KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

LAGI SALAH PENYOKONG PUNCA BN KALAH

Utusan Meloya - Bilangan besar undi rosak yang dicatat di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dipercayai menyumbang kepada kekalahan calon-calon Barisan Nasional (BN).

Analisis terhadap jumlah kertas undi rosak yang dikesan di kawasan terbabit didapati melebihi majoriti yang diperoleh calon parti pembangkang yang menang.

Ia menunjukkan kemungkinan wujud perbuatan mensabotaj dalam kalangan penyokong dan ahli BN sendiri antaranya di negeri Kedah, Perak dan Selangor yang berjaya ditawan pembangkang.

Di Kedah, Parlimen Padang Terap yang dimenangi calon Pas mendapat majoriti sebanyak 369 undi menewaskan calon BN dengan kertas undi rosak yang direkodkan adalah sebanyak 770 undi.

Parlimen Sik yang juga dimenangi calon Pas mencatatkan jumlah undi rosak yang tidak banyak beza dengan majoriti iaitu 505 undi berbanding majoriti 481 undi.

Tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas iaitu Bukit Lada pula mencatatkan 395 kertas undi rosak berbanding 208 majoriti manakala Jeneri dan Tanjong Dawai masing-masing mencatatkan jumlah kertas undi rosak sebanyak 251 dan 618 berbanding majoriti 167 dan 79 undi. more...

KITA LIHAT SIAPA YANG TERKENA



BUSUK... Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang. Laporan lanjut Utusan Meloya KLIK

Imej diatas menjelaskan betapa kawasan Sepang dan Morib sudah lama tercemar. Bukan 3 hari atau bukan 3 minggu.

Radenjowo

Orang Morib memang dah tak boleh tahan dengan bau babi. Kawasan sekitar pendudukan kaum Cina di dan Melayu terutamanya dan kawasan Pantai Tanjung Sepat. Beberapa tahun dahulu, sudah di hebohkan di TV3. Tapi ianya tiba tiba senyap terus dari media sehingga hari ini. Bila isu RM100 juta kandang babi moden timbul, semua orang dipaksa melonjak. Yang sudah lama tidak hilang, sudah mula kedengaran kembali. Pihak pihak berkenaan meloncat sampai lupa pekung siapa yang sedang dibongkar. Media pun tiba tiba rajin dedah itu dan ini. Tujuannya tidak lain untuk mempertikaikan tindakan kerajaan baru.

Yang kelakarnya ...... Pilihanraya pada 8 Mac yang lalu, TS Khalid Ibrahim pegang jawatan 13 Mac dan anggota exco baru sahaja angkat sumpah pada 24 Mac, tidak sampai sebulan dan isu babi yang diwar-warkan pada sekitar minggu ini seolah olah Kerajaan PR sudah lama memerintah. Pilih kasih atau menolak kehendak rakyat. Itu kata media dan NGO.

Penduduk Tanjung Sepat yang wak temui bersyukur. Mereka Sedar, pekung siapakah yang media sedang buka sekarang. Betul atau tidak, jadi atau batal, yang penting rakyat sudah kembali buka mata. Pantai Tanjung Sepat sudah hampir 15 tahun menyepi. Semuanya gara gara air kotoran najis babi mengalir ke sana. Kalau dulu Tanjung Sepat tempat ikan mendarat dan bersiar siar, tetapi ia sekarang sekadar laluan bot dari laut. Tidak boleh beriadah atau berlepak lepak kerana kawasan sudah lama rosak. Kerajaan Negeri Yang lalu, cuba membuka pantai MORIB yang baru untuk mengganti kawasan tersebut dan menjauhkan jarak dari kekotoran sebenar. Sehingga sekarang, yang penduduk jati pantai Morib tidak berani bermandi manda di pantai sana. Bilik air disediakan. Sabun pun ada dijual. Semuanya untuk digunakan oleh pengunjung luar yang tidak tahu cerita sebenar. Kalau ada yang mandi dan berkumur kumur dengan air laut diMorib sebenarnya Najis babi sudah masuk ke mulut mereka. Orang kampung hanya melihat sambil tersenyum penuh rahsia.

Kini harapan timbul kembali. Sudah lama BN tutup kisah ini, dan sekarang tanpa sedar bantahan NGO terhadap kerajaan Negeri yang baru, serta data data bersangkutan untuk dijadikan bahan cerita media arus Perdana.

