KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 17, 2008

SEWA BILIK DI SINGAPURA PALING MAHAL ..... Kemudian

Bernama - Singapura menjadi lokasi kesembilan paling mahal di dunia bagi menyewa sebuah apartment tiga bilik, demikian menurut satu kajian global.

Negara bandar raya itu juga menduduki tempat kelima di Asia yang kadar sewa kediaman bagi apartmen tiga bilik meningkat lebih 30 peratus daritahun 2006 ke 2007, demikian menurut kajian ECA International, sebuah syarikat perunding sumber manusia, baru-baru ini.

Kajian Kemudahan Kediaman ECA tahunan itu membandingkan kadar sewa di 92 lokasi di seluruh dunia.

Menurut ECA dalam satu kenyataan, data yang diperoleh dalam Laporan Kemudahan Kediaman itu digunakan oleh syarikat dan perunding pelanggan yang menjadi anggota ECA apabila mereka menggubal polisi dan elaun perumahan bagi kakitangan mereka yang bertugas di luar negara.

Secara purata, kadar sewa apartmen tiga bilik di kawasan kediaman popular pegawai dagang di Singapura adalah kira-kira US$4,460 sebulan, kata ECA.

Kadar ini adalah 33 peratus lebih tinggi dari tahun 2006, apabila kadar sewa kediaman yang serupa adalah kira-kira US$3,364 dan kadar tahunan tertinggi berbanding kenaikan peratus tahunan di Asia, diikuti dengan Mumbai dan Guangzhou.

Kajian itu turut mendedahkan lima lagi lokasi di Asia berada dalam kelompok 10 lokasi termahal di dunia iaitu - Hong Kong (pertama), Tokyo (keempat), Mumbai (keenam), Seoul (ketujuh), dan Ho Chi Minh City (ke-10).

Moscow, New York, London dan Caracas adalah lokasi lain yang paling mahal di kalangan bandar raya di dunia untuk menyewa apartment tiga bilik.

ECA berkata Kuala Lumpur menduduki tempat ke-16 di Asia dan ke-72 dalam kategori dunia.

Sementara itu, 10 lokasi termurah bagi menyewa apartment tiga bilik di dunia adalah Karachi, Guangzhou, Vilnius, Nairobi, Atlanta, Ankara, Dallas, Accra, Lima dan Muscat.

kemudian ..... mereka akan lega kerana adanya .....

Rujuk:
(WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?

Sebab permit tidak disambung

Malaysiakini - Beliau berkata, kementerian juga menerima pelbagai aduan berhubung akhbar tersebut dan berdasarkan penilaian, kementerian mengambil keputusan untuk tidak
menyambung permitnya.

"Kita ada garis panduan media, kita tidak sewenang-wenangnya untuk membatalkan. Kita tidak membatalkan Makkal Osai, cuma kita tidak sambung permit," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

makkal osai diharamkanBernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, penerbitan setiap akhbar tidak boleh lari daripada garis panduan yang ditetapkan.

Antaranya, kata beliau, ialah tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara, isu-isu yang boleh membangkitkan salah faham antara kaum yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

Bagaimanapun, kata beliau, akhbar tersebut boleh membuat rayuan bagi membolehkan kementerian membuat penilaian.

Kementerian Dalam Negeri semalam mengharamkan Makkal Osai selepas memberikan liputan muka depan perhimpunan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin. more...

Khairy kawan baik tapi saya bukan proksi

ismail sabri yaakobMalaysiakini - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakub berkata, adalah terlalu awal untuk beliau membuat keputusan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir tahun ini.

"Kalau isytihar sekarang, dalam masa tiga bulan keadaan mungkin berubah. Mengapa hendak tergesa-tergesa dalam perkara yang belum pasti," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Bagaimanapun, ahli parlimen Bera itu berkata, apabila berada dalam politik, seseorang itu tentu berminat untuk jawatan-jawatan tertentu dalam parti.

"Sehingga ini tidak ada orang datang yang bertanya sama ada saya (akan) bertanding jawatan ketua Pemuda," katanya lagi.

Ismail Sabri sebelum ini pernah dilaporkan sebagai antara calon yang mungkin bertanding jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti pada 16 hingga 20 Disember depan.

