KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 3, 2008

Oh Muhammad Muhd Taib

getaran-jiwa
Sepanjang kempen di internet untuk menggesa Pak lah berundur. Pak Lah langsung dibuai mimpi dan masih lagi berkata rakyat menyokongnya dan mendapat majoriti sokongan yang besar (tidak faham apa yang difikirkan Pak Lah "flip-flop" dah kalah 5 negeri masih majoriti besar) dan tidak akan berundur dari jawatannya sekarang. Persoalannya setiap kali Pak Lah diserang orang yang akan menjadi perisai ialah Tan Sri Muhamad bin Muhd Taib.

Petikan kata-kata : Muhamad Taib di Berita Harian :-
Muhammad berkata, antara faktor kemerosotan sokongan terhadap BN ialah dakyah pembangkang yang disebarkan menerusi blog dan laman berita antikerajaan serta pengedaran cakera padat video (VCD) kononnya pihak berkuasa bertindak melampau ketika merobohkan sebuah kuil Hindu dua hari sebelum hari mengundi.
Sekarang ini mereka salahkan kuil pula. Apa dia tahu sebab dia tidak bertanding tetapi boleh jadi menteri.

Lagi petikan Berita harian :-
"Satu perkara yang berbeza mengenai Abdullah ialah beliau tidak kongkong dan awak boleh tengok reaksi dan kenyataan yang kami beri kepada media berbeza-beza," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini. "
Kalau Tidak kongkong kenapa halang UMNO selangor menghadiri Forum yang dianjur MYKMU.net.

Memang benar kenyataan yang diberi sungguh berbeza. Motif Muhamad Muhd Taib hanya satu iaitu cuba mengekalkan jawatannya selama yang mungkin. Insaflah Muhamad Muhd Taib. Awak juga sudah tidak relevan dalam UMNO.

Say NO to Pak Lah.!

Mahzhir Khalid kata 'JKKK Tukang Chop..' ?

penyokong-kj
Rujuk TV3 - 3 Apr 2008(07:00)

Nampaknya minggu ini topik paling hangat ialah berkenaan JKKK. Selain maksud Jawatan Kuasa Keselamatan Kampong ia juga boleh membawa beberapa maksud lain. Jika anda nak tahu maksud lain-lain itu, nanti tunggu tranungkite.net akan siarkan artikel saya iaitu 'JKKK lalang no.1 Negara'.

Nampaknya JKKK di Kedah kini menjadi rebutan sengit khasnya kepada Umno negeri yang diketuai oleh bekas MB Kedah Datuk Mahzhir Khalid. Difahamkan semua JKKK yang sebelum ini berkhidmat dibawah kerajaan negeri sebelum ini diminta letak jawatan segera dan seterusnya dengan serta merta mereka akan dilantik oleh Umno negeri sebagai JKKK Persekutuan.

Wah..memang hebat betulah JKKK ini sekarang. Jika sebelum ini ada dikalangan mereka ini bila berjalan nampak gaya macam Adun tapi lepas dilantik untuk peringkat persekutuan mungkin gayanya nampak macam 'Exco Kanan' pula !

Paling seronok didengar bila Mahzhir Khalid kata JKKK akan berperanan sebagai 'Tukang Chop'? Mereka akan chop borang sekolah, chop itu dan chop ini...!

Bukan apa saya risau juga takut nanti dengan diri Datuk...Datuk mereka akan 'chop' habis?

Apapun seperti saya katakan sebelum ini, sebenarnya keputusan PRU-12 baru-baru ini ada juga hikmahnya. Mungkin antara hikmahnya ada rezeki lebih untuk JKKK.

Barua UMNO

Matsamankati
(...) Tuanku Nazrin tanya sama ada pembangkang bersedia menubuhkan kerajaan atau tidak. Maka kita pun kata kita bersedia. Dan Tuanku pun bertanya lagi, "Siapa nak jadi Menteri Besar?"

