abc - Indonesia hiked the cost of fuel by nearly 30 per cent in response to soaring global oil prices, and a ballooning subsidy bill, leaving hard-pressed households facing even more economic woes.
"More than 100 people have been detained for questioning," a police officer identified only as Ari said.
He said that hundreds of students staged the rally early this morning in front of the National University in South Jakarta over the price rise decision.
"Protesters have thrown small fuel bombs (molotov) towards the police and burned tyres on the streets," he said.
Police also arrested about 26 protesters who rallied outside the presidential palace at midnight on Friday, when the price rise came into effect, Detikcom News Website reported.
A police officer said protesters had no permit to stage a rally there.
In Bandung city in West Java, 1,000 protesters from hardline Muslim group Hizbut Tahrir held a protest this morning to condemn the government's move on prices, local ElShinta radio reported.
Many ordinary Indonesians say higher fuel prices combined with the recent surge in the cost of food will put an intolerable strain on family budgets.
The price hike sparked protests across the sprawling archipelago of 234 million people when it was flagged earlier this month by President Susilo Bambang Yudhoyono.
The Government defended the decision on Friday, saying in a statement that even with the hike, fuel was still subsidised and "lower than in poor countries such as East Timor."
Jun 25, 2008
100 arrested in Indonesia over fuel hike protest: police
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Media jangan pulaukan Parlimen - Zaid Ibrahim
Berlaga angin. Nazri halang media, Zaid mahukan media. Korang cakap biar betul. Berbelit belit. cam lepas minum todi....?
bernama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meminta petugas media agar tidak meneruskan tindakan memboikot liputan di lobi Parlimen selepas mereka dilarang memasuki kawasan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata media perlu diberi ruang secukupnya untuk menjalankan tugas kerana mereka perlu menyampaikan maklumat yang tepat kepada pembaca dan orang ramai.
"Kebebasan akhbar adalah penting dan saya fikir media ada tugas yang penting dan perlu menjalankan tugas mereka dengan teratur.
Jika tidak mendapat maklumat yang tepat, mereka tak dapat buat kerja dengan teratur," katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku bertajuk "Sharing the Nation: Faith, Difference, Power and the State, 50 Years After Merdeka" di Universiti Malaya di sini, hari Selasa.
Hadir sama pada majlis itu ialah penulis buku Prof Noraini Othman, Fellow Ketua Penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Mavis Puthucheary, ahli sains politik kanan dan Clive Kessler, Prof Emeritus Sosiologi dan Antropologi di University New South Wales, Australia.
Zaid berkata kerajaan dan agensi berkaitan perlu menangani isu tersebut serta mencari jalan penyelesaian dan berbincang dengan pihak media untuk memudahkan kerja masing-masing.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan petugas media supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.
Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan petugas media yang membuat liputan pada Sidang Dewan Rakyat mengambil tindakan itu sebagai membantah terhadap peraturan baru yang melarang mereka memasuki lobi Parlimen.
Dalam kejadian Selasa pagi, jurugambar dilihat meletakkan kamera masing-masing di tepi ruang lobi sebagai tanda protes.
Labels: Belit Nazri, Media, Sidang Parlimen, zaid ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Raja Petra...lepas ni mengarut apa lagi?
agendodaily - Selepas ini mengarut apa pula…? Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan risikan tentera seperti yang didakwa pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin dalam akuan berkanunnya bahawa isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu. “Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul. Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera . Itu tak betul,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkat daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen hari Selasa. Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai akuan berkanun Raja Petra 18 Jun lalu yang menyebut Perdana Menteri ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera yang kononnya Rosmah berada di lokasi pembunuhan serta menyebut beberapa nama lain dengan menceritakan bagaimana bom dipasang dan siapa yang memasang bom berkenaan di badan Altantuya. Ditanya adakah beliau percaya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Rosmah terlibat, beliau berkata “Saya tidak percaya mereka terlibat”... selanjutnya.
no2umno - sejak bila kita caya pada dollah? Wakakakakak
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kenapa Saya Berhenti Jadi Jurulatih PLKN?
tranungkite - [...] Saya sudah JELAK dengan perangai GILA KUASA pegawai2 tentera dalam kem dan juga di Tingkat 10 Menara TH Selborn, termasuk yang dah pun ada title (B) di nama masing2.
