KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 3, 2008

Debat PERJUANGAN MELAYU !!!

Seperti biasa bila wujud suara liberal akan muncul kumpulan ektremis atau ultra. Kumpulan ini sudah menuntut lebih banyak hak orang Melayu dikembalikan semula. Sudah ada suara mahu bahasa Malaysia kembali ditukar kepada bahasa Melayu, sistem kuota di universiti di kembalikan. Malahan ada juga yang sudah mendesak kerajaan turut mengkaji mewujudkan sistem kuota pekerja mengikut peratusan kaum di syarikat swasta,

Pada hemat saya, orang Melayu perlu mengekalkan suara moderate atau sederhana seperti UMNO hari ini. Melayu yang ultra bukan sahaja tidak membantu perkembangan kemajuan negara, malah akan terus melemahkan kuasa Melayu. Ini kerana ramai golongan terpelajar Melayu sendiri tampaknya tidak lagi menerima idea-idea eksterim ini.

Manakala idea Melayu liberal yang terbuka ini sungguhpun tampak idealis tetapi tidak akan mendatangkan keadilan dalam masyarakat majmuk seperti negara kita.

Ketika Melayu menjadi liberal, saya percaya akan muncul kumpulan-kumpulan ultra bangsa lain seperti Hindraf dan Dong Jia Zhong. Mereka mahukan orang Melayu menjadi liberal tetapi mereka sendiri bergerak ke arah ultra. - selanjutnya drkhir
Usah cerita tentang perjuangan Islam kerana UMNO terlalu janggal untuk digandingkan dengan perkataan itu. Mereka lebih mesra dengan perjuangan Melayu. Tetapi tulenkah perjuangan mereka? Adakah Khir Toyo layak menjadi pejuang melayu atau setakat kokok sendirian tanpa ucap balas. Perjuangan selepas bergelar Bekas Menteri besar.

Ada berita yang memberitahu, AMK keadilan Selangor sedang di dalam usaha menguji ketulenan jantan dan melayunya pemimpin UMNO selangor ini dengan mengaturkan acara DEBAT antara,

Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin [Ketua AMK Pusat]
dan
DS Khir Toyo

di dalam Topik, PERJUANGAN MELAYU

Kita akan dapat kan maklum balas dari Angkatan Muda Keadilan Selangor di dalam sedikit masa lagi.... Tunggu. Tentunya menarik kerana jika pelawaan ini ditolak ..... Khir Toyo tak payah bercerita lagi tentang Bangsa melayu. Kalau alasannya sibuk ..... maka tidak lah logik kerana masa sibuk beliau sudah lama berlalu.

Malaysia lebih banyak menjana kemiskinan dari membasminya

 tranungkite - "Dollah badawi dan Shahrir Samad akan mengumumkan kenaikan harga minyak Rabu ini. Susah apa nak tadbir negara kalau setakat nak umum naik harga minyak.

Orang kampung pun boleh tadbir negara kalau macam itu cara nya. Kenaikan harga minyak akan menaikkan harga barangan dan kos sara hidup akan naik berlipat ganda. Malaysia sebenarnya lebih banyak menjana kemiskinan rakyat dari membasmi kemiskinan rakyat.

Dengan upah yang sama dan ada setengah nya menganggur dan tidak ada upah langsung, maka bilangan orang miskin akan bertambah apabila harga barang naik. Rakyat yang tidak cukup duit pendapatan untuk menyara hidup keluarga nama nya MISKIN. Jadi manakah kehebatan kerajaan Dollah membasmi kemiskinan?. Semua bohong belaka. Shahrir bohong dan Dollah bohong. Mengapa perlu naik harga minyak kalau subsidi yang di katakan itu hanya cukai yang tidak di kutip kalau minyak tempatan di jual pada orang tempatan. Rakyat paling bodoh pun tak dapat menerima bagaimana pengeluar minyak terpaksa membayar harga yang sama dengan negara tidak berminyak.

Saya rasa negara kita sekarang sudah menjadi negara yang sangat capitalist dan tidak ada tanggung jawab social langsung. Negara lebih mahu bermewah dengan duit tersimpan dalam perbendaharaan dari memikirkan mengurangkan kemiskinan dan kesusahan rakyat. Apa perlunya menyimpan berbillion dalam perbendaharaan kalau rakyat sudah menderita. Apa kah perlu kita membina dan terus membina walau pun rakyat menderita miskin. Di mana tugas kerajaan membela rakyat.
... selanjutnya.