Dua lagi calon yang hampir pasti bertanding jawatan tersebut ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd khir Toyo dan exco pemuda Umno pusat, Datuk Mukhriz Mahathir. more...

Panas Cuepacs reda esok?

MStar - SELEPAS dua minggu memberi kata dua, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, esok.

Cuepacs telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada Isnin lalu.

Hari ini rombongan Cuepacs juga telah menemui Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam bagi membincangkan pendirian dan tuntutan-tuntutan yang telah dikemukakan.

Pada 2 April lalu Presiden Cuepacs, Omar Osman mengumumkan pendirian pihaknya untuk memulaukan sambutan Hari Pekerja dan Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus berhubung lima tuntutan kongres tersebut.

Pendirian Cuepacs sehingga petang ini ialah akan memulaukan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 Mei ini dan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya pada 29 Mei. more...

dan rujuk kepada berita ini
Kerajaan Pakatan rakyat rancang sambutan Hari Pekerja besar-besaran pada 3 Mei

No2umnO - Wak dapat info mengatakan bahawa ada pihak ke3 yang desak CUEPACS mengugut Pak Lah untuk boikot perhimpunan. Tak tau betul atau tidak tetapi nama Najib dikaitkan dengan usaha tersebut. Yang menimbulkan pertayaan, di dalam Cuepacs cuba untuk boikit, PR pula usaha untuk mengadakan secara besar besaran. Mungkin ada yang tahu apa muslihat semua ini?

TAK DAPAT 20 LITER .... RM0.80 PUN JADI

Utusanmeloya - Kerajaan Terengganu akan menghapuskan caj sewa meter paip air sebanyak 80 sen sebulan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) mulai 1 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, caj yang dimasukkan ke dalam bil bulanan pengguna itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Satu selepas ini dan pengguna tidak perlu lagi dibebani oleh pembayaran tersebut.

(WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?

brosur-wpi.jpg

ISU HANGAT
(...)
Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut.


Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura?

Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.


Persoalan yang masih perlu diterokai:

Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:

  • Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
  • Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
  • Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
  • Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
  • Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
  • Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
  • Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini.
  • Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI?
  • Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
  • Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?
  • Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
  • Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
  • Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
  • Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
  • Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI?
  • Jika WPI ini ‘berjaya’, adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
  • Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul…….memerlukan jawapan….di dunia dan akhirat.
Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor…

More...

This little piggie went to market

Image
No holds barred

(...) Yes, makan babi, haram. Tapi makan duit perniagaan babi, tak haram. Makan duit rasuah dari perniagaan babi, tak haram. Makan gaji dari duit cukai perniagaan babi, tak haram. Cium ‘French kiss’ mulut GRO Cina yang makan babi, tak haram. Aiyah…..Melayu ni bangang sangatlah.

Now you know why I just love whacking Malays who scream that Hindus, Buddhists and Christians are all going to hell whereas all Muslims, even if they makan rasuah perniagaan babi, are going to heaven. I can’t stand these people. They are all bloody idiots; patronising, holier-than-thou, chip on the shoulder, arrogant, bodoh-sombong, and hypocrites to boot. Hoi, rasuah lagi jijik dari babilah! Faham tak?

Anyway, why is Ali Rustam screaming about Selangor? Look at Melaka, his home state. More importantly, look at his neighbouring state, Negeri Sembilan Darul Khinzir. Negeri Sembilan has a massive problem with pig farms and it is messing up the environment real bad. The rivers in Negeri Sembilan are so polluted with pig waste that it is no longer suitable for use as a source of raw water supply. However, they have no choice but to continue using these rivers since they are short of water. So the treatment plants in Negeri Sembilan are still drawing water from these contaminated rivers. The people of Negeri Sembilan are drinking treated pig waste. Maybe this is why the people there are gila babi. more...

Suara Rakyat Dikuburkan

email oleh
Malang sungguh rakyat Malaysia. Tiada apa yang tinggal untuk kita. Semuanya ingin dibisukan dan dikuburkan oleh kerajaan Beras Naik (BN). Nampaknya tamparan lembut oleh rakyat marhaen pada PRU 12 baru-baru ini langsung tidak terkesan oleh mereka. Agaknya memang ini bukan budaya kita tapi budaya mereka, mana-mana yang tidak selari atau kontra dengan kehendak dan pemikiran mereka dicantas dan dikuburkan.