Kita buat sedikit perbandingan. Akibat mahu pilihanraya, isu Babi di Melaka ditutup. DS Najib, Timbalan PM kata ianya sudah selesai. Tapi hakikatnya babi tidak berkurang, malah sampai sekarang ia masih membiak dan membiak. Tanah kerajaan turut digunakan secara haram. Tapi semua ini tidak lagi menjadi isu kerana media dikawal oleh Kerajaan BN. Tutup semua cerita dan rakyat pun tutup mata. Karam Singh Walia pun dilarang kesana. Dihantar keluar negeri untuk buat liputan tentang lain cerita.

Kerajaan negeri Selangor tidak sampai 3 bulan ditubuhkan, serangan bertali arus terus dilakukan. Yang penting kritik dan terus kritik. Inilah dinamakan serangan membabi buta. Baling batu bertubi tubi, tapi tidak tahu batu jatuh ke mana. Kita lihat kesudahannya.

Kalau ditanya pendapat, wak akan kata tidak setuju. Biar cerita berpanjangan. Biar semua aib Kerajaan BN didedahkan. Lagi panjang tempoh, lagi banyak cerita. Mungkin ada yang bertepuk dahi sekarang kerana sedar keburukannya sudah di dedahkan. Rancangan lain, jadinya lain. Serang sana tapi sini yang kena.

Apr 8, 2008

MULIA NYA BENDERA ISRAEL DI BANGUNAN UMNO

BN YANG LULUSKAN PROJEK TERNAK BABI ? Ohhhhh Tidak !!!

MB: Ternak babi bersih, selamat

Malaysiakini - Projek moden penternakan babi di Selangor dijalankan secara bersih, selamat dan memenuhi piawaian kualiti alam sekitar, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak," katanya, mengulas kebimbangan orang ramai berhubung projek berjumlah RM100 juta di Kuala Langat.

"Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut."

pig farming 080408Menurutnya lagi, projek tersebut telah diluluskan oleh pentadbiran BN bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu.

Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, kata Abdul Khalid lagi dalam satu kenyataan, meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri.

"Ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor," tambahnya.

Apabila wujud projek ini, kata Abdul Khalid lagi, tiada ladang-ladang baru khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut. more...

No2umnO - Apaaaaa ........ ???? Khir Toyo ......???? No Comment.

Selangor teruskan projek ternak babi

Utusan Meloya - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor tetap meneruskan projek ternakan babi moden di negeri itu walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek itu yang akan dilaksanakan di Sepang sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini pada 30 Januari lalu.

Justeru, jelasnya, barisan Exco Selangor yang bermesyuarat Rabu lalu merasakan amat wajar untuk meneruskan projek berkenaan memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri ini.


Komen diperolehi dari Tranungkite - by reformasirakyat

Tadi TV3 MB Selangor dah jelaskan.
Pada mesyuarat exco zaman Be End diaorang dah luluskan projek kandang babi tersebut.

So saper yang bagi kelulusan beb.
Aku tahu lepas ni korang mesti cakap, kenapa nak teruskan.
MB cakap masa mesyuarat exco Be end diorang arahkan supaya semua penternak babi supaya letak satu pusat ternak, so Be End punya idea beb. Aduh.....ludah jilat balik beb.

ALAHAI .... SANG KELEMBAI


Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO, dikatakan ‘melabur’ RM 1 Juta untuk Sang Kelembai

Kickdefella - Blogger pertama di pecat oleh UMNO, Zaharin Mohd Yassin atau terkenal dengan nama penanya, Sang Kelembai telah kembali ke pangkuan Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber dari dalam UMNO menyatakan Sang Kelembai telah menemui Pak Lah setelah di bawa oleh seorang Ketua Bahagian UMNO. Selepas pertemuan tersebut, Pak Lah dan Zaharin kelihatan menangis.

Kembalinya Zaharin yang merupakan pengkritik hebat Pak Lah menerusi artikel-artikel Kerajaan Tiga Beranaknya di juruterakan oleh Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO.

Sementara itu, di Sabah, Zaharin dilihat memeluk dan mencium Pak Lah serta melafazkan mohon maafnya di hadapan khalayak ramai. more...

Artikel Sang Kelembai yang lepas ...... Kabinet Kerajaan Tiga Beranak

Sang Kelembai Berpelukan Dengan Abdullah di Sabah

Msomelayu
SUKAR untuk ditafsirkan apakah lawatan 10 to 10, (sepuluh pagi hingga sepuluh malam) Abdullah Ahmad Badawi ke Sabah semalam (7 Mac) membawa kejayaan ataupun sebaliknya.

