Mahu tahu wajah orang PAS yang berjaya cabar Mahathir keluar Parti .... ini dia, pahlawan kita. Kalau lepas ni Mahathir perasan....sudah pasti dia geram.
kopitiam bang nan
Mahathir Sambut Cabaran Orang PAS...
Akhirnya, PAS ada juga saham yang memaksa Mahathir keluar UMNO. Ahli PAS Ismail Wan Teh, selepas mendengar desakan Dr. Mahathir kepada ahli-ahli UMNO supaya keluar parti secara beramai-ramai sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Pak Lah, bertanya kepada Dr. Mahathir samada beliau akan menunjukkan contoh? Selanjutnya ...
imej oleh minag jinggo
Lihatkan wajah Mukhriz ....... Emmmmm geramnye.....
May 20, 2008
Mahathir TERsahut cabaran ahli PAS
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Penjelasan dari individu yang cabar Mahathir Keluar Umno
tranungkite - [...] smail yang ditemui hari berkata beliau tidak nampak cabarannya itu menjadi penyebab Mahathir keluar dari Umno sebaliknya sebagai seorang tokoh negarawan yang terbilang, Mahathir tidak mungkin membuat satu keputusan yang terburu-buru.“Saya memang seorang ahli PAS, tetapi hadir ke majlis dialog tersebut sebagai wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Badan Bertindak Warga Kedah atas nama perpaduan Melayu,” katanya yang juga merupakan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun.
Mengulas lanjut, Ismail melihat kebenaran dalam ucapan Mahathir selama hampir sejam itu yang mana banyak mengupas tentang kepimpinan Umno masa kini yang takut untuk bersuara dan menjaga kepentingan peribadi.“Apa yang kita lihat ialah orang-orang Umno gagal mentafsir idea-idea Tun Mahathir untuk merungkai permasalahan bangsa Melayu pada masa kini,” ujarnya.
Justeru katanya, beliau bangun mengemukakan soalan dan mencabar Mahathir untuk keluar dari Umno bagi membuktikan apa yang disebut dalam ucapannya bukanlah satu retorik semata-matanya.
Begitu juga bila ditanya, Ismail tidak berasa terkejut dengan pengumuman yang dibuat Mahathir kerana beliau sudah dapat menjangkanya berikutan apa yang disebut Mahathir dalam ucapannya.... selanjutnya.
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
GILA TALAK DALAM POLITIK
Radenjowo
Meriah....suasana politik kat negara kita ni terlalu banyak cerita. Setiap hari ada sahaja berita yang mengejutkan. Banyak masalah tak boleh nak tepis tepis. Kalau nak siarkan semua, boleh gila dibuatnya. Tak payah lah buat kerja lain selain dari mengadap komputer.
Semalam dan hari ini orang kecoh tentang kisah Mahathir yang meninggalkan parti. Dalam pada itu ada banyak isu lain yang kita terlepas pandang. Kalau nak cerita tentang masalah di dalam UMNO, tak habis habis. Tak per....untuk kali ini, kita lari kan sedikit perhatian kepada PKR. Sebelum itu kita rujuk kenyataan Menteri Besar Perak tentang saranan kepada blogger .....Dalam satu majlis meraikan para blogger dan pemacu laman web yang di adakan anjuran Lajnah Pas Pusat, Datuk Seri Ir Nizar telah menyarankan kepada para juru blog (bloggers) agar terus mengkritik walaupun kerajaan Pakatan Rakyat bagi tidak melupakan tanggung jawab mereka kepada rakyat.
Dan merujuk kepada usul tersebut, No2umnO berbesar hati untuk turut memantau pergerakan parti pakatan rakyat. Bukan marah, tapi sayang. Bukan berhasrat untuk merosakkan parti tetapi untuk mengikis budaya UMNO yang terbawa bawa ke Pakatan Rakyat. Ramai yang tidak sedar, lain padang, lain belalang.
Sebelum kita bercerita panjang tentang kisah gila talak ini, wak nak rujuk kepada kenyataan tahun lepas ....
Ezam Mohd Nor pada Selasa, 27 Jun 2007 dulu telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. (amskeadilan) Pelbagai spekulasi yang timbul tetapi selepas itu beliau menggerakkan NGO yang di gelar GERAK.Di dalam tindakan pengunduran Ezam, berberapa individu penting turut membuat keputusan yang sama. Ini soal simpati dan solidariti. Kononnya ...... (Rujuk: Keluar parti)
Kandungan di dalam UMNO-REFORM pada tahun 2007.Dalam kita asyik mendengar dan mengesan puak puak UMNO yang bertukar kulit, ketua Angkatan Muda Keadilan Johor ini lain pulak caranya. Kulit nya tak tukar, tapi disiat dan kemudian pakai semula. Macam kain lampin zaman dulu. Pakai, kotor, cuci, buang dan kutip semula. Kain yang berwarna putih, bertukar kekuning kuningan.
