KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 11, 2008

Rasuah di Lembaga Zakat Selangor!


Roslan SMS
Pada 2 April lepas saya ada memetik kenyataan bekas EXCO Agama Selangor ketika BN memerintah iaitu Abd Rahman Palil, diblog ini. Beliau dilaporkan berkata (berkenaan kerajaan baru Pakatan Rakyat Selangor):

Mereka (kerajaan Pakatan Rakyat Selangor) hanyalah pelawak yang sedang membuat persembahan dan semua rakyat sedang terhibur dengan keletah mereka.

Lalu saya menulis:

Biarlah jadi pelawak asal tidak penipu, pencuri wang zakat dan perompak!

Kebetulan sebentar tadi pihak BPR mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan Lembaga Zakat Selangor ditahan reman untuk membantu siasatan berkenaan satu kes rasuah. Kes yang dilaporkan itu membabitkan sogokan wang kurang dari RM1,000 oleh seorang kontraktor kepada pegawai tinggi berkenaan.

Berita berikut saya petik dari pemudabersih.blogspot:

Biro Pencegah Rasuah diberitakan telah memasuki Pusat Zakat Selangor untuk menyoal-sisat memeriksa serta mengambil fail-fail dari Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor mulai Isnin hingga Selasa yang lalu.

Beberapa pegawai tertinggi dikatakan telah disoalsiasat oleh BPR. Antaranya adalah Pengurus Besar, Pengurus Agihan dan beberapa pegawai lain.

Sumber-sumber LZS memberitahu bahawa siasatan berlarutan sehingga lewat malam. Sumber yang belum disahkan juga menyatakan seorang dari pegawai tertinggi ditahan reman.

Saya difahamkan pegawai tinggi yang dimaksudkan telah diambil berkhidmat oleh bekas EXCO Agama BN. Saya turut difahamkan BPR baru berjaya menyabitkannya dengan satu kesalahan kerana kontraktor berkenaan berani tampil ke hadapan memberikan keterangan. Namun pegawai itu dikatakan terlibat dalam banyak lagi kes penyelewengan tetapi saksi-saksi belum berani tampil ke hadapan. Menurut satu sumber pegawai tadi banyak mengaut duit haram sehinggakan gaji bulanannya di bank dikatakan tidak terusik oleh kerana lumayannya rasuah yang beliau terima setiap bulan itu! more...

1 comments:

Putra IJ80 said...

Kaluu gitu,Wak bole dilantik jadi Ahli Nujum Pa Belalang dlm exco Selangor,jgn maree Wak pagi Jumaat gurau sikit.

Posting terkini

Blog Archive