Seloka Ezam keluar parti

kassim8888 - [...]

Ezam tukar identiti
Dari Gerak kini dah berparti
Dari borak²
Kini dah menjadi realiti

Ezam tukar parti
Ada teman yang sakit hati
Ada lawan yang senang hati
Tak kurang juga yang simpati
PKR sekadar memerhati

Ezam tukar parti
Ahli Umno senang hati
Yang keluar dah pun berganti
Mahathir keluar Ezam ganti

Ezam keluar parti
Bawak sekali rahsia enam peti
Pak Lah terima dengan senang hati
Najib dah boleh goyang kaki
Muhyiddin kata, kena rujuk MT
Pemuda kata hati²... selanjutnya.

PENGAKUAN

cabaikampong - Pengakuan Ezam Mohd Nor Jun 1, 08 11:25am Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan.... selanjutnya.

Bersedia untuk di dakwa ...

tanjongsempoi - [...] Salam bertemu dalam tanjong sempoi. Apa yang akan tanjong sempoi perkatakan Ini masih berkaitan dengan masyarakat melayu. Apa yang menghairankan tanjong sempoi, sehingga kini masyarakat di sekeliling kita masih bersikap hipokrit dengan keadaan politik di Malaysia ini. Jika dilihat selepas pilihanraya ke 12 ini masyarakat melayu khususnya masih mengambil sikap sambil lewa dengan keadaan semasa yang berlaku. Apa yang dapat tanjong sempoi coretkan disini adalah sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang kelihatan masih untuk menjaga kepentingan peribadi mereka dan bersandiwara dengan ahli UMNO dan masyarakat melayu di Malaysia ini.

Ketika ini badut-badut politik masih membincangkan mengenai kemelut yang melanda dalam UMNO. Apakah kita sebagai ahli UMNO harus dipermainkan untuk kepentingan politik mereka? Dan apakah kita masih mahu diri kita ditipu oleh pemimpin-pemimpin UMNO? Bukankah mereka ini kita yang angkat sebagai pemimpin? Dan bukankah dengan kuasa ahli-ahli UMNO juga mereka ini akan jatuh tersungkur? Sebagai contoh yang paling dekat ketika ini, apakah dapat kita lihat Ketua-ketua UMNO Bahagian-Bahagian di Malaysia ini datang berjumpa dengan ahli-ahli akar umbi bagi memberi penerangan kepada mereka ini semua. Bukankah mereka masih angkuh dengan sifat ego mereka yang tinggi. Sebagai contoh yang paling dekat jika kita lihat ketua Umno bahagian tanjong, apakah pengorbanan beliau yang paling besar di buat untuk ahli-ahli tanjong. Beliau masih tergilakan jawatan di PPSB kerana beliau masih yakin bahawa beliau mempunyai pengaruh dalam politik. Apakah tidak di fikirkan oleh beliau sepanjang beliau menerajui PPSB itu berapa banyak kerugian yang di alami.... selanjutnya.

Peniaga Karnival dakwa ditipu – Kerajaan Negeri, Sekretariat SUKMA tidak membantu

The image “http://buletinonline.net/images/pas/thumb/karnivalkecoh1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Bagi peniaga yang berniaga ditapak karnival di belakang stadium utama itu, tidak menghadapi apa-apa masalah dengan penganjur.

Namun, peniaga yang mendaftar dengan penganjur ‘Evolution Plan Resources’ bertapak di hadapan stadium menjadi begitu marah dengan sikap penganjur yang lari meninggalkan tanggungjawab dan membiarkan mereka menghadapi pelbagai masalah.

Para peniaga terkejut dan merasa tertipu apabila pemilik khemah memaklumkan bahawa khemah-khemah yang telah dipasang akan dirobohkan kerana pihak penganjur tidak membayar wang pendahuluan kepada mereka.

Setelah perbincangan dibuat diantara peniaga dengan pemilik khemah yang dikenali sebagai ‘Cikgu Zul’, para peniaga mengucapkan rasa syukur kerana mereka dibenarkan terus berniaga atas dasar ihsan Cikgu Zul yang kasihan melihat nasib para peniaga.

