Sun2surf | Refflis Mohd Ismail, 41 (left) with wife, Wan Lailani Wan Othman, 45, (right) showing Nur Redzwana picture Nadila Refflis,15, during press conference at Kangar District Headquarters(IPD)here today. Nur Redzwana realized missing from his house, in Pangsapuri Seri Sena on 11th of July past around 12 mid afternoon. Fear with his daughter safety, Refflis has made police lodge in IPD, Kangar on 13th of July. Refflis said , he and his family member had no any problem or misunderstanding with his child and Nur Redzwana also never get out from home within that long. Those who are have information, please contact Kangar District Police Chief, Supt Yusof Mohd Diah on line 012-6126798 or nearby police station.
Jul 21, 2008
Missing daughter
Labels: Pengumuman
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kisah Tony Fernandes dan laman facebook
klpos | APABILA seorang pelanggan AirAsia belum mendapat bayaran balik daripada syarikat penerbangan tambang rendah itu, beliau menghantar pesanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Datuk Tony Fernandes, menerusi laman sosial di Internet, Facebook.
Tanpa membuang masa, Datuk Fernandes menjawabnya, meminta nombor rujukan dan memastikan masalah itu diselesaikan.
Datuk Fernandes merupakan antara lebih 31 juta pengguna Facebook di seluruh dunia.
Apa yang bermula sebagai inisiatif peribadi secara tidak langsung telah membuka satu laluan baru untuk orang ramai, termasuk pelanggan AirAsia, untuk berinteraksi dan memberikan maklum balas.
'Apabila mendengar kakitangan berbual mengenai Facebook, saya tertarik dan hendak memastikan saya selari dengan peredaran masa.
'Jadi saya memulakan akaun dan dari situ bertemu dengan ramai rakan lama dan juga rakan baru,' kata Datuk Fernandes ketika diwawancara menerusi panggilan jarak jauh, baru-baru ini.
Menerusi Facebook, kenalannya di laman sosial itu telah memberikan kata-kata rangsangan mengenai AirAsia, meminta nasihat beliau mengenai perniagaan malah menawarkan saranan perniagaan.
'Tetapi pertanyaan yang sering saya dapat di Facebook adalah: Adakah anda benar-benar Tony Fernandes? Ramai yang ingatkan akaun itu milik seorang penyamar,' ceritanya lagi.... selanjutnya.
Labels: Air Asia scandal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenapa perlu rahsiakan pertemuan?
msomelayu | MENURUT Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau sudah tiga kali berjumpa dengan pemimpin Pas dalam rangka bermuzarakah antara satu sama lain. Pejumpaan itu dilakukan secara senyap dan tidak dihebohkan kepada umum.
Perbincangan menerusi muzakarah itu ialah soal-soal kepentingan Melayu dan agama Islam. Beberapa cadangan daripada Pas juga difahamkan disampaikan kepada pengetahuan Abdulah, dan PM itu bersikap positif.
Abdullah menjelaskan pertemuan itu tidak membabitakn Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perlukah penjelasan itu dan apakah pertemuan itu perlu kehadiran Nik Aziz, lagipun beliau tidak berapa sihat!
Semacam ada sesutau mesej yang ingin disampaikan Abdullah apabila beliau menyebut ia tidak membabitkan Nik Aziz. Bahawa Nik Aziz tidak dilibatkan dalam pertemuan itu. Kalau begitu kenapa? Apa ini kerana Nik Aziz menunjukkan sikap kurang setuju dengan muzakarah itu maka beliau tidak diajak sama? Mungkin dengan penyertaannya nanti menyebabkan usaha baik itu tergendala.... selanjutnya.
Labels: Belit UMNO, Msomelayu, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan Musa
harakah | Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.
Dakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.
Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.
Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.
"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan.
Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.
Anwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.
Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.
Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.
"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur. ... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar ulangi tanding pilihan raya kecil
harakah | "Sama ada kes berjalan atau tidak saya tetap akan bertanding, jika saya tidak ditangkap saya tentu sudah umumkan di mana tempat saya akan bertanding," katanya di hadapan 7,000 orang baru-baru ini.
Beliau menegaskan bahawa rakyat kini begitu terbeban dengan kenaikan harga minyak dan menyatakan lagi dua bulan tarif eletrik akan meningkat dua kali ganda, di mana bakal menyebabkan rakyat akan sengsara, peniaga kecil akan merosot, IKS banyak terkesan dan penganguran masa ini setengah juta akan mencecah 800,000 juta dalam dua atau tiga bulan lagi.