Tahun lepas saya dan kawan2 juruletih buat aduan ttg salah laku komandan kem saya.
Read carefully. SALAH LAKU KOMANDAN KEM SAYA.
Bukan salah laku saya.
Tapi apa yg kami dapat?
Kami dipersalahkan 100%. Saya hampir dibuang daripada PLKN, tapi saya amat bersyukur kerana belum sempat mereka membusukkan nama saya, saya telah buat keputusan utk berhenti sendiri terlebih dulu. Saya dapat tahu ttg misi dan niat hendak membuang saya dari PLKN, setelah saya buat keputusan utk berhenti. Saya tau kerja sapa, tak lain tak bukan dialah Timbalan Komandan Latihan di kem millennium, beranang iaitu Lt Kol (B) Shamsuddin bin Thani. Sebab dia ambil alih sementara tugas Mejar Sakir masa buat TOT KJ hujung tahun 2007.
Baru sebentar tadi saya dapat call drp kawan saya, yang pernah buat aduan ttg Shamsuddin Thani ke pihak atasan JLKN pada awal tahun 2008. Mereka buat aduan sbb PLKN di kem millennium dah jadi PLKS (Program Latihan Khidmat Shamsuddin).
Setelah mereka buat aduan, mereka dicampak keluar daripada kem millennium dan mereka pun menghuni kem2 lain.
Tadi, mereka dapat surat tamat perkhidmatan berkuatkuasa pada 25 Jun 2008. Hari ini, hari mereka dapat surat ni adalah 24 Jun 2008.
GILA! KEJAM!! TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!!!... selanjutnya.
Labels: PLKN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Selepas nasi kerabu dan nasi dagang kini Ar Rahn menyerang Kuala Lumpur
siasah - [...] Selepas nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai jenis kueh mueh dari Kelantan dinikmati dengan baik oleh orang luar negeri itu, sistem pajak gadai pula mula mendapat tempat.
Sistem pajak gadai Islam Ar Rahn yang berasal dari Kelantan kini berkembang ke luar negeri dengan masyarakat ibu kota Kuala Lumpur menjadi pihak yang pertama menikmatinya selepas penduduk Kelantan.
Cawangan pertama Ar Rahn luar Kelantan dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat di Jalan Raja Laut, (depan Pejabat Agung PAS), Kuala Lumpur semalam.
Labels: Siasah, TG NIK AZIZ
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jed Yoong slammed Wong Chun Wai
jedyoong - Wong Chun Wai can’t stop obsessing about how women in Kota Bharu dress. This time, he has gone too far by LYING that the Kota Bharu City Council (MPKB) has “issued an order to ban female workers of the MBKB and permit holders from putting on lipsticks or wearing high-heels”.
THIS IS FALSE. No by-law has been passed or enforced. An advisory on “preferred” modes of Islamic dressing was distributed.
Sinar Harian has corrected this blatant lie and irresponsible, unscrupulous and defamatory report by The Star and Bernama.
Oh yeah, Wong Chun Wai’s puppy, Tony Pua, also slammed PAS earlier about dressing. Looks like the two Chinamen have a fetish for Islamic wear. Or are they both just sex maniacs obsessed with what women wear?
no2umno - tang ni gua setuju.
Labels: jedyoong
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dua jam pertemuan Anwar-Yahya
malaysiakini - [...] Dalam pertemuan itu, katanya dalam sidang media selepas itu, beliau turut mengemukakan beberapa tuntutan bahagian PKR hasil satu mesyuarat beberapa hari lalu.
Beliau juga mengemukakan cadangan untuk menambahbaikkan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, Yahya menjelaskan tiada keputusan dicapai dalam pertemuan empat mata dengan Anwar.
Keputusan berhubung tuntutan-tuntutan itu akan dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri, yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid, dalam masa terdekat.
Yahya, yang telah meletakkan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan PKR negeri dan pegawai tugas-tugas khas menteri besar semalam, akan hadir bersama Anwar di mesyuarat tersebut.
Tarikhnya bagaimanapun tidak dimaklumkan.
Sebelum itu, kira-kira 3 petang, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Dr Badrul Amin Baharom mengumumkan kepada orang ramai termasuk wartawan bahawa pertemuan Anwar dengan Yahya tidak diadakan di pejabat itu.