Walaupun begitu, lebih 60% peniaga telah membuat keputusan untuk menutup perniagaan dan meninggalkan karnival SUKMA, kerana ‘serik’ dan tidak tahan menghadapi masalah ketiadaan bekalan air, elektrik dan kekurangan pengunjung .... selanjutnya.

Tiada Beza Shahrir dan Shafie - Minyak Petrol dan Diesel Mungkin Naik Harga Ogos

The image “http://buletinonline.net/images/pas/thumb/shahrirminyaknaik.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Hari ini Shahrir membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

"Harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” kata Shahrir.

Beliau berkata, walaupun harga minyak naik, subsidi minyak masih akan dinikmati rakyat berasaskan keperluan bukannya penggunaan.

"Kalau hari ini kita lihat subsidi yang kita terima itu, ia berasaskan kepada jumlah yang kita pakai. Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.
"Itu bermakna ia satu sistem subsidi yang tak terjurus kepada masalah.
Sepatutnya subsidi itu kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan dan memerlukan subsidi, bukan hanya diberikan ikut kemampuan kita menggunakannya (bahan yang bersubsidi),”
Dengan alasan yang beliau berikan bermakna, kemungkinan yang akan mendapat subsidi adalah golongan berpendapatan rendah, dan tiada subsidi bagi pengeluar, pengedar, peruncit dan peniaga.... selanjutnya.

Kempen Naib Presiden Umno Sudah Bermula

msomelayu - Mereka akan mula diuji bakat, suara, personaliti dan kecergasan minda sebelum diterima masuk secara rasmi ke dalam 'akademi' berkenaan menerusi mesyuarat cawangan yang kemudian diikuti oleh mesyuarat bahagian bermula Ogos hadapan. Pemilihan mereka oleh mesyuarat bahagian bolehlah dianggap sebagai pertarungan di suku akhir.

Hari ini sebermulanya mesyuarat agung cawangan Umno boleh dianggap mereka masing-masing mempamerkan diri diperingkat awal untuk dipilih memasuki 'akademi' berkenaan atau memungkinkan diri mereka turut bertarung merebut jawatan dilayer ketiga dalam Umno itu.

Di samping dua pemenang sebelum ini (penahan jawatan) iaitu Muhyiddin Yassin dan Mohd Ali Rustam, kini terdapat sekurang-kurang tujuh yang telah disebut-sebut atau berminat untuk mengambil bahagian dalam 'akademi' berkenaan atau berhajat untuk merebut jawatan berkenaan.

Seorang lagi calon atau juara akademi tahun 2003 dahulu, iaitu Mohd Isa Samad dibatalkan kemenangannya kerana telah didapati bersalah 'merusah para pengirim sms' agar mengundi beliau. Mohd Isa kini digantung daripada bertanding sebarang jawatan di dalam Umno.... selanjutnya.

Berita menarik hari ini [2-June-2008/Isnin]

Ismail Sabri leaves Mokhzani’s SIC position to Finance Ministry [nst]
Harga minyak mungkin naik mulai Ogos: Shahrir [bharian]
Umno supreme council to hold pow-wow [theStar]
Violated by Ah Long mob [thestar]
Rice from Thailand due to the ban from other countries [nst]
ustify RM8 million expenditure, former Perak assemblymen, exco members told [nst]
Pulau Pisang not a transit for smuggling, illegal aliens [nst]
Unit risikan APMM di Pulau Pisang banteras kegiatan tidak diingini [bharian]
Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Kenakan Levi, Tetap Gaji Minimum Pekerja Asing [bernama]
Ada Pemimpin Sekat Penyertaan Anggota Baru Umno [bernama]
Bapa bimbang kes Sharlinie makin dilupai [utusmeloya]
MCA siasat empat cawangan di Pulau Pinang [utusmeloya]
Jutawan tabur duit dari langit [utusmeloya]
Pelatih PLKN diserang virus [utusmeloya]
Ezam nafi ada muslihat sertai Umno [bharian]
Pemuda bantah biasiswa tak ditambah [bharian]
Dr M berucap melalui bumbung lutsinar [bharian]
Tee Keat temui KPN isu Bandar Mahkota Cheras [bharian]
Pelajar lahir bayi bawah tangga [kosmo]
'Bertempur' di Pulau Redang - Dua kumpulan remaja bergaduh kerana perempuan [kosmo]
Iran gesa umat Islam ‘padamkan’ Israel [kosmo]

Posting terkini

Blog Archive