Roslan SMS
Pada 2 April lepas saya ada memetik kenyataan bekas EXCO Agama Selangor ketika BN memerintah iaitu Abd Rahman Palil, diblog ini. Beliau dilaporkan berkata (berkenaan kerajaan baru Pakatan Rakyat Selangor):
Mereka (kerajaan Pakatan Rakyat Selangor) hanyalah pelawak yang sedang membuat persembahan dan semua rakyat sedang terhibur dengan keletah mereka.
Lalu saya menulis:
Biarlah jadi pelawak asal tidak penipu, pencuri wang zakat dan perompak!
Kebetulan sebentar tadi pihak BPR mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan Lembaga Zakat Selangor ditahan reman untuk membantu siasatan berkenaan satu kes rasuah. Kes yang dilaporkan itu membabitkan sogokan wang kurang dari RM1,000 oleh seorang kontraktor kepada pegawai tinggi berkenaan.
Berita berikut saya petik dari pemudabersih.blogspot:
Biro Pencegah Rasuah diberitakan telah memasuki Pusat Zakat Selangor untuk menyoal-sisat memeriksa serta mengambil fail-fail dari Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor mulai Isnin hingga Selasa yang lalu.
Beberapa pegawai tertinggi dikatakan telah disoalsiasat oleh BPR. Antaranya adalah Pengurus Besar, Pengurus Agihan dan beberapa pegawai lain.
Sumber-sumber LZS memberitahu bahawa siasatan berlarutan sehingga lewat malam. Sumber yang belum disahkan juga menyatakan seorang dari pegawai tertinggi ditahan reman.
Saya difahamkan pegawai tinggi yang dimaksudkan telah diambil berkhidmat oleh bekas EXCO Agama BN. Saya turut difahamkan BPR baru berjaya menyabitkannya dengan satu kesalahan kerana kontraktor berkenaan berani tampil ke hadapan memberikan keterangan. Namun pegawai itu dikatakan terlibat dalam banyak lagi kes penyelewengan tetapi saksi-saksi belum berani tampil ke hadapan. Menurut satu sumber pegawai tadi banyak mengaut duit haram sehinggakan gaji bulanannya di bank dikatakan tidak terusik oleh kerana lumayannya rasuah yang beliau terima setiap bulan itu! more...
Apr 11, 2008
Rasuah di Lembaga Zakat Selangor!
Labels: Rasuah Zakat, Roslan SMS
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
UMNO's blogger counter attack front liner
talkoutmamind
(...) The next UMNO strong member blog is from Malaca Chief Minister Mohd Ali Rustam. The main issue that posted in his blog is about Pakatan Rakyat. He argues about the importance and reality check on this pakatan that he convinces it is not going to work. His argument was that there were lots of differences among the three main party and without understanding and agreement, those pakatan will not going to work and this will be a disaster to the people. I guess his fair opponent on this issue is Kit Siang.. Lim Kit Siang has propagating the Pakatan Rakyat idea to the people as an alternative to Barisan Nasional after their wins of several states. His blog consisted lots of issues and i don't know most of the post was written by him or not. Some post was written or posted with approval in his blog to widen more issues to the readers. Pakatan Rakyat idea still strong with Lim Kit Siang but with lots of issues to covers and post in the blog, it went down and become cold. It look like Mohd Ali Rustam choose to take on the Pakatan Rakyat issue and Lim Kit Siang is the main contender to a debate and argument didn’t give any good fight to him. At the moment, I have to give Mohd Ali Rustam 1, and Lim Kit Siang 0. Lim Kit Siang blog covers too much political issues that he is so busy to post a counter argument in his blog fast.
These are few blog I found interesting to put up. I have not yet discover any new UMNO strong member blog or any BN component party blog to stand on the front line on taking against the opposition blog in internet space. I believe, internet age gave a new fair platform for political war. The old media such as television and newspaper print that believe to be bias and tend more to ruling government was slowly eliminated. The importance of this old media machine was still significant because there are small percentages of population such as the elder don’t have an access to internet. At the moment, I believe the opposition party still got the strong hold on this internet space because of their earlier utilization of this media. With the new waves of Barisan Nasional blogger in the front line, this war of overflow information and argument will be the pinnacle of Malaysia political platform in future. The people will not be pushed as a flock of lamb or cows anymore because the government lost their strong grip of withholding information and news. I look beyond to a mass overflow of information in these few years and we have to starts to do a own censorship of whatever we read in the internet. more...
Labels: Blogger
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ternak babi secara moden: Sokong tetapi berhati-hati, kata pakar
Siasah
Oleh Wartawan Siasah
KUALA LUMPUR, 10 April: Langkah kerajaan negeri Selangor untuk memusatkan penternakan babi disokong sepenuhnya oleh seorang pakar pengurusan penternakan babi dari Negeri Sembilan, namun beliau meminta mereka berhati-hati dalam melaksanakannya.
