KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 11, 2008

Polis persoal jumlah wang dibawa terlalu besar

CARI BUKTI: 6  parah ditembak dalam rompakan RM3.45j di KLIA. Seorang pegawai penyiasat menanda kesan rompakan di KLIA, malam tadi. Dalam kejadian itu perompak lepas 40 das tembakan ketika serang hendap pengurup wang.
CARI BUKTI: 6 parah ditembak dalam rompakan RM3.45j di KLIA. Seorang pegawai penyiasat menanda kesan rompakan di KLIA, malam tadi. Dalam kejadian itu perompak lepas 40 das tembakan ketika serang hendap pengurup wang.
BHarian - Polis membuat siasatan menyeluruh berhubung kes rompakan S$1.5 juta (RM3.45 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, termasuk kemungkinan wang itu cuba dibawa keluar secara haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata wang sebanyak itu tidak boleh dibawa keluar dari negara ini sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Saya sudah mengarahkan siasatan kes ini dibuat. Kita nak tahu bagaimana wang sebegitu banyak hendak dibawa ke luar negara. Ini menjadi sebahagian siasatan kita,” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Malaya di Bukit Aman, semalam.

Dalam kejadian di hadapan Balai Berlepas KLIA, kira-kira jam 7.50 malam kelmarin, sekumpulan empat hingga enam penjenayah melepaskan berpuluh tembakan sebelum melarikan beg berisi S$1.5 juta yang dibawa dua pengurup wang.

Lebih 40 das tembakan dilepaskan dalam kejadian itu, menyebabkan lima orang cedera termasuk kedua-dua pengurup wang berkenaan, Muhammad Fadzil Amanullah Khan, 20, dan Bukhari Abdullah, 22, serta pengawal keselamatan yang mengiringi mereka, Ahmad Suhaime Mohd Yussop, 49. more...
berita berkaitan
CCTV depan balai berlepas tak berfungsi
Kejadian paling menakutkan dalam hidup’
Mangsa pura-pura mati elak terus ditembak

No2umnO - Siapa kata susah bawa keluar wang ke luar negara? Kita saje yang ikut peraturan, sedangkan ramai yang cukup terror untuk buat kerja ni. Sebelum orang lain tanya, Musa Hassan pun keluar kenyataan, bagaimana yang berjuta juta dibawa keluar dengan mudah melalui LTA. Ni bukan kerja baru ... ni dah lama, tapi selama ini kita tak tau. Tentu ada yang cuba sembunyi dan menyembunyikan. Siapa dalang kepada semua kerja ini? Mungkin orang orang penting, tapi tunggu lah kalau betul betul POLIS nak bongkar. 2 kes dalam satu kes. Rompakan dan bawa wang keluar secara haram. Tengok je la.....Makin besar jumlahnya, makin besar komisyen tutup mulut.

1 comments:

mangchikla said...

"Enforcement" tak kuat ler kot. Tapi mmg "modus operandi" si "money changer". kerja kerja camni selalunyer dibuat dgn pelanggan tertentu dan yg amat dipercaya sahaja. Sebabnye , "money changer dapat kamsen" bynk dan pelanggan tak banyak rugi diatas "pertukaran" mata wang asing. Heh , bukan baru nih je tapi dah lamer dah... "tipah" jer tertipu.

Posting terkini

Blog Archive