Maka sekali lagi menjadi bukti kerakusan kerajaan yang ditolak untuk rakyat menamatkan penyiaran akhbar Makkal Osai. Puncanya - Makkal Osai memberi liputan meluas kepada Anwar Ibrahim dan PKR sempena perhimpunan Black 14.

Nampaknya alergik sangat kerajaan sekarang ni dekat Anwar Ibrahim. Sepatutnya mereka belajar daripada kemenangan besar tapi kecil mereka itu. Mendengar luahan rakyat marhaen tidak akan merugikan mereka. Memberi rakyat kebebasan bersuara, mendapatkan maklumat dan memberi ruang untuk rakyat memilih. Namun, dek kerana terlampau lama berkuasa dan semakin mereput, maka ruang ini akan ditutup dan tidak diberi nafas sedikit pun.

Terbaru, menteri penerangan baru(org. negeri ambe ke??) menggesa penulis-penulis blog menghentikan fitnah-fitnah, kritikan dan komen-komen negatif terhadap kerajaan. Walhal dalam masa yang sama, RTM langsung tidak memberi ruang untuk liputan kepada MB Selangor dan MB Perak. Dalam masa yang sama menyerang kerajaan Selangor mengenai isu babi tanpa memberi ruang untuk penjelasan.

Di sini ambe menyerulah kepada geng-geng Umno nih. Tak kira saper yang pegang Umno lepas nih. Pak Lah ke, Najib ke, Muhyiddin ke, Ku Li ke. Berikan kebebasan kepada rakyat, atau rakyat akan membebaskan diri mereka dari UMNO dan BN selamanya. Makkal Sakti!

Awas, Ada Agenda Tersirat di Sebalik Penahanan


Mereka boleh kerana mereka UMNO, polis kawal walaupun tiada permit !!

Cucumatkilau - Susulan perhimpunan yang dikatakan "Haram" di Kelab Sultan Sulaiman, malam Isnin tanggal 14 April lau, maka kini kita dapati mereka benar-benar beriya-iya mahu mengambil tindakan terhadap beberapa orang pemimpin kanan PKR. Biarpun kenyatan sudah diambil dan direkodkan semalam, namun pihak polis didapati masih tidak berpuas hati. Belum cukup dengan perhimpunan haram, kini satu lagi bertunduhan baru ditimbulkan. Lebih melucukan, kali ini Tan Sri Khalid MB Selangor pula dikatakan memutar-belitkan cerita.

Nampaknya nama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman semakin popular mutakhir ini. Apatah lagi, beliau kini dilihat sering muncul di dada akhbar arus perdana dan juga TV berkaitan isu ini. Terbaru, semalam juga beliau menafikan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan sebagai penceramah pada perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kampung Baru, itu. Menurut beliau lagi , MB Selangor itu telah memutarbelitkan kenyataan apabila mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis. Justeru, pihak polis akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab memutarbelitkan kebenaran yang diberikan. Katanya lagi Tidak timbul sama ada ia berjalan dengan aman atau tidak kerana setiap perhimpunan awam perlu mendapat permit terlebih dahulu demi menjamin ketenteraman orang awam.

Soalnya, apakah selama ini "permit" akan diberikan setiap kali parti pembangkang ingin mengadakan program seperti itu. Bukankah program tersebut diadakan di sebuah kawasan tertutup dan merupakan "kawasan persendirian". Bahkan ianya juga mendapat kebenaran dan sokongan daripada Timbalan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman, Datuk Mokhtar Ahmad sendiri yang turut hadir dalam program berkenaan.

