KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Helah tiga konstabel terbongkar

Kosmo - Tugas polis adalah membanteras kegiatan penyamun tetapi apa yang berlaku sebaliknya terhadap tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang kerja mereka menyamun warga asing.

Tembelang ketiga-tiga anggota dari Bahagian Cegah Jenayah itu terbongkar apabila mereka ditahan semasa sedang menyamun lima warga asing termasuk empat wanita di sebuah penempatan di Taman Merudi, Jinjang pukul 2.30 pagi semalam.

Turut ditahan bersama anggota polis yang kesemuanya berpangkat Konstabel berusia antara 28 hingga 29 tahun ialah seorang lelaki Indonesia yang sering memberi maklumat kepada ketiga-tiga anggota polis terbabit mengenai lokasi untuk menyamun.

Difahamkan, ketiga-tiga anggota polis itu dan pemberi maklumat tersebut diberkas selepas rakan kepada pemberi maklumat itu terkejut dan meluat melihat cara ketiga-tiga anggota polis itu menyamun yang kebetulan mangsanya pula adalah rakannya.

Beberapa Tinggalan Idris Jusoh

The image “http://buletinonline.net/images/berita/tinggaladeris3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Buletinonline - Terlalu banyak gambar Deris ! Berjuta-juta dibelanjakan setahun ?

Kerja-kerja menurunkan gambar-gambar Deris di atas kain rentang, sepanduk, papan tanda, papan iklan dan ‘billboard’ masih lagi belum selesai walau sudah hampir sebulan Mad Said dilantik sebagai Menteri Besar.

Terlalu banyak gambar Deris ! Berjuta-juta dibelanjakan setahun ?

Kerja-kerja menurunkan gambar-gambar Deris di atas kain rentang, sepanduk, papan tanda, papan iklan dan ‘billboard’ masih lagi belum selesai walau sudah hampir sebulan Mad Said dilantik sebagai Menteri Besar.

Beratus-ratus gambar Idris yang disebarkan ke seluruh negeri Terengganu dengan pelbagai bentuk dan tajuk mula dinaikkan selepas kira-kira setahun kerajaan UMNO/BN Terengganu mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004.

Kehebatan penaikkan papan iklan dan billboard di Terengganu di zaman pemerintahan Deris Jusoh cukup terkenal sehingga Terengganu di gelar ‘Terengganu Darul Billboard’. more...

PM ATAU TUKANG MASAK?

Samak masak sendiri untuk PM Myanmar

Utusanloya - Perdana Menteri, Samak Sundaravej hari ini mengesahkan yang beliau akan memasak sendiri juadah untuk rakan sejawat dari Myanmar, Jeneral Thein Sein yang akan melawat negara ini tetapi enggan mendedahkan jenis hidangan yang akan disajikan. more...

No2umnO - Ni satu lagi ...... Dulu ada lah sebuah negara tu. Tanggung jawab Imam pun dia nak, jawatan PM pun dia nak. Last sekali semua tak boleh buat kerja. Tu la pasal. Bila tukang masak nak jadi PM, tugas PM tak der sapa nak buat. Begitu juga kalau tugas IMAM, PM nak buat ... tugas PM sapa nak buat? Tapi negara lain...tu dia punya pasal la.

BAGAIMANA BALKIS DIBUBARKAN?

Isu badan isteri ADUN - Balkis disoal penyumbang

UTusanloya - Kerajaan negeri menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai syarikat yang pernah menghulurkan sumbangan kepada Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang dibubarkan 11 Mac lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat-syarikat itu termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) mahu mengetahui bagaimana pembubaran Balkis dilakukan.

“Mereka juga mahu mendapatkan kepastian sama ada terdapat panggilan (notis) mengenai mesyuarat agung tergempar dibuat mengikut peraturan (Pendaftar) Pertubuhan kerana biasanya untuk pembubaran memerlukan sekurang-kurangnya 14 hari notis.