Yang pastinya lawatan itu penting dan hasil daripada kesan lawatan itu ditunggu orang ramai.
Apakah ia boleh menamatkan spekulasi yang hangat tersebar di Sabah sekarang ini, kononnya beberapa ahli PArlimen BN akan menyeberang bersama pembangkang ataupun sebaliknya?

Bagaimana pun bagi komuniti penulis dan blogers kunjungan Perdana Menteri itu tidak dirasakan begitu penting dan memberi apa-apa kesan tambahan kepada kredibilitinya atau untuk proses pembaikpulihan Umno/BN. Tidak ada apa-apa istimewanya kerana penulis dan bloger sudah lama membaca apa yang akan berlaku dan telah menulis apa yang telah berlaku lama sebelum ini.

Kriritkan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri itu walaupun sarat dengan emosi, nakal dan kadang kala biadab, namun niatnya tetap ikhlas ialah untuk memperbetulkan kelemahan beliau. Banyak sebab dari kacamata penulis/bloger tentang kelemahannya dan kesilapan-kesipalan dilalukan sebagai Perdana Menteri.

Sikapnya membiarkan menantunya menguasai dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan adalah antara puncanya dan menjadi masalah Abdullah tidak disenangi. Kerana sikap dan terlalu bijak Khairy bagi masyarakat penulis atau bloger telah menyebabkan damge tertimba kepada Abdullah. more...

Rujuk:
Blogger pertama yang dipecat dari UMNO ‘ sudah korner ’…
Sumber dari dalam UMNO juga mengesahkan bahawa ‘kos’ membawa pulang Zaharin ke pangkuan Pak Lah dikatakan mencecah RM1 juta.

200 Pemimpin Dan Ahli Umno Sabotaj Calon BN Di Tanah Merah

Bernama - Seramai 200 pemimpin dan ahli Umno kawasan Parlimen Tanah Merah didakwa terbabit dalam perbuatan sabotaj parti secara "organisasi" pada kempen pilihan raya umum bulan lalu.

Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan berkata malahan pemimpin dan ahli Umno itu merancang mensabotaj calon BN dengan meminta pengundi mengundi parti lain selain merosakkan undi menggunakan organisasi Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sudah mempunyai cawangan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

"Ini memudahkan mereka mendekati rakyat untuk menghasut agar tidak mengundi BN...akhirnya pengundi termakan dengan hasutan mereka.

"Mereka adalah kalangan pemimpin Umno termasuk yang memegang jawatan penting di peringkat Bahagian dan jentera pilihan raya, pengarah bilik gerakan pilihan raya dan ketua cawangan Umno terbabit dengan kegiatan tidak sihat berkempen untuk parti lawan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan perbuatan sabotaj oleh penyokong Umno menjadi antara punca kekalahan teruk BN pada 8 Mac lalu.

Shaari tewas kepada calon PKR Amran Abdul Ghani dengan majoriti 2,527 undi.

Shaari berkata kejadian sabotaj itu dikesan berlaku di Kampung Bukit Batang Begedit, Kampung Perala Satu, Kampung Bukit Omar dan Gual Ipoh, serta di DUN Bukit Panau dan DUN Kemahang. "Mereka secara terang meminta ahli Umno di peringkat akar umbi, memberikan undi mereka kepada calon Pas dan calon Parti Keadilan Rakyat," katanya. more...

TAJUDDIN LETAK JAWATAN DAN SINDIR MT

Bernama - Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang berkuat kuasa serta merta.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Paya Besar berkata surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar melalui faksimile pada pukul 11 pagi ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada sebarang respon diterima setakat ini daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga pengerusi Perhubungan Umno Negeri berhubung perkara itu. Mengulas lanjut, Ahmad Tajuddin berkata peletakan jawatannya itu adalah selari dengan pendiriannya yang meminta Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk parti itu pada pilihan raya umum lepas dengan meletakkan jawatan masing-masing.

"Saya merupakan pemimpin rantaian daripada MT sedia ada, jadi biarlah saya bertanggungjawab dengan meletak jawatan dulu," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ahmad Tajuddin yang memegang jawatan itu sejak 1999 berkata peletakan jawatannya juga tidak didorong oleh tekanan daripada sebarang pihak.

Beliau turut menafikan faktor kekecewaan kerana tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum lepas sebagai punca tindakan itu, malah beliau menegaskan ia berikutan rasa bertanggungjawab.

"Kita juga perlu bertanggungjawab atas pencapaian ini bukan dihala pada presiden parti semata-mata, MT juga perlu bertanggungjawab," katanya. More...

Posting terkini

Blog Archive