KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 11, 2008

Kerajaan angkuh - Nasharudin

Enggan minta maaf, kerajaan angkuh - Nasharudin

Harakahdaily - Keengganan kerajaan untuk memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat pada 1988 lalu merupakan satu sikap yang angkuh kata, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Katanya, sepatutnya kerajaan memohon maaf kepada Tun Salleh di atas kesalahan ataupun kesilapan mereka yang lalu.

Tambahan pula katanya, sepanjang tempoh pemecatannya, Tun Salleh Abas menjadi mangsa kezaliman.

"Dalam kes ini jelas berlaku kontradiksi antara kenyataan menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim) yang mencadangkan kerajaan meminta maaf bertentangan dengan Perdana Menteri. "Nampaknya tidak wujud satu kesefahaman di antara menteri dengan Perdana Menteri dalam kabinet Pak Lah yang semakin bercelaru," katanya kepada Harakahdaily.

Di Putrajaya semalam, Dato' Seri Abdullah dipetik berkata, kerajaan tidak perlu memohon maaf kepada Tun Salleh,

Beliau berkata ini kerana, kerajaan akan memulihkan kedudukan Tun Salleh dengan cara lain.

"Saya tidak lihat kenapa kita perlu memohon maaf tetapi biarlah kita putuskan selepas kertas kabinet dibentangkan," Abdullah dipetik. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive