amkbatu
"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos.
Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun. Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.
" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif
kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan
pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah." Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."
Jun 12, 2008
Motif di sebalik kenaikan harga minyak
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Berita geli geli hari ini [12-June-2008/Khamis]
Dr M: Arrest me if you have proof [thestar]
Geramm starts demo tomorrow after Friday prayers [nst]
Two cops to enter defence against bribe charges [nst]
Sime Darby's RM120m loss: Trader goes missing [nst]
Fuel relief: Pump prices to go down if global rate drops [nst]
Nik Aziz quashes Pas-Umno reconciliation talks [nst]
Mukhriz questions timing of judge's allegations against dad [nst]
Police to stop protest march [nst]
Bapa cari Sharlinie di Surabaya [bharian]
Azilah dakwa diugut, dipukul ketika disoal siasat [bharian]
Ansuran dua kali sebulan tidak bantu kurangkan beban rakyat: Cuepacs [bharian]
Kadar tempat letak kereta DBKL kekal [utusmeloya]
engecualian cukai pendapatan dicadang bagi bajet 2009 [utusmeloya]
Khalid: Allegations of graft unfounded [theStar]
Cops have right to break up illegal gatherings [theStar]
Unions have reservations over part-time proposal [theStar]
Malacca bus firms in a bind [theStar]
Pay in batches decision gets mixed reviews [theStar]
Mahathir: I will respond in due time [thestar]
Kita bukan negara kaya - Shahrir [utusmeloya]
65 permit bas disita dalam tempoh 5 hari [utusmeloya]
Minta tangki NGV lebih murah [kosmo]
Bekas hakim akui pernah diganggu ‘pihak atasan’ [bharian]
Astro batal denda lewat bayar bil RM10 [bharian]
Harga tiket bas naik akhir bulan [bharian]
Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan hakim tak perlu [bharian]
Selangor tanggung air percuma RM132j setahun [utusmeloya]
Jualan minyak merosot setiap hari [utusmeloya]
Telur: Tak ubah macam lagu Bangau Oh Bangau [kosmo]
Bernas had 2 kampit beras sekeluarga [utusmeloya]
Sah dapat air percuma bulan ini - Kerajaan Negeri Selangor bayar Syabas kira-kira RM11j [kosmo]
KWSP nafi sudah lulus insurans penyakit kritikal [kosmo]
‘Bas RapidKL tersadai bukan milik Scomi’ [bharian]
Bil air baru di Selangor mulai Isnin [bharian]
Beberapa negeri potong elaun pucuk pimpinan [bharian]
Waran tangkap adik Sultan Brunei [kosmo]
Impak sosial bahan api [kosmo]
Mahu sistem pembayaran gaji sedia ada [utumeloya]
Gula-gula kesihatan pembunuh dikesan [utusmeloya]
Pengusaha stesen minyak mini turut hadapi masalah [utusmeloya]
10 pengusaha bas henti-henti mungkin gulung tikar [utusmeloya]
Labels: Berita Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
CEO & CFO of a GLC to get 100 % wage increase?!
Rocky Bru
B l a t a n t.
I hope what I heard is not true, that the CEO/President of this major Government-Linked Company, together with his Chief Financial Officer, are going to get a 100 per cent increase in their pay package!
If the CEO is getting a RM50,000 package now, he'll be getting RM100,000 a month. If the CFO is getting RM25,000 now, his package will swell to RM50,000!!!
If it's true that the Board of Directors of Tenaga Nasional Berhad has approved the increment (because that's what I have just heard, and they are just awaiting Pak Lah's approval as Finance Minister), all the Government's talk about saving cost and changing lifestyles because of the higher petrol/diesel prices will sound so very hollow.
And the July tariff rate increase already approved for this GLC will face the greatest opposition of all time.
Labels: Rockybru
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Perkasakan Ngv Sebagai Alternatif Petrol Dan Diesel
azzlie - Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak dunia kini sudah tidak mampu lagi menanggung subsidi untuk rakyat mereka. Tidak seperti negara-negara pengeluar minyak lain, kerajaan merasakan mereka sudah tidak lagi mampu untuk menanggung beban kenaikan minyak global yang semakin meningkat hari demi hari. Oleh itu, rakyat perlu lah bersama-sama kerajaan menanggung beban. Bagi tujuan itu nilai 78 sen seliter yg dinaikkan oleh kerajaan dirasakan munasabah.
Lagipun rakyat sepatutnya mengubah cara hidup mereka. Inilah masanya untuk rakyat berkorban demi negara mereka. Lagipun duit keuntungan petronas itu perlu diagih-agihkan kepada pelbagai projek-projek mega yang lain. Kita perlu membiayai Monsoon cup yg berprestij di dunia, F1, KlCC, Petronas Ochestra dan lain-lain lagi projek mega. Maka memang patut rakyat berkorban sedikit demi kemajuan yang dikejar.