Yap Ah Ping, bekas Adun MCA dari Jimah, Negeri Sembilan (1974 - 1986) mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam menguruskan penternakan babi. Namun pengalaman ngeri wabak JE yang melanda Bukit Pelanduk pada tahun 1999 sehingga mengorbankan 136 manusia masih segar dalam ingatan beliau.
"Semuanya bagi saya bermula dengan kerakusan manusia, masalah rasuah dan tamak haloba dalam melaksanakan sistem penternakan yang baik," kata Yap kepada Siasah.
Beliau mula menyedari masalah bakal dihadapi oleh rakyat Negeri Sembilan ekoran penternakan babi yang merata-rata tanpa mengikut peraturan alam sekitar yang baik sejak pertengahan 1980an lagi.
"Ekoran itu, saya bagi pihak kerajaan negeri Sembilan telah mengetuai satu jawatankuasa peringkat negeri dan berjaya membuat satu undang-undang bernama Enakmen Mengawal Pemeliharaan Babi 1980 iaitu undang-undang No 9, 1980.
"Ia bertujuan untuk mengumpulkan penternak babi dalam satu kawasan sahaja agar ia dapat dikawal dengan baik," kata Yap.
Melalui enakmen itu, kerajaan telah mengambil alih sebuah estet seluas 1520 ekar untuk dijadikan ladang babi berpusat ini. Tanah seluas 2045 ekar lagi milik penternak tradisional juga dimasuk ke kawasan ini.
Kawasan ini akan dijual semula mengikut keperluan setiap penternak iaitu tiga ekar setiap satu.
Inilah mulanya masalah apabila rasuah, tamak dan penyalahgunaan kuasa berlaku.
Artikel lain
Babi ….. Apa kelebihan Pertanian Moden ini
Sensitivity, stupid!
MEMBABI BUTA TANPA RASIONAL: babi mengancam penduduk tempatan
Penternakan Babi di Selangor dan lolongan UMNO
Ladang Mega Babi Selangor - Case closed!
Nik Aziz dan Hadi Peluk BABI (Artikel oleh orang UMNO)
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Presiden PAS beransur pulih
Siasah
KUALA TERENGGANU, 10 April: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ) di sini pagi tadi telah menghubungi sendiri Setiausaha Agung PAS untuk memaklumkan beliau sihat selepas diserang angin ahmar yang ringan sahaja dan boleh berjalan seperti biasa.
Beliau dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas menunaikan solat subuh di rumahnya di Rusila pagi Khamis 9 April.
Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir, Presiden PAS itu menghubungi sendiri Datuk Kamarudin Jaffar di pejabat agung PAS di hadapannya kira-kira jam 9.30 pagi dan bercakap sendiri dengan Kamarudin.
"Oleh itu, tidak perlu bimbang, dia sihat dan akan bertugas seperti biasa selepas berehat beberapa hari," katanya.
(Gambar: Para pemimpin PAS menziarahi Abdul Hadi di HSNZ Kuala Terengganu.)
Labels: TG Haji Hadi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Black 14 tak perlu permit
Black 14 tak perlu permit: Kelab Sultan Sulaiman kawasan persendirian, MB S'gor presidennya
Bernama - Program sambutan "Black 14" anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Isnin ini adalah sempena pembebasan penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada sekatan undang-undang untuk memegang jawatan dan aktif dalam politik, kata Naib Presiden PKR Azmin Mohd Ali.
Beliau berkata Anwar akan menyampaikan ucapan pada malam itu dan dijangka tidak kurang daripada 5,000 anggota dan beberapa pemimpin tertinggi parti akan hadir.
"Pada 15 April (Selasa) ini secara rasminya Datuk Seri (Anwar) akan dapat bergiat semula secara aktif dalam arena politik selepas tidak dibenarkan aktif dalam politik, selepas dibebaskan dari penjara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.
Beliau berkata program itu bertujuan membolehkan masyarakat memahami bahawa perjuangan PKR adalah semata-mata untuk membawa perubahan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat.
Mengenai permit bagi program itu, Azmin berkata ia tidak perlu kerana Kelab Sultan Sulaiman adalah kelab persendirian dan bukannya tempat awam.
"Lagipun presiden kelab ini adalah Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Setiausaha Agung PKR) sendiri dan PKR telah minta izin daripadanya," katanya.
No2umnO - nak berhimpun kena pakai permit lagi ke? Perhimpunan Babi di SUK, Natang di Terengganu .... pun tak payah pakai permit, apesal Black 14 kena? Dah tak jadi isu lagi. Negara demokrasi dah.....tak cam dulu.
Labels: Black 14
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Empat Adun BN Kedah sertai PAS?
(...) Keempat-empatnya berjumpa dengan Amiruddin Hamzah selama 80 minit di satu tempat yang dirahsiakan, lapor satu blog politik 'Dari Yan' (ceritayan.blogspot.com).Tiga Adun terbabit didakwa akan mendapat jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) dalam anak syarikat kerajaan negeri dengan tawaran gaji yang lumayan.
