan jika kita bertanding dalam suasana yang terkawal dan tanpa emosi," kata beliau. - Bernama
Labels: Mukhriz
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