Di sini, kerajaan sepatutnya memberikan satu alternatif kepada rakyat. Kenaikan harga minyak bukan sahaja memberikan impak kepada minyak semata-mata, tetapi turut memberi impak besar kepada harga-harga barang keperluan lain seperti baragan harian, makanan, besi dan sebagainya.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sajak untuk melayu
email: Sebastianjoshua
Malays Would Rather Have Pleasure Than Pressure?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu
Labels: Hiburan
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Dari 12 Julai, Demo dicepat ke 5 Julai
malaysiakini - "Protes akan mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab-sebab tarikh baru itu dipilih," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.
Dalam satu sidang media di sebelah pagi anjuran satu gabungan baru Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm), Khairul Anuar berkata, tarikh 12 Julai yang dicadangkan Protes bukan tarikh muktamad.
Di sidang media itu, ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan satu siri jelajah seluruh negara dalam bentuk ceramah dan demonstrasi kecil diadakan untuk bantahan yang sama.
Geramm ditubuhkan oleh AMK pada 9 Jun bersama beberapa kumpulan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
REMY BUKAN ORANG PKR .....
Berhubung dengan laporan Polis dan BPR yang disiarkan di SINAR HARIAN 6 dan 8 Jun 2008 , di sini Parti Keadilan rakyat Bahagian Kuala Selangor mengesahkan bahawa REMY ISKANDAR BIN MUSTAPAR adalah BUKAN wakil dari Bahagian Kuala Selangor, BUKAN Ketua AMK Cawangan Pasir Tuntung dan BUKAN ahli Keadilan sebagai dakwanya. Selaku Setiausaha saya mengesahkan.
Disertakan Daftar Keahlian UMNO REMY ISKANDAR BIN MUSTAPAR. Beliau boleh dihubungi melalui 013-6407888 @ 03-32648059 di alamat Batu 22 1/2, Pasir Tuntung, 45700 Bukit Rotan,
Saya yakin usaha ini dibuat bagi tujuan memburukan nama YAB Tan Sri dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat umumnya. Saya mohon perkara ini disiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam sebarang penyelewengan fakta.
Yang Benar
Arijan Osman
Setiausaha
Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Kuala Selangor
dipetik dari Marhaendaily
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hikayat Malam Jumaat
matsamankati - [..] Setiap petang Jumaat (Khamis petang), sebelum maghrib, kerja aku buat perasap, kemudian tabur kemenyan, bawak keliling rumah. Selesai, kena pam lampu gasoline, isi minyak tanah dalam pelita. Lampu gasoline letak kat anjung, lampu pelita letak kat dapur. Lepas maghrib, makan. Lepas Isya, tidur. Malam Jumaat budak-budak tak boleh tidur lewat, sebab banyak hantu, langsuyor dan pelesit. Keesokan paginya, subuh-subuh lagi kena bangkit, terjun sungai Batang Padang. Mak aku pun akan mandi juga, basuh rambut sempena pagi Jumaat.
Tapi sekarang dah lain. Malam Jumaat adalah malam sunat. Kat padang ada Forum Perdana. Kat Masjid ada pengajian. Kat surau ada majlis ilmu. Kat markas ada ceramah. Anak-anak kat rumah main video game.
Tak pergi Forum Perdana, rugi. Bukan senang nak tengok Ustazah Bahyah, Dr. Mashitah, Kpt. Najmudin. Kalau nak panggil depa mai surau, tak pulang modal. Mana nak cari empat lima ribu nak bayar kat depa?
Tak pergi masjid, nanti orang kampung kata kita tak tau bermasyarakat. Tapi nak pi dengar Ustaz tak dak gigi baca hadis, lagi mengantuk. Nak balik kerumah pun, anak tak tidur lagi.
Tak pergi ceramah, nanti depa kata kita sokong Ameno. Kalau pi, sat ni depa bawa punjut kain warna hijau, tak kan tak mau huloq seringit dua.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
5 tahun yang mengecewakan
mstar - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau masih berminat untuk melihat Malaysia maju tetapi "kecewa" apabila banyak projek digerakkan beliau telah dirombak sejak bersara.
Malah, beliau turut kecewa kerana apa yang dijanjikan untuk diteruskan tidak dilaksana sejak itu.
"Yalah, tentu kecewa, kita dah buat sesuatu yang nampak baik tetapi sekarang ini ia dirombak, apabila dirombak kita mendapati prestasi kurang baik. Jadi ini mengecewakan (saya)," kata beliau ketika mengulas tempoh lima tahun selepas meninggalkan Seri Perdana.
Dr. Mahathir bersara daripada jawatan itu pada Oktober 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
"Saya gembira kerana tiada tanggungjawab yang berat, tetapi saya masih berminat untuk melihat negara ini maju.
"Saya tiada kuasa, jadi saya cari pengaruh melalui jalan lain... saya kena bercakap, saya menulis, saya menggunakan internet untuk menyampaikan pandangan saya. Sama ada orang percaya ataupun tidak, itu soal lain.... selanjutnya.
berita lain - Keluar Umno, saya nampak gagal tapi kesannya? - Mahathir
Labels: Belit Dollah, Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