Manakala seorang lagi Adun ditawarkan jawatan datuk bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Namun, menurut blog tersebut lagi, tawaran jawatan datuk bandar MBAS mendapat tentangan sekumpulan pemimpin PAS yang lebih berminat meletakkan pegawai daerah Kota Setar, Datuk Wira Ahmad Md Isa untuk jawatan tersebut.
Sehingga lewat petang ini, panggilan telefon dan mesej SMS Malaysiakini kepada Amiruddin sejak semalam belum dijawab. more...
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO BERHARAP PADA PAGAR ...
Kata bernama di Utusan Meloya ...
Sokongan peribadi untuk Najib
(...) Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu hari ini menyatakan sokongan peribadi yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon Presiden UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau turut menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai calon Ketua Pemuda UMNO untuk menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang akan mengosongkan jawatan itu pada pemilihan parti Disember ini.
"Daya kepimpinan, keberanian dan kebijaksanaan mereka berdua amat dihormati kawan dan lawan. Perwatakan mereka yang berhemah tinggi akan mampu menarik semula minat dan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata, beliau tidak berniat untuk bersikap biadab terhadap peneraju parti pada masa sekarang tetapi pandangan peribadinya itu adalah berasaskan kepada pandangan yang diterima daripada anggota dan orang ramai.
Katanya, sokongan penuh kepada kedua-dua pemimpin itu dibuat atas semangat demokrasi dan cintakan parti. more...
berita lain pulak
Umno Kedah hentam Abdullah
(...) Tekanan terhadap perdana menteri semakin meningkat - dengan pemimpin-pemimpin akar umbi Umno Kedah pula mengkritik kepemimpinan beliau hari ini. more...
Berita berkaitan:
PERISTIWA DI DEPAN NAJIB...UPDATE
Abdullah Diminta Berundur
No2umnO - Yang pening tambah lah peningnya. Bukan pembaca, tapi Pak Lah. Bukan dia tak tau.....SB SB banyak yang bagi tau info pergerakan Najib. Harapkan pagar .... pagar pulak yang orang sokong. Penyokong UMNO pulak. Tak dapat Padi, pagar pun jadi. Kalau wak orang UMNO, wak pun pening nak pilih. Bukan ramai yang wibawa, tapi ramai yang dah gila? Semuanya hancusssss.....dan lebusssssss.
Labels: Dollah Pening, UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kunci Kaabah 1,200 tahun dilelong RM57 juta
Kosmo - KUNCI Kaabah berusia 1,200 tahun berjaya dijual pada harga RM57 juta di London semalam.
LONDON - Satu kunci pintu Kaabah berusia 12 abad semalam berjaya dilelong pada harga £9.2 juta (RM57.24 juta) sekali gus mencatatkan rekod sebagai hasil seni Islam paling mahal pernah dijual.
Kunci tersebut diperbuat daripada besi demgan ukuran 37 sentimeter panjang dilelong di sebuah rumah lelongan di London, Britain.
Harga kunci itu adalah 18 kali lebih tinggi daripada harga yang jangkaan awal dan dibeli oleh seorang pembida yang enggan dikenali.
Kunci kepada tempat paling suci kepada umat Islam itu merupakan salah satu yang masih berada dalam simpanan peribadi.
Kunci itu juga mempunyai ukiran yang tertulis: "Kunci ini diperbuat untuk rumah suci Tuhan ketika era pemerintah kami Imam anak kepada Imam al-Muqtadi Abu Ja'far al-Mustansir Abu'l-Abbas 573".
Lelongan kunci itu merupakan kemuncak kepada satu lelongan untuk hasil seni Islam yang berjaya mencapai jualan berjumlah £21.5 juta (RM133.77 juta) melebihi jangkaan awal jualan £13.1 juta (RM81.51 juta). - Reuters
Labels: Ilmu
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
JADI BLOGGER KALAU NAK BERTANDING
Calon bertanding wajib ada blog sendiri
Meloya - Semua calon yang bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua dan Exco Pusat pada pemilihan parti Disember ini, diwajibkan membina laman web dan blog masing-masing.
Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, laman tersebut dapat memperkenalkan diri calon-calon yang bertanding serta menerangkan visi, misi dan aspirasi serta hala tuju mereka sekiranya terpilih untuk memimpin pergerakan itu.
Menurutnya, Pemuda menyifatkan langkah menggunakan laman web dan blog sendiri dapat membanteras politik wang sewaktu berkempen nanti.
''Dengan cara ini, calon-calon yang bertanding dapat berkempen dengan lebih bebas, adil dan dikenali hampir seluruh perwakilan,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, langkah itu adalah sebahagian daripada rumusan yang diperoleh oleh Pemuda hasil sesi pertemuan dan percambahan fikiran yang diadakan bersama golongan profesional muda Melayu, baru-baru ini.
Menerusi kaedah itu, katanya, Pemuda yakin lebih ramai calon berwibawa dapat diberi peluang menawarkan khidmat menerusi kaedah menggunakan laman web atau blog sendiri.
Selain langkah itu, kata Abdul Rahman, calon-calon juga disaran menganjurkan perdebatan maya sempena proses pemilihan. more...
Labels: Blogger
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