Black 14, yang diadakan setiap tahun adalah satu sambutan tahunan sempena memperingati tarikh Anwar dijatuhkan hukuman untuk kes pertamanya pada tahun 1999. Cuma apa yang berbeza pada kali ini ialah kehadiran Anwar sendiri serta, ia juga merupakan tarikh "pembebasan" untuk Anwar kembali aktif dalam politik bermula pada 15 April 2008 keesokan harinya. Sudah semestinya program "makan malam" itu mendapat sambutan rakyat kerana mereka juga ingin mendengar amanat Anwar selepas beliau bebas. Salahkan Anwar, selaku orang yang diraikan itu berucap?. Bukankah beliau merupakan "tetamu khas" pada malam itu. Agak janggal bunyinya, bila rakyat yang hadir hanya boleh melihat dan menatap wajah Anwar dari kejauhan tanpa bisa mendengar sepatah dua kata ucapan yang keluar dari mulutnya itu?. Bukankah Presiden PKR, Wan Azizah sendiri telah menyatakan perhimpunan itu berlaku secara aman dan tiada insiden-insiden serta provokasi yang ditimbulkan oleh rakyat yang hadir berbondong-bondong itu. Ini bermakna, pihak polis selaku badan yang dipertanggungjawab untuk menjaga "keamanan" negara sepatutnya harus berterima kasih kepada pihak penganjur kerana, berjaya menjayakan "Black 14" secara "aman" biarpun berbagai halangan menimpa serta ia dihadiri oleh ribuan rakyat dari seluruh pelusuk negara.

Apakah yang perlu digusarkan sangat, kiranya rakyat yang hadir hanyalah bertujuan untuk menyaksikan pemimpin mereka berucap dalam keadaan mereka sedar. Bukannya mereka ingin menyaksikan sebuah "konsert rock",yang memerlukan mereka 'Khayal" terlebih dahulu bagi menghayati alunan irama konsert tersebut. Maka akhirnya timbullah insiden yang tidak diingini, akibat khayalan yang berlebihan termasuk menggunakan pil ectasy, mabuk minum arak, ambil bahan terlarang seperti dadah dan sebagainya. Kehadiran rakyat pada malam itu juga tertib dan penuh dengan semangat serta displin yang tinggi untuk melihat perubahan.

Perihal MB Selangor tidak menamakan Anwar untuk berucap pada malam itu amatlah janggal juga bunyinya. Mana mungkin "tetamu khas" tidak disenaraikan untuk menyampaikan sepatah dua kata. Sekurang-kurangnya memberi kata aluan serta mengucap terima kasih atas sokongan rakyat. Apakah benar nama Anwar tidak disenaraikan untuk berucap? Atau namanya hilang lagi, sama seperti "diari harian TPMnya" yang dihilangkan oleh pihak polis semasa kesnya masih panas diawal kebangkitan gelombang reformasi dulu. Tidak masuk akal juga nama Anwar dibuang dari senarai, sama seperti 'tilam yang dibuang kes" setelah berhari-hari diusung oleh pihak polis ke mahkamah dulu?. Inilah yang harus dijawap, dan apakah kerana kini ketua Polis Negara, Musa Hassan yang namanya saling tak tumpah dengan "Musa Hassan" yang terlibat dalam kes Anwar dulu maka pihak polis sengaja mencari kesalahan demi untuk mendakwa serta menakut-nakut para pemimpin pembangkang.


Mengapa ada kuasa lain untuk mereka berhimpun? Mereka juga rakyat Malaysia

Apakah ini demokrasi "Ala Malaysia" namanya, bila sikap "talam dua muka", "pilih kasih", "pilih bulu" atau lebih afdal lagi sikap "double standard" pasukan polis kita sendiri. Kita merasa hairan dan janggal, kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam pilihanraya dinafikan hak untuk berhimpun secara aman. Namun, jika ianya terkena atas batang hidung mereka apakah yang dilakukan oleh pihak polis?. Iramanya agak perlahan dan jarang kita dengar penganjur perhimpunan ditangkap atau dipaksa ke balai polis untuk diambil kenyataan. Adakah kita dengar, pengajur perhimpunan haram mereka baru-baru ini diugut untuk dikenakan "waran tangkap" !! Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor, perhimpunan haram kononnya membantah tindakan kerajaan negeri untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Syukor Idrus dibiarkan oleh mereka tanpa apa-apa tindakan terhadap penganjur. Bahkan pihak polis pula dikatakan telah mengawal lalulintas serta pergerakkan perserta perhimpunan berkenaan dari awal hingga ke penghujungnya. Perhimpunan yang diadakan di Dataran Shah Alam, turut disertai 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk persatuan belia dan silat. [Klik perhimpunan bantah hapus DEB]

