kelantankini - PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan akan membuat keputusan seadil-adilnya berhubung siasatan terhadap seorang bekas menteri bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa mencabul kehormatan seorang pelayan hotel, minggu lalu.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi ruang kepada polis menyelesaikan siasatan terlebih dahulu termasuk proses merekodkan keterangan bekas menteri berkenaan dan juga wanita terbabit.
Ditanya sama ada wanita itu telah menggunakan prosedur yang betul ketika menarik balik tuduhan dengan membuat Akuan Berkanun menerusi peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abdul Gani enggan mengulas mengenainya.
”Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut, saya perlu meneliti dahulu kertas siasatan polis sebelum membuat sebarang keputusan,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Abdul Gani menyatakan demikian ketika ditanya perkembangan kes tersebut selepas bekas menteri Kabinet itu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini. more...
No2umnO - Gani 4tahil ....... Hmmmm...susah nak caya nihhh... Bukan tak boleh, tapi tak pernah caya pun.
Apr 26, 2008
Kes raba: Saya akan putuskan seadil mungkin, kata Peguam Negara
Labels: Gani 4 Tahil
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dakwat kekal: Beza Nepal-M'sia
MESTI BACA !!!
malaysiakini - Tanggal 10 April 2008 mencatat sejarah buat rakyat Nepal apabila mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam pilihanraya Dewan Perwakilan Rakyat yang pertama di negara itu.
Sehingga kini, Parti Komunis Nepal berfahaman Maoisme masih mendahului keputusan pilihanraya di seluruh Nepal, meninggalkan Parti Kongres Nepal, Parti Komunis Nepal berfahaman Marxisme-Leninisme dan parti-parti lain di belakang.
nepal election indelible ink 230408 casting voteKeputusan rasmi pilihanraya ini akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Nepal dalam jangka masa terdekat.
Saya bersama beberapa rakan dari Malaysia mewakili Institut Nasional Untuk Integriti Pilihanraya menyertai delegasi Asian Network for Free Election (ANFREL) seramai 100 orang dari 27 negara untuk memantau perjalanan pilihanraya yang bersejarah itu. more...
Labels: Ilmu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Majlis Ku Li Di Subang Villa Di Sebotaj?
msomelayu - HAMPIR 1,000 orang hadir pada majlis penerangan berhubung isu semasa dalam Umno yang dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya petang ini walaupun ianya dikatakan disebotaj.
Ketua Umno Cawangan dan Ketua Wanita Bahagian Subang dikatakan telah dibawa keluar dari Selangor untuk mengelakkan daripada menghadiri majlis berkenaan.
Ketua-Ketua cawangan Umno dibawa ke Sarawak manakala Ketua Wanita ke Melaka.
Ketua Penerangan Umno Malaysia, Muhammad Muhd Taib yang juga Ketua Bahagian berkenaan diudang bagaimana tidak hadir.
Ketidakhadiran Muhammad itu dianggap kurang bijak kerana beliau sepatutnya mengambil peluang menjelaskan perkembangan di dalam Umno dan berhadapan dengan ahli dan penyokong peringkat bawah. more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
NAJIB PINGGIR IRAN, TUNDUK PADA AMERIKA
KENYATAAN ANWAR IBRAHIM
Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini (April 25, 2008) tentang pemecatan Iran dari Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 di Kuala Lumpur atas alasan negara tersebut telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Resolusi-resolusi tersebut melarang sama sekali memindah dan menjual kepada negara lain bahan dan peralatan yang boleh membunuh dan memusnah.
Nampaknya dalam hal ini, Malaysia telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya. Pameran ini adalah untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain. Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat. Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA2008. Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang penyertaan Iran itu. Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa lain.
Oleh yang demikian, saya berasa dukacita dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan terhadap tertamu kita, Iran.
ANWAR IBRAHIM
Office of Anwar Ibrahim
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
UMNO KEPANASAN, DOLLAH KELEMASAN
Berikutan mesyuarat tergempar EGM UMNO bahagian Batu Pahat, beberapa individu yang memihak kepada Abdullah Badawi nampaknya terasa getaran kebimbangan dan mengeluarkan amaran demi amaran untuk mengingati ahli ahli UMNO agar bersabar dengan rancangan peralihan kuasa oleh Presiden UMNO.
Mereka yang kebingungan termasuklah opah Rafidah Aziz .....
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, belum pernah berlaku sejarah Perdana Menteri di negara ini dijatuhkan oleh sebilangan golongan yang tidak berpuas hati dengan prestasi yang dicapai oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum.