SMS - Bekas Ketua AMK PKR Johor Nasir Tasrip dan Ketua Bahagian Kota Tinggi umum keluar PKR dihadapan Ezam menandakan solidariti mereke terhadap Ezam Mohd Nor serta perjuangan dan pengorbanan Ezam Mohd Nor selama ini.
Berita KLPOS
Sementara itu klpos.com juga diberitahu bahawa bekas Ketua AMK Johor Nasir Tasrip mengumumkan keluar parti di hadapan bekas Ketua AMK Mohamad Ezam Mohd Noor sebagai tanda solidariti.
Maklumat yang diperolehi memberitahu bahawa Nasir ini dikesan sedang berada di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Beliau telah meninggalkan KEADILAN kemudian bersama GERAK dan akhirnya pulang ke kampung. Kini cuba untuk berjinak semula dengan Keadilan. Kalau sekadar datang sebagai penyokong dan bantu, tak per.... ucapan terima kaseh kerana pengalaman sangat berharga. Demi untuk perpaduan penduduk setempat, usaha ini di puji. Tapi ini bukan ceritanya. Menurut sumber .... beliau sedang cuba untuk melobi menjadi Ketua Bahagian PKR Sungai Besar. Tak tahu lah benar atau tidak, tapi pokok dan bergoyang kerana angin bertiup kencang.
Bila ada gula, adalah semutnya. Semut tertarik dengan gula dan sejauh mana pun gula, sesunggut tergerak gerak mengesan untuk mencari makan. Disebabkan kerajaan Selangor ini sekarang sudah bertukar tangan kepada Keadilan, maka ramai lah yang mengendeng ngendeng mencuba nasib untuk meminang semula jawatan penting di negeri lain. Usah cerita tentang parti lain yang cuba melompat lompat, tapi ini tentang individu yang sudah buang Keadilan kelongkang dan kini cuba mengutip kembali. Kalau aku....tak tau nak letak muka di mana.
Menurut cerita, beliau ini sudah pun melantik proksinya sebagai Ketua Bahagian Team B di satu kawasan. Mereka ini akan menyokong sekiranya beliau mendapat tempat untuk bertanding.
Nama Nasir ini kalau di kampung tak lah sehebat mana, tapi akibat tindakan dia yang cuba untuk menjatuhkan pihak lain menyebabkan PKR Negeri terpaksa menghantar wakil untuk menemui dan menasihatinya. 'Prevention is better than cure', maka sebelum keadaan menjadi diluar kawalan, elok benar lah di tegur tegurkan.
Pengajaran kepada anak anak muda. Jangan biasakan kawin cerai. Kalau nak bercerai, fikir baik baik kerana bila janda mula berhias, hati tak senang, jiwa tak tenteram. Berulang alik di depan rumah tersiul siul terjengkit jengkit. Harap harap janda menoleh untuk rujuk semula. Bila Janda dah dapat buat hati baru, baru lah nyesal nyanyi pun tak berlagu. Ini lah dia gila talak di dalam politik.
Pengajaran tu. Masa nak kawin bersunguh sungguh, bila nak cerai tak bagi tempoh .....
Labels: PKR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Lingam tape report out today - minus thunder
sun2surf - The four-volume report by the Royal Commission of Inquiry on the Lingam video clip goes on sale tomorrow afternoon - with the thunder of its content stolen by an information leak.
The report by the Commission of Enquiry on the "Video Clip Recording of the Images of a Person Purported to be an Advocate and Solicitor Speaking on the Telephone on Matters Regarding the Appointment of Judges", is made up of the main report (RM161.40), the notes of proceeding (RM123), statutory declaration (RM120) and exhibits (RM136.90).
The public may buy the report from the Legal Affairs Division of the Prime Minister's Department in Putrajaya, from 2pm.
Last Friday (May 16), Minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim announced the cabinet decision to go public with the report, days after three newspapers had published the gist of its findings, quoting excerpts of the comments and recommendations.
The report, in a nutshell, found that the video clip recording of lawyer Datuk V.K. Lingam talking on his handphone with a "Datuk" on appointment of judges is authentic and recommended appropriate action against individuals identified and said to have committed certain offences.
... selanjutnya.
Labels: Belit Mahathir, VK Lingam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mukhriz not quitting, urges PM to step down
thestar - [...] Umno Youth executive council member Datuk Mukhriz Mahathir said he is not resigning from Umno, but reiterated his call for Datuk Seri Abdullah Badawi to step down as prime minister and party president.
The Jerlun MP, who is expected to contest for the post of Umno Youth chief in December, had previously called for Abdullah to step down after the March 8 polls that saw the Barisan Nasional coalition losing its two-thirds majority in Parliament.