“Kalau keputusan (pembubaran) dibuat 11 Mac, bererti dalam masa 14 hari bermakna mesyuarat sekurang-kurangnya diadakan 25 Mac, ini bermakna Menteri Besar dan Exco yang baru sudah mengangkat sumpah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Senibina Haiwan di Muzium Sultan Alam Shah di sini hari ini. more...

No2umnO - Di Selangor ni, ada satu mulut kena tutup. Kalau tak, semua isu jadi kecoh, orang lain tak boleh buat kerja. Mulut satu ni.....dia nak buat kecoh banyak hal agar kerajaan baru tak boleh buat kerja. Asyik nak layan hal dia. Panggil GERAK dan NGO turun, biar dia selongkar semua kes. Buat lapuran polis pada mana yang tak betul. Kalau harapkan BPR, tak jalan. TS Khalid tak payah layan semua ni. Nanti Selangor lambat berubah. Banyak benda nak buat. PBT tak reform lagi, PKNS masih ramai talibarut BN, Jabatan Agama pun begitu jugak, malah banyak lagi. Selagi ada talibarut talibarut ni, semua benda tak jadi .....

Mereka mereka ni yang sekat semua rancangan pembaharuan. Jadi api dalam sekam. So fokus pada kerja masing masing. rakyat sedang tunggu perubahan. Kalau tak berubah, ada pihak akan kritik. Diorang tunggu masa tu. TU sebab Nizar arah pengarah JAIP tukar...Leka dengan semua hal ni....ada pihak yang sempat sorok dan musnah fail.

Syed Ali letak jawatan dalam BN

UTusanloya - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Cheras berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Syed Ali tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian itu.

Peletakan jawatan tersebut diumumkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor dalam sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri semua pemimpin kanan bahagian itu.

Syed Ali, 46, memegang jawatan tersebut selama 10 tahun. Beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu.

Mahadi menjelaskan, tindakan Syed Ali itu dilakukan atas rasa tanggungjawabnya terhadap kekalahan teruk di Parlimen Cheras pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Peletakan jawatan Syed Ali mendapat persetujuan UMNO Cheras termasuk peringkat akar umbi.

"UMNO Cheras sentiasa memberikan pandangan dan pendapat terhadap perkara-perkara yang perlu dikaji oleh peringkat atasan," katanya. more ...

Perkataan Allah: Permohonan gereja Katolik ditentu 5 Mei

UTusanloya - Mahkamah Tinggi di sini akan menentukan pada 5 Mei ini keputusan permohonan gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung permohonan berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi yang mewakili responden-responden berhujah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap tuntutan perisytiharan bahawa larangan itu adalah tidak sah dan batal.

Bagaimanapun, beliau membantah tuntutan pemohon berhubung perisytiharan penggunaan perkataan dalam penerbitan itu dan tuntutan perkataan Allah tidak eksklusif kepada agama Islam.

Ini kerana, katanya, perisytiharan berkaitan hak tersebut seharusnya dibuat melalui tindakan saman (writ action) dan bukannya melalui semakan kehakiman yang digubal untuk menyemak keputusan menteri. more...

No2umnO - Wak dah naik pening dengan benda ni semua. Kalau budak sekolah tadika berebut, wak paham, ini dah sampai ke tahap menteri dan orang tua pun masih tak pandai pandai. Kenapa orang lain tak boleh pakai perkataan Allah? Dia punya suka la. Petua dia senang je......

Kentucky tu dulu, dia cipta makanan ayam goreng. Bila dah jadi terkenal dia buat pattern@Hak cipta terpelihara.. Orang lain tak boleh nak tiru dan guna. Semuanya sebab Owner ujud dulu dari Produk.

Allah swt ujud dulu sebelum Islam dan Kristian....so apa hak Islam ni nak kata Allah swt ni dia yang punya. Terbalik dah tu .... Allah swt boleh kata Islam ni miliknya. Mana ada produk patternkan Tuan punya?

Kalau menang pun tak bangga. kita dok berebut, tapi tonggang arak tiap hari, menteri raba raba tiap hari, maksiat mak aiiii dah macam makanan hari hari, hati dan perangai dah macam Yahudi, tak paham agama, tak ikut hukum dan sbgnya. Pastu nak cerita Allah swt tu milik kita? Malulah sikit.