Beliau, yang juga ketua bahagian Sabak Bernam, berkata Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid selepas berjumpa Yahya.... selanjutnya.
no2umno - Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya. Jangan sangka orang berjanggut cukup dewasa. Don't judge a book by it's quality paper. Judge it by the salesgirl. Yang aku peliknya, boleh lak si Yahaya tutup mulut selepas jumpa Anwar. Kalau dia buat cam ni awal awal lagi, tak der la rosak nama PKR.
Bila surat letak jawatan dah bagi....sekarang satu jawatan kosong kat SUK. Aku tengah siapkan resume. Tok Khalid ... ni wak nak interview. Kah kah kah ..... Yang !!! Tolong gosok baju abang !!!
Labels: PKR, Yahaya Shaari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Petra, Rosmah dan Yong Teck Lee
matsamankati - [...] Kemudian, siapa pula yang akan menjadi Timbalan PM? Sekiranya 30 MP BN ini menyertai PR, Pas akan menjadi minoriti didalam PR, tak kan nak bagi Pas jadi TPM? Keadaan ini menyebabkan Anwar tidak dapat melakukan proses cross over dalam masa terdekat. Tetapi untuk menunggu sehingga 16 September, terlalu lama. Dan didalam jangka masa ini, macam-macam boleh berlaku. Oleh itu, Anwar perlu memastikan Pak Lah kekal menjadi PM sehingga September 2008.
Najib pula kekurangan sokongan dikalangan MP BN untuk melakukan tindakan, lantas menghubungi Pas untuk meminta pertolongan. Tidak diketahui, apakah yang dijanjikan oleh Najib kepada Pas, tetapi ramai dikalangan pemimpin Pas tertarik dengan tawaran Najib. Sekitar tarikh yang sama dengan pengumuman Yong Teck Lee, sekumpulan pemimpin Pas pergi keLondon untuk melakukan persiapan terakhir dengan wakil Najib.
Pengumuman SAPP untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah hanyalah satu strategi untuk melihat kekuatan Najib. Orang-orang Najib dikatakan sudah bersedia untuk menyokong usul undi tidak percaya itu. Lantas, pada 20/6/08, SD Raja Petra 'terbocor'. Ini untuk menghalang rancangan Najib untuk menjatuhkan Pak Lah.
"Kebocoran' SD Raja Petra membuatkan sebahagian MP serba salah. Bagaimana Kalau Pak Lah gugur? Apakah tempat beliau wajar diberikan kepada seorang yang diragui kewibawaannya?
Pak Lah selamat buat seketika. Penyokong Najib sudah dikenalpasti dan kerjasama dengan Pas terhenti. Now, Najib is feeling the heat.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PAS kurang senang wang derma masuk tabung PKR
klpos - [...] Justeru, beliau mendesak pucuk pimpinan negeri yang diterajui PKR, Pas dan DAP menubuhkan Majlis Perundingan Pakatan Rakyat bagi memastikan kesilapan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak berulang lagi.
“Saya fikir benda-benda macam ini berlaku disebabkan tidak ada satu pakatan atau jawatankuasa di peringkat parti, yang ada cuma perbincangan peringkat kerajaan negeri.
“Disebabkan itulah berlaku kebocoran seperti ini tanpa pengetahuan. Selagi tidak ada jawatankuasa peringkat parti, selagi itu tindakan yang membelakangkan semangat pakatan pembangkang akan berlaku, masing-masing ambil tindakan sendiri.
“Kebocoran ini bukan hanya akan menguntungkan pihak lain termasuk Barisan Nasional (BN) yang akan mencari isu untuk didedahkan, tetapi bakal mengundang persoalan di kalangan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mengakui wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dimasukkan ke akaun PKR dan bukan kepada kerajaan negeri seperti sepatutnya.
Perbuatan itu dipercayai menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.... selanjutnya.
no2umno - aku mula berfikir, adakah ini punca Yahaya Shaari di gantung jawatannya? ... Emhhhh... aku nak jumpa Nujum Pak Belalang, suruh tenung mangkuk ajaibnya .....Labels: 100 hari PR, PAS dan PKR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
