Mstar | SANTAPAN DIRAJA... Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Star.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan juga semua Sultan di negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor juga hadir sama.
Jul 23, 2008
Hanya Santapan
Labels: Titah Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ameno gelabah di petak penalti
jahilgoblog | Semalam dok minum teh tarik dekat rumah, kawan ada tanya “apa hal ameno sekarang dok sibuk nak bekawan balik dgn PAS?”
Aku jawab ringkas, “bertahan”.
Bertahan?
Yup. Sekarang ameno dalam posisi bertahan. Dalam posisi semua balik kubu untuk bertahan. Kalau dalam bola, semua dok ghumun dalam petak penalti. Bertahan.
Dalam apa jua keadaan pun, bertahan bukanlah satu situasi yang best. Dan dalam politik, jika kita berada dalam situasi bertahan, menandakan lawan kita tengah kuat mengasak dan kita bakal hilang fokus. Masa sekarang, ameno tengah sibuk bertahan sebab diasak teruk oleh pakatan rakyat.
Ameno, secara umumnya semua dah tau mereka dah lemah dan menjadi sangat lemah pada pru12 tuhari selepas kalah teruk. Menjadikannya lebih menarik ialah apabila pemimpin “agung” mereka, mahadet, telah pun angkat kaki keluaq dari ameno tempohari. Dan kemasukan ezam dalam ameno memecahkan lagi ameno itu sendiri dengan rasa prejudis yang sangat menebal pada ezam. Ditambah dengan kenaikan petrol dan inflasi, rudumnya fdi, dan jenayah yang semakin meningkat, ameno sekarang terpenjuru dengan masalah2 negara.
Kemudian datang pulak sahibul samahah al-uztadz saiful yang “menentang orang munafik” melontar tuduhan yang sekali lagi memalukan tanah melayu selepas sepulo tahun kurapnya dirawat. Al-ustadz saiful yang dilaporkan pernah mengetuai persatuan Islam di zaman pengajiannya menggelikan hati rakan2 bilamana bersungguh untuk bersumpah dengan nama Tuhan sedangkan dia sendiri sebut nama Tuhan pun tak betul (akan diceritakan nanti.. Tunggu….). Dan tekanan sekali lagi dari seluruh dunia samada melalui saluran politik atau agama, menekan ameno untuk bertindak bijak.... selanjutnya.
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Court throws out Karpal's application to call Najib as witness in murder trial
Malaysiainisider | Lawyer Karpal Singh's application to call Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib as witness and recall private investigator P. Balasubramaniam to the stand in the on-going Altantuya Sharibuu murder trial was thrown out this morning.
Speaking to the press outside of the court immediately after, he said he was surprised that DPP Tun Majid did not support it as the prosecution should have made the application in the first place but 'instead I had to do it'.
He reiterated that the police had said on July 19 that they would investigate everyone named in the two statutory declarations made by P. Balasubramaniam. 'How can the court make a finding on the credibility of Bala if investigations are still being carried out?'
Earlier in the court, judge Datuk Mohd Zaki Yasin had said, 'This court will only exercise that right when the need arises.' Karpal added later, 'I hope it does. The court should not just sit mutely.'
Karpal added that he might take this to the Court of Appeal.
More to come.
Labels: Belit Dollah, Belit Mahkamah, Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tiga tokoh Pemuda Umno dapat projek RM1.2 bilion?
harakah | ...Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga individu terbabit dikaitkan juga dengan Precision Portal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dengan sistem perisian komputer di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membabitkan kos hampir RM250 juta.
"Masalahnya ialah sistem itu tidak menetapi spesifikasi LHDN dan salah dalam kiraan taksiran. Ini serius sebenarnya.
"Hari ini kakitangan LHDN terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara 'manual' dan 80 peratus daripada masa kakitangan terpaksa digunakan," katanya ketika memohon penjelasan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Berikutan itu katanya, kelemahan dan kesilapan syarikat ini terpaksa ditanggung oleh LHDN sedangkan jutaan ringgit telah pun dibayar kepada syarikat terbabit walaupun sistem perisian tersebut gagal dilaksanakan.
"Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. LHDN balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius,"tambahnya lagi. ... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Rasuah UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Akibat sokong pembangkang, kontraktor disenarai hitam
harakah | ...Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan mendakwa seorang Ahli Parlimen Umno di Johor telah menulis surat kepada seorang jurutera sebuah agensi kerajaan agar menyenaraihitamkan kontraktor yang menyokong pembangkang.
Semasa mencelah ucapan Dr Mohd Puad Zarkahsi (BN-Batu Pahat) dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada 16 Julai lalu, Gobalakrishnan berkata, "Saya ada satu surat di mana ditulis oleh seorang Melayu kepada jurutera daerah yang berbangsa Melayu, kononnya surat ini menyatakan dengan segala hormatnya, pendaftaran Kontrak Kelas F, (Melayulah), di atas dirujuk.
"Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama kontraktor yang sudah kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong dan bersimpati kepada PartiPembangkang," kata Gobala memetik salinan surat yang diperolehinya itu.
"Ini adalah surat daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi adakah Yang Berhormat Batu Pahat menafikan ini? Ini Yang Berhormat Batu Pahat seorang Melayu, mahu senarai hitamkan kontraktor-kontraktor Kelas F, kesemuanya kontraktor Kelas F, mereka adalah orang-orang Melayu. Jadi, apa surat ini?,"soalnya. ... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Seniman reformasi '98 lancar Paksi
malaysiakini | ....Sekumpulan seniman dan budayawan yang bergiat aktif dalam gerakan reformasi 1998 mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan untuk "memperjuangkan suara-suara rakyat".
"Dengan penubuhan Paksi, kita berharap suara seniman akan lebih didengar. Kita juga harap ia menjadi medan memperjuangkan suara-suara rakyat," kata pengerusi penajanya Dinsman.
Idea penubuhan persatuan ini pada peringkat asalnya digerakkan oleh 40 seniman yang bermesyuarat dan berbincang selama dua hari di Shah Alam awal Jun lepas.
Hasil pertemuan itu, mereka sepakat menamakan persatuan itu Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan manifesto menyatakan pendirian mereka dinamakan Manifesto Seniman Rakyat turut dirangka dalam pertemuan itu.
Manifesto itu menyebut, antaranya, seniman juga sebahagian "rakyat yang dijajah, diperbodoh dan dinafikan hak untuk menggarap karya yang mengangkat kerohanian, kesejahteraan dan kemanusiaan."
Turut disebut: "Kami 'Seniman Paksi Rakyat' bertekad untuk menggarap dan merayakan karya-karya seni yang membebaskan minda dan jiwa rakyat yang terkongkong sejak sekian lama.
"Sekali gus menyokong semua bentuk perjuangan rakyat yang merentasi batas-batas kaum dan agama, mendukung kebenaran, menegakkan keadilan sosial dan menentang segala bentuk penindasan."... selanjutnya.
Labels: No2umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno Pernah Dimakan Sumpah
bulanpenuh2012 | Saudara-saudari pengunjung yang dirahmati Allah s.w.t. Marilah kita mengamati maksud firman Allah s.w.t berikut:
“Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya),Sumpah bukanlah sesuatu yang kecil dalam Islam. Ia bukan juga sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Justeru, Islam mengajar umatnya agar tidak menjadikan sumpah sebagai penutup kemungkaran apatah lagi untuk menegakkan kebatilan.... selanjutnya.
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah-belahkan orang ramai),
Yang sangat-sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang sangat-sangat berdosa,
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
Adakah kerana dia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)?
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, dia berkata: “(Ini ialah) cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.
(Orang yang bersifat demikian, Kami akan dedahkan kehinaannya) – Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu)”.
(Surah Al-Qalam : ayat 10 – 16 ; Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)
Labels: Artikel
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cuba gangguan ceramah DS Anwar gagal
Email di perolehi Mahasiswa anti AUKU
Pada 18-20 hb Julai yang lepas satu karnival telah diadakan di sebuah IPTA yang dianjurkan oleh Adun Parit Raja. Bermacam aktiviti diadakan seperti karaoke,Battle Of The Band, pameran NGO dan jualan produk masyarakat setempat. kiranya U tersebut dijadikan tempat UMNO/BN melaksanakan program bersama rakyat. pada Ahad,20 hb malamnya DSAI datang ke Parit raja mengadakan ceramah beliau..dan kebetulan Datuk Mohamed Aziz,MP Sri Gading yang menyempurnakan majlis penutup karnival.
Fiq mentor telah dijemput untuk membuat persembahan. tapi nak buat macam mana,pengaruh DSAI lagi kuat,maka berduyun-duyun la manusia datang ke ceramah DSAI yang lokasinya hanya dalam lingkungan 1km dari U tersebut..sebelum itu pada sebelah paginya pihak U tersebut telah mengeluarkan notis mengikut akta AUKU mengenai larangan mengahadiri ceramah politik ke seluruh kolej kediaman,habis felo diarahkan memantau.
Kiranya nak datang konsert xpa,jangan pergi ceramah.
Saya merasakan PR juga perlu mengadakan Karnival untuk masyarakat. cuma kita adakan pertandingan Tilawah Al-Quran,Persembahan Nasyid dan ceramah Motivasi. jangan langsung sentuh mengenai politik. Bayangkan Tan Sri Khalid berceramah mengenai rahsia kecemerlangan beliau dalam ekonomi dan 'bagaimana nak jadi seorang pemimpin yang amanah' di IPTA dalam Selangor contohnya UPM,UKM,UNISEL ke...... xpun buat di kolej2 komuniti.Bayangkan Ir Nizar memberikan ceramah rahsia kejayaan beliau dalam bidang kejuruteraan kepada pelajar mana-mana kolej2,universiti di dalam Perak. Ok x idea ni??? kita buktikan yang kita tidak menghasut pelajar. Biar pelajar pilih sendiri parti apa yang mereka sokong. yang penting ADUN PR dapat mendekati para pelajar dan masyarakat.wassalam...
Mahasiswa anti AUKU
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Karpal Jangan Sentuh Soal Pas dan Umno
msomelayu | ....Perasaan kurang senang mengenai perjumpaan pemimpin Pas dengan Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya tidak dibangkitkan. DAP juga dalam hal-hal berkepentingan perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara bebas berlandaskan demokrasi berparlimen juga tidak memaklumkan kepada Pas. Dan Pas tidak pun melahirkan apa-apa bantahan secara langsung.
Kalau Karpal sedar sikapn pesimisnya terhadap Pas mengenai negara Islam sepatutnya beliau tidak perlu menyebut Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan sekiranya Pas ingin mewujudkan negara Islam Pas perlu langkah mayatnya dulu?
Dalam hal ini Pas tidak akan tunduk kepada Karpal dan DAP. Perjuangan Pas ialah untuk mendaluatkan Islam dan negara bercirikan Islam. Konsep keduanya berbeza dan kontras sekali.
Karpal juga perlu tahu Pakatan Rakyat hanya bersefahaman longgar dalam menghadapi BN dalam pilihan raya.
Tidak ada apa-apa tali yang mengikat antara satu sama lain.
Baik DAP, Pas dan PKR boleh saja mempertikaikan apa-apa juga tindakan masing-masing yang bertentangan dengan pendirian dan prinsip masing-masing dan sekiranya yang diungkitkan itu menyentuh hal perjuangan masing-masing.
Jangan Karpal Singah bersikap double standard dalam hal ini.
Hak Pas untuk berunding dengan Umno sesuai dengan landasan perjuangan Pas berdasarkan Quran dan Hadith. Perundingan itu adalah untuk kepentingan bersama yang tidak memerlukan petujuk dan formula dari DAP.... selanjutnya.
Labels: Karpal bangang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