Pemimpin BN bertelagah akan dikenakan tindakan disiplin

utusanloya - Jelasnya, Dewan Tertinggi BN bersetuju agar tindakan diambil ke atas mana-mana pemimpin yang bertelagah secara terbuka.

Beliau berkata, larangan bertelagah secara terbuka itu adalah langkah bagi memperkukuhkan BN dan bukannya mewujudkan sebarang halangan untuk bersuara.

Arahan"Ini bukan untuk tutup mulut tetapi setiap parti ada disiplin, kita akan keluarkan arahan berhubung isu ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Beliau menjawab soalan mengenai usaha bagi memperkukuhkan kembali BN sedangkan masih berlaku pertelingkahan beberapa pemimpin parti komponen itu.

Abdullah menambah, jika BN terus berdiam diri dan membiarkan pemimpin-pemimpinnya bertelagah, ia akan dilihat sebagai sebuah parti yang tidak memiliki disiplin.more...

No2umnO - Nak aku sebutkan nama nama pemimpin BN yang bertelagah ni tak? Tak payah lah....korang pun tau....Lepas ni kita tengok, ketaq tak lutut? hhhhheeeeeeeee....boss dah marah.

Apr 29, 2008

UTUSAN SEBAR FITNAH DI DENDA RM200 RIBU

Utusan dan dua lagi diperintah bayar RM200,000 kepada bekas pensyarah

bharian - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Johan Jaaffar, akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Melayu (M) Berhad diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada seorang bekas profesor madya Universiti Sains Malaysia (USM) kerana menerbitkan satu rencana melalui surat pembaca yang berunsur fitnah terhadapnya, 11 tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus turut memerintahkan supaya ketiga-tiga pihak selaku defendan membayar kos kepada plaintif, Fatimah Busu @ Che Su, dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.

Melalui saman fitnah yang difailkan 26 Ogos 1997, Fatimah menamakan Johan sebagai defendan pertama, akhbar Mingguan Malaysia sebagai defendan kedua, dan Utusan Melayu (M) Berhad selaku pencetak serta penerbit akhbar Mingguan Malaysia, sebagai defendan ketiga. more...

No2umnO - Shhhhhh ...... berita ni tak der dalam utusan.

PARLIMEN KETEPIKAN SOALAN PEMBANGKANG

malaysiakini - (...) "Jika anda melihat pada jumlah (perwakilan), kita (Pakatan) ada 82 ahli parlimen berbanding BN hanya ada 77 (ahli parlimen penyokong kerajaan).

"Melihatkan kepada nisbah ini, kita patut ada 52 peratus. Dan BN hanya 48 peratus. Jadi kalau mereka boleh uruskan sepuluh soalan, maksudnya kita patut dapat sekurang-kurangnya enam (soalan), berbanding mereka empat."

azmin interview 260408 talkingMohd Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, berkata wakil-wakil rakyat Pakatan diberikan sedikit sahaja peluang bertanyakan soalan.

"Sekarang saya melihat, daripada 10 soalan, kami hanya diberi dua. Ini tidak adil," katanya Jumaat lalu.

"Kedua, mereka patut beri keutamaan pada ketua pembangkang. Soalan pertama pada hari itu patut diberikan kepada ketua pembangkang dan ini tidak dilakukan. Soalan daripada Dr Wan Azizah (Wan Ismail) (berada di) nombor ketiga. Jadi ini tidak adil."

Beliau mendakwa wakil-wakil pembangkang "tiada kebebasan" menentukan susun atur soalan dalam prosiding dewan kali ini.

"Saya tidak tahu apa peranan (Datuk Seri) Nazri (Aziz) dalam memutuskan urutan soalan. Tetapi saya rasa speaker Dewan Rakyat patut memmainkan lebih peranan untuk memastikan kita melindungi kebebasan parlimen," katanya. more...

Posting terkini

Blog Archive