Masing-masing tergamam. Sebab belum bincang lagi. Dan kita pun minta tangguh sehingga esok untuk berbincang. Dalam masa yang sama, bila Tajol Rosli dapat tahu pembangkang akan menubuhkan kerajaan, dia telah memanggil semua tauke-tauke yang sokong BN supaya datang kekediaman Menteri Besar dan bawa duit cash. Berapa juta yang disediakan aku pun tak tahu.

Dalam diam-diam, ada sorang barua UMNO sibok menghubungi wakil-wakil rakyat dari PKR menawarkan wang untuk melompat masuk UMNO. Walaupun pada masa tu semua YB PKR telah pun dikuarantinkan, tapi barua ni terus mencuba. Pada masa tu cakap saja, berapa juta nak? UMNO cuma perlukan 2 orang saja untuk melompat, dan BN akan memerintah semula.

Barua tersebut ialah Hamdan Taha. Dulu orang kuat Ezam Mohd Nor. Masa geng 12 masuk UMNO tahun 2004, barua ini juga lah yang jadi dalang.

Tapi syukur, tak ada YB PKR yang melompat, walaupun pada masa itu dikalangan pemimpin PAS dan DAP sendiri kurang yakin dengan kesetiaan calon PKR. more...

Muslim Politician Makes Rare Visits To Church, Temples

Sinchew
KUALA LUMPUR, MALAYSIA: A lawmaker from Malaysia's Islamic opposition party said Wednesday (2 Apr) he made rare visits to a church and temples to help assure non-Muslim minorities about their religious rights.

Khalid Abdul Samad, a Pan-Malaysian Islamic Party lawmaker, said he wanted to ease suspicions among non-Muslims that his party wants to curb their religious freedoms.

"It's time to set the record straight," Khalid told The Associated Press. "We respect the rights of non-Muslims. There's no plan to stifle other religions or create problems for them."

Khalid's visit to the Christian church and two Hindu temples last week was a rare move by a Muslim politician. Many of Malaysia's Muslim public figures have been wary of appearing in places of worship other than mosques, fearing criticism by conservative Muslims. A few politicians have made such visits discreetly.

Khalid's party has long alienated minorities with its call for a hard-line theocratic state. But it toned down its religious rhetoric and allied itself with two secular, multiethnic opposition groups for elections last month.more...

Dutch Firm Appeals To Muslims Not To Boycott

Sinchew
KUALA LUMPUR, MALAYSIA: A Malaysian-Dutch dairy producer took out newspaper advertisements Wednesday (2 Apr) to denounce an anti-Islam film by a Dutch lawmaker, an apparent appeal to Muslims to not boycott its products.

Malaysia's religious council and several Muslim groups in the country have called on Muslims to boycott Dutch goods to protest the 15-minute movie by right-wing politician Geert Wilders, saying the film creates unnecessary tensions and misleads viewers to link Islam and violence.

In full-page announcements in major newspapers, as well as on its Web site, Dutch Lady Milk Industries said it wanted to "strongly condemn this expression against Islam" by Wilders.

Dutch multinational firm Royal Friesland Foods owns a 50 percent stake in Dutch Lady and the remainder of the dairy produce company is owned by Malaysians. The second largest shareholder is state investment agency Permodalan Nasional Berhad. more...

Muhammad persoalkan tindak tanduk Dr Mahathir

Agendoldaily - Sebagai orang yang pernah duduk dibawah pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad selama 11 tahun, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak nampak sebarang rasional dan keadilan dalam tindak tanduk bekas Perdana Menteri itu terus menyerang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk memintanya letak jawatan.Beliau mengambil contoh ketika Barisan Nasional kehilangan Terengganu masa pilihanraya tahun 1999.Katanya waktu itu tiada siapa yang meminta Dr Mahathir letak jawatan.“Bila PAS kalah di Terengganu pada tahun 2004 kenapa tiada siapa yang minta Nik Aziz Nik Mat letak jawatan?,”katanya.Bekas Menteri Besar Selangor itu yang kini Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah juga mempersoalkan sikap Dr Mahathir yang seolah merasa apa yang dibuat semasa zaman pentabiranya boleh tetapi sudah tidak boleh pakai semasa pentabiran Abdullah.