Begitulah juga dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang, perhimpunan haram juga dilakukan oleh UMNO di Komtar Pulau Pinang yang bertujuan mendesak supaya kerajaan negeri yang baru tidak menghapuskan DEB. Biarpun Melayu Pulau Pinang tahu, bahawa dasar itulah yang menyebabkan spesis mereka semakin terhakis dari Pulau Mutiara itu. Bahkan apa yang tinggal hanyalah sisa-sisa kenangan yang amat menyiksakan. Mereka nampak DEB hanya memperkayakan golongan atasan dan meminggirkan golongan bawahan, namun dek kerana mahu menunjukkan jaguh mereka turut berdemo. Kira-kira 1,000 penyokong Umno menghadiri perhimpunan tersebut, yang ketuai antaranya oleh setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim, selama satu jam. Turut berucap di demonstrasi itu ialah bekas timbalan ketua menteri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, wakil rakyat Sungai Dua - Datuk Jasmin Mohamed, dan ketua bahagian Bukit Mertajam - Datuk Musa Sheikh Fadzir. Apapun perhimpunan haram di Pulau Pinang itu telah dibantah keras oleh mantan Ketua Menteri Koh Tsu Koon sendiri, menurutnya tidak bersesuaian dalam masyarakat majmuk. Soalnya sekarang pernah mereka dipanggil pihak polis untuk memberi kenyataan atau diambil tindakan. Pernahkah mereka juga digertak untuk dikenakan waran tangkap jika gagal memberi kerjasama kepada pihak polis?

Begitu juga di Perak, orang ramai yang pada mulanya ditegah menghadiri perhimpunan haram bagi bagi menyatakan bantahan terhadap DAP "kerana mencabar ketuanan Melayu" akhir berjaya juga melakukannya. Perhimpunan haram tetap juga diadakan di Ipoh anjuran UMNO. Sebelum itu pihak polis ada juga mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan kepada peserta dan juga mereka yang mengedarkan SMS demo yang menyeru "orang Melayu" berhimpun di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk membantah DAP soal ketuanan Melayu. Namun apa yang berlaku, penganjur tetap juga berjaya mengadakan perhimpunan dan yang dicari ialah pengedar SMS semata-mata. Bahkan amaran keras Padah ISA buat penyebar SMS demo akan dikenakan jika mereka ditangkap. Bukankah pelik namanya! yang menganjur tidak ditangkap yang mengundang peserta melalui SMS nak di ISAkan Lebih menghairankan, pihak polis yang beriya-iya melarang pula telah terbalik jadi "mengawal keadaan". Inilah dia sebenarnya "realiti undang-undang di Malaysia" tanahairku ini. Sampai bilakah kita harus terus begini?.Apakah generasi mendatang dapat hidup tenteram, aman dan selesa jika ini terus berlaku. Pihak polis lebih sibukkan diri untuk urusan perhimpunan yang dikatakan haram yang langsung tiada kaitan dengan jenayah. Sebaliknya, hal-hal jenayah yang terus meningkat hingga ke hari ini masih belum ada kesudahannya. Terbaru kejadian jenayah di KLIA iaitu pintu masuk utama pelancong ke negara ini. Bukankah disitu sepatutnya lebih ramai polis menjaganya, bukannya menjaga rakyat yang tidak berdosa dan teraniaya. Begitu juga kes-kes jenayah lain terutamanya kes penculikan kanak-kanak yang masih belum dapat diselesaikan hingga kini.

Justeru itu,wajarlah kita katakan bahawa gertakan dan ugutan yang dibuat kepada pemimpin kanan PKR atas perhimpunan Black 14 adalah mempunyai agenda tersirat sebenarnya. Pihak polis hanya menjalankan tugas mereka. Tanpa arahan pihak atasan, mereka pasti tidak akan tertegas juga dalam hal ini. Samalah dengan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh UMNO sejak akhir-akhir ini. Semua ini mempunya agenda politik "balas dendam" atas kekalahan sebenarnya. Mereka mencari peluang dan ketika yang sesuai untuk melakukannya. Natijahnya, kita haruslah lebih berhati-hati dalam setiap gerak-kerja dan aktiviti selepas ini. Jangan biarkan musuh terus mengintai peluang untuk merperkotak-katikkan kita. Agenda perubahan harus terus dihidupkan demi Malaysia yang lebih selamat, aman dan adil untuk generasi akan datang.


- Cucu Mat Kilau

Posting terkini

Blog Archive