``Kita belum ada sejarah Perdana Menteri dijatuhkan dan kita tidak harus memulakan satu era masa akan datang, Perdana Menteri pada bila-bila masa boleh diarah atau digesa turun kerana ada pihak yang tidak berpuas hati.
``Kita ada proses peralihan kuasa melalui persetujuan antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau proses pemilihan dalam parti sendiri. Tak payahlah nak desak-desak,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Pergerakan Wanita UMNO Sabah di sini hari ini. - Utusanmeloya
Berita berkaitan - Speed up transition plan, Umno division tells PM
Labels: Dollah Pening, UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Khir Toyo , Isteri dan orang orang yang sekaum dengan nya….
rights2write - Jika ada kesempatan bacalah artikel saya dengan tajuk Babi Ooooi Babi yang ada di laman web saya. Ayat 1 -4 menyebut berulang kali perkataan “Bacalah” . Saya minta KT dan orang orang yang sekaum dengannya supaya Bacalah… Bacalah.. Sebelum buka mulut dan memalukan Umat Islam satu dunia, bacalah. Kalau nabi Mohamed di minta membaca Alquran buat pertama kalinya, maka marilah kita sama sama membaca buku buku dan laman laman web dan dapatkanlah sedikit ilmu tentang isu tentang ternakan babi moden sebelum membuka mulut dan bercakap tentang penternakan babi di Sepang.
Saya agak kecewa apabila KT dan orang orang sekaumnya belum sedar dan masih terus menghebahkan maklumat maklumat yang tidak benar tentang penternakan babi di sepang. Hentikanlah penipuan. Tunjukkanlah sikit kebijaksanaan tu. Jangan la malukan bangsa dan agama kita. Engkau tu pemimpin. Apa yang kau cakap tu, kaum kaum kau dengan membabi buta akan mengiakan apa yang dicakapkan.
Saya agak kecewa apabila TV3 juga turut mengambil peluang menggembar gemburkan isu ladang babi ini. Agaknya untuk tujuan nak melagakan lagakan orang Islam dan bukan Islam. Dalam siaran terbarunya, ianya mengaitkan kedudukan ladang babi tadi dengan kedudukan LTAKL yang akan memalukan negara dan pantai Bagan lalang yang kononnya akan tercemar. more...
Labels: Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pak Lah and Malaysia
shahnon.com - While switching on the TV awhile ago, I was shocked to find out that famous blogger, Raja Petra will appear live on RTM1 tomorrow night, Sunday 27th April. I just feel that he should just stick to his Malaysia-Today blog. To me it is just a waste of air time to watch him on tv.
Frankly speaking, if we look at the trend of what is happening now, Pak Lah's so-called reform agenda is actually paving the way for the opposition to win the next general election. The trend is already there. Sadly, this is a government with no clear sense of direction. More than a month have passed on since the disastrous election result for Barisan Nasional and yet I still don't know where Pak Lah is heading. It's as if business as usual for him. It has now come to the point that even when Pak Lah does something good, the people just don't have faith anymore in him. I hope that he won't be re-elected at this year's UMNO party election. more...
Labels: Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO BATU PAHAT DESAK SEGERA ALIH KUASA
Nampaknya banyak UMNO bahagian yang tidak boleh bertahan sabar menantikan peralihan kuasa di dalam UMNO. Yang terkini, UMNO bahagian Batu Pahat melansungkan Mensyuarat Agung Khas nya hari ini meluluskan resolusi mendesak Presiden Parti menjelaskan bentuk dan kaedah peralihan kuasa yang akan di lakukan. Selain dari itu, mereka turut mendesak di adakan kajian terperenci terhadap tuduhan pembabitan ahili keluarga di dalam pentadbiran negara. berita lanjut terdapat di dalam Agendodaily ......
Berita berkaitan
Masa Umno sudah terlalu singkat, Pak Lah mesti segera undur - Umno ...
lapuran terperinci dari .....EGM UMNO Batu Pahat
Labels: Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Federal government threatens to scrap Penang monorail project
malaysiainsider -All pretence was dropped today when the federal government signalled that it would scrap the monorail project and other infrastructure projects in Penang if the state government does not play ball. Also in the frame to be cancelled is the expansion of the Penang airport, the Insider has learnt.
Delivering the government’s hardline message was Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. This approach could spook foreign investors who have adopted a wait-and-see attitude after Election 2008 put the Barisan Nasional back into control but placed five states in the hands of Pakatan Rakyat.
Investors wondered whether there would be mature cooperation between the Federal government and the five states or whether political posturing would be the order of the day.
Read more...Labels: Penang Politics
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