Bekas Timbalan Menteri akan sertai KeADILan?

KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Laporan dari sebuah laman web menyebut, bekas Timbalan Menteri Penerangan Dato' Fauzi Abdul Rahman disebut-sebut akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) tidak lama lagi, kata satu sumber yang dipetik dari laman web tersebut.

Fauzi yang terkenal pada tahun 2000 kerana membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Khalil Yaakob atas dakwaan terbabit dengan penyelewengan kawasan balak, digugurkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihan raya 2004.

Sebelum Anwar dipecat, Fauzi merupakan ahli Parlimen Temerloh dan sering dikaitkan sebagai salah seorang penyokong setia Anwar.

"Beliau memang orang Anwar, selepas Anwar dipecat, beliau dipanggil oleh pemimpin tertinggi Umno untuk mengesahkan Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, tetapi beliau enggan dan akhirnya digugurkan dari senarai calon ahli Parlimen BN dalam pilihan raya 1999, tetapi bertanding di peringkat Dun di Pahang.

"Ketika itulah beliau membuat laporan polis berkaitan rasuah Khalil Yaakob yang sehingga kini tidak dinyatakan hasil siasatannya,"kata sumber.

Menurutnya lagi, pengaruh bekas timbalan menteri terbabit akan digunakan untuk memperkukuhkan KeADILan Pahang.

"Insyallah, Anwar sendiri yang akan mengumumkan penyertaan tokoh terbabit," ujarnya.

Sementara ada laporan menyatakan bahawa salah seorang anak Fauzi, Mohamad Farhan merupakan pengasas Kelab Penyokong Anwar Ibrahim di Malaysia.

Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di London juga merupakan antara pengerak utama KeADILan antarabangsa.

Farid buat laporan polis nafi hubungan intim


utusan.
PETALING JAYA 2 April - Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan mengesahkan beliau membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan personaliti TV3, Nurul Syuhadah Nurul Ain Mat Zain.

Menurut Farid, beliau membuat laporan berkenaan dua minggu lalu di Balai Polis Damansara di sini.

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil untuk memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan penyebaran fitnah terhadap dirinya.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diselindungkan. Segala berita yang disiarkan di Internet mengenai saya dan Nurul Syuhadah palsu belaka.

"Fitnah ini sangat serius kerana ia membabitkan saya dengan personaliti TV3. Perbuatan ini bukan saja menjejaskan reputasi kami berdua tetapi ia juga mencemar nama baik Media Prima,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada pertemuan dengan pengarang-pengarang hiburan akhbar di Sri Pentas di sini hari ini.

Berita palsu yang disebarkan di Internet itu mendakwa Nurul Syuhadah dan Farid mempunyai hubungan intim. more...

Tidak perlu sekat laman blog

utusan.

KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan tidak harus mengenakan sekatan ke atas blog tetapi perlu bersikap terbuka terhadap laman tersebut, kata Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah.

Beliau berkata, ini kerana satu gelombang besar politik mungkin akan berlaku sekiranya sekatan dikenakan ke atas laman-laman blog yang wujud pada masa ini.

''Kemunculan blog ini merupakan satu perubahan budaya baru dalam bidang media yang berlaku di seluruh dunia yang tidak dapat dielak.

''Sekiranya ia disekat, maka akan menimbulkan ketidakpuasan dan mungkin akan membawa kesan yang dahsyat kepada para pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abu Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kajian yang menunjukkan terdapat hampir 500,000 blog yang aktif dalam negara.

Katanya, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya baru-baru ini sebahagian besarnya disebabkan pendapat beberapa pemimpin yang berhasrat untuk menyekat laman-laman blog itu.

''Kita harus bersikap terbuka dan biarkan masyarakat yang menilaikannya. Tindakan mengenakan kawalan ke atasnya hanya akan membawa kepada keburukan yang tidak diingini.

''Sekiranya pengendali blog terbabit hanya memaparkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang berunsur fitnah, maka mereka lambat-laun akan tenggelam kerana tidak dapat meraih kepercayaan daripada orang ramai," ujarnya. more...

Posting terkini

Blog Archive