"Sebab itu saya bantah kenaikkan harga minyak ini, mereka tuduh saya populis, saya kata lebih baik populis untuk jaga rakyat daripada jaga kroni, saya fikir itu satu tanggungjawab dan bila kita perintah kita akan batalkan syarikat kroni ini.
"Kalau saya nak jadi Perdana Menteri, tahun 98 dulu ikut Mahathir ambil duit banyak mana pun sekarang saya dah jadi Perdana Menteri, kalau nak jadi kaya saya tak perlu susah-susah begini tapi sebab saya tengok politik Malaysia sudah kacau-bilau, siapa yang boleh percaya negara ini mengikut hukum dan undang-undang dengan hakim 'corect-corect'," ujarnya.
Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa sekarang tiada yang mahu melabur, pasaran saham merudum dan rakyat kena buat perubahan untuk angkat kedudukan sebagai satu anggota keluarga besar untuk menjamin keselamatan negara ini. ... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Raja bukan 'buta, pekak, bisu'
Malaysiakini | Raja-raja Melayu mempunyai peranan penting dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap adat-istiadat semata-mata kerana "mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan", titah Raja Muda Perak.
Pandangan berterus-terang Raja-raja berhubung isu-isu perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa berdasarkan hasrat memastikan negara terus kukuh dan aman, dan rakyat terus sejahtera dan makmur, titah Dr Nazrin Shah.
"Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka," titah Raja Nazrin dalam pidatonya 'Institusi Beraja' di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara hari ini.
Baginda bertitah, setelah 50 tahun usia kemerdekaan negara, Raja-raja Melayu telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis.... selanjutnya.
Labels: titda
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar 'banyak alasan, dolak-dalik' - Bapak Sayfool
malaysiakini | Bapa pemuda, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan penasihat PKR itu memberi "banyak alasan" dan suka "berdolak-dalik" berhubung siasatan kes tersebut.
"Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis," katanya.
Azlan Mohd Lazim berkata anaknya Mohd Saiful Bukhari telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan."
Kenyataan lima perenggan Azlan dibacakan peguam anaknya Zamri Idrus di sebuah hotel sebelah Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.
Turu serta dalam sidang media itu seorang bapa saudara Mohd Saiful yang mahu dikenali 'Uncle Pat.'
Azlan juga berkata anaknya (foto fail, kanan) sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka.
... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar Ibrahim kata beliau diminta mengisi "borang mangsa rogol"
malaysiakini | Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau diminta mengisi "borang mangsa rogol" di hospital Kuala Lumpur minggu lepas sewaktu beliau dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantunya.
Katanya, beliau menurut sahaja arahan doktor dengan andaian ia sebahagian prosedur biasa dan memberi kerjasama penuh kerana bimbang media akan membesar-besarkan isu itu jika beliau enggan mengikut arahan.
Dalam sidang media selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tengah hari ini, Anwar juga menafikan "mempolitikkan" isu tersebut seperti dakwaan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Beliau mengulangi dakwaannya bahawa beliau ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluannya diukur.
Dalam perkembangan berkaitan, peguamnya Sivarasa Rasiah berkata hospital Kuala Lumpur "telah diperalatkan untuk mempertahankan" isu tersebut.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PAS dan UMNO: Siapa yang bimbang?
Di dalam road tour Anwar Ibrahim ke Malaka baru baru ini, beliau ada menyatakan bahawa PKR tidak bimbang dengan dialog antara PAS dan UMNO. PKR menurut DS Anwar, masih percaya bahawa PAS tidak akan sesekali bersekongkol dengan UMNO untuk mengukuhkan lagi UMNO.
Melihat kepada keadaan sebenar, perbincangan yang telah diadakan, tidak melibatkan UMNO dan PAS secara total, tetapi hanya individu di dalam PAS dan di dalam UMNO sahaja. Maka untuk mengatakan parti terlibat sama, ada lah tidak logik.
Jika benar PAS dan UMNO berdailog secara khusus, sudah pasti kepimpinan tertinggi kedua dua parti akan terlibat sama. Tapi tidak. Siapakah yang perlu bimbang dengan perbincangan tersebut? Hayati apa kata TG Nik Aziz ....
"Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya. - MalaysiakiniPas tahu dan UMNO pun sedar. Pas tidak akan sesekali bersama UMNO di dalam menjayakan agenda politiknya. Dan UMNO pun tahu, Pas tidak bersetuju dengan UMNO. Yang pasti ada pihak lain di dalam UMNO sendiri yang cukup bimbang dengan perkembangan ini. Untuk itu, korang pikir lah sendiri.
Labels: Anwar Ibrahim, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