On Monday, Mukhriz's father, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, resigned from the party, citing his dissatisfaction over the current leadership.
He urged other Umno members to also leave until there was a change in party leadership.... selanjutnya.
Labels: Belit Dollah, Belit Mahathir, Mukhriz, UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Azalina diskriminasikan program pelancongan
MStar - [...] "Di Kedah acara Visit Malaysia Year Go Green akan diadakan pada 21 hingga 24 Ogos ini, begitu juga di Kelantan penganjuran acara pesta nasi seratus akan diadakan pada 9 hingga 11 Julai. Dengan adanya acara itu terbukti kementerian masih menyenaraikan acara pelancongan di kalendar acara," katanya ketika menggulung perbahasan menjungjung kasih titah Yang diPertuan Agong bagi kementerian Pelancongan di Dewan Rakyat di sini.
Jawapan Azalina itu bagaimanapun menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada kalangan anggota pembangkang yang berulang kali bangkit meminta penjelasan, bagaimanapun Azalina tidak memberi laluan dan terus dengan ucapan penggulungannya.
Keadaan bertambah tegang apabila Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mencadangkan Azalina dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberikan jawapan yang mengelirukan.
"Di bawah peraturan mesyuarat 36(12) saya ingin mencadangkan agar menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan ini pada peringkat jawapannya, ini berdasarkan kepada peraturan 26(1p) di mana kita boleh buat serta-merta tanpa memberikan sebarang notis," katanya.... selanjutnya.
Labels: Belit Azalina
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tahanan ISA di tendang dan tumbuk
'Suami saya didera dalam tahanan ISA'
malaysiakini - [...] Dalam laporan polisnya hari ini, Sharmila Uthiakumar mendakwa Sanjeev Kumar Krishnan dibelasah dalam tempoh siasatan selama 55 hari sejak 28 Julai tahun lepas.
"Bahagian badan dan kepala beliau ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang beliau ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki.
"Kaki kiri dan tangan kiri beliau dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu.
"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.
Beliau diiringi tiga anggota keluarganya. Hadir sama ialah pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis gerakan tersebut.... selanjutnya.
Labels: Abolish ISA, Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ku Li kempen di Sabah, Pahang
Malaysiakini - [...] Bagimanapun, tarikh program di dua negeri itu belum diputuskan lagi.Malaysiakini difahamkan paling awal, program di Sabah akan diadakan minggu depan.
"Ku Li akan ke sana untuk memenuhi jemputan untuk beramah mesra dengan ahli-ahli Umno akar umbi seperti majlis yang dihadiri beliau di Batu Pahat dan Muar, baru-baru ini," kata satu sumber yang dekat dengan ahli parlimen Gua Musang.
Mengulas lanjut majlis bekas naib presiden Umno itu di Sungai Petani dan Alor Setar semalam, sumber itu berkata sambutan terhadapnya sungguh menggalakkan.
"Sambutan di Kedah cukup hangat. Di Alor Setar lebih kurang 1,200 orang hadir di majlis ramah mesra dengan beliau dan di Sungai Petani lebih kurang 800 orang datang ke majlis ramah mesra dengan Tengku," kata sumber.
... selanjutnya.
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mahathir keluar, Ezam masuk
matsamankati - [...] Khairy mahu menarik Ezam masuk Umno. Sudah dua kali percubaan dibuat tetapi mendapat tentangan dikalangan ahli-ahli Umno, terutamanya penyokong Mahathir. Untuk membolehkan Ezam masuk, Mahathir perlu ditendang keluar. Usaha untuk menendang Mahathir ini sudah dilakukan lama dulu. Pak Lah pernah mencadangkan supaya Mahathir dikenakan tindakan disiplin tetapi ditentang oleh Ahli MT Umno.
Berbagai isu ditimbulkan untuk menyebabkan Mahathir kegelisahan, dan Ezam yang mempunyai pengalaman diIKD menjadi balaci Khairy untuk menyingkir Mahathir.
Seperti dirancang, Ezam telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi GERAK pada hari Khamis, 15.05.08 dan melantik Mohd. Nazree Mohd. Yunus sebagai Pengerusi baru. Mesyuarat GERAK pada hari itu cukup istimewa kerana semua semua Ahli Lembaga Pengarah GERAK diwajibkan hadir, hatta yang diluar negara pun diarahkan balik.
Mesyuarat yang berakhir dalam suasana tegang itu telah menetapkan dua perkara besar. Satu, perlantikan Pengerusi baru dan seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah, Mohd. Faridzul Mohd. Nasaruddin. Keputusan perletakan Ezam hanya boleh diumumkan oleh Ezam sendiri, yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.... selanjutnya.
Labels: Analisa, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
