Dailyexpress | ...Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar in Bukit Aman said Parti Keadilan Rakyat Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim will be called to give a statement on the fresh sodomy accusation against him.dalam pada itu .... ini berita angin yang tersebar [klik]
"When... we do not know," he said Friday. Ismail said 20 witnesses had been called to give statement and the investigation was still ongoing. "If there are other witnesses, we will call them to assist in the probe," he added.
The complainant, 23-year-old Mohd Saiful Bukhari Azlan who said he had served as Anwar's aide, lodged the police report on June 28. Anwar has denied his allegation.
Meanwhile, Ismail warned the public including people with interests in the investigation into the sodomy case and the sworn declarations affirmed by private detective P. Balasubramaniam to stop making speculations and assumptions.
"Speculations based purely on emotion can worsen the situation and will bring negative implications to the general public," he said and added that legal action could be taken on individuals making baseless speculations over the two cases. ... selanjutnya.
Jul 12, 2008
Unsure when Anwar will be summoned
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Biar Fitnah Disanggah Fakta
anwaribrahimblog
Ada kegusaran di kalangan teman-teman pengunjung tatkala wujud beberapa ‘pengunjung setia’ blog ini kelihatan berterusan menyebar fakta-fakta yang salah dan juga acapkali membangkitkan isu yang telah dijawab sekian lama.
Saya meneliti kalangan pengunjung-pengunjung tersebut yang cenderung menyebar fitnah berterusan dan mempersoalkan perkara yang tidak berbangkit. Pun begitu sekalung penghargaan buat teman-teman yang tampil menyatakan pendirian dan memberi hujah balas kepada persoalan mereka.
Saya akan siarkan teguran tersebut di dalam blog. Saya sememangnya memilih pendekatan terbuka, memperluas ruang berwacana.
Maka saya terus menyiarkan respon pengunjung yang menyerang saya. Kendati begitu fitnah dan pernyataan lucah harus disekat.
Terdapat pengunjung upahan Umno yang akan mempertahankan kezaliman. Namun tidak semua serangan muncul dari laskar bajingan. Mungkin saja ada yang jahil atau terkeliru dengan asakan propaganda Umno-BN.
Justeru itu kita harus berhikmah dan sabar menjelaskan isu. Biar mereka berterusan menabur fitnah, yang pasti di pihak kita perlu terus menabur fakta.
ANWAR IBRAHIM
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jangan tangguh, dedahkan sekarang - Tian Chua
Suarakeadilan | ...Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua membalas kenyataan ahli baru Umno, Ezam Md Noor, yang mengancam untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sekiranya dia dikaitkan dalam konspirasi sodomi.
Kata Tian Chua, sekiranya bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi & Anti-Korupsi (Gerak) itu tekad membasmi rasuah sepertimana yang diikrarkannya dahulu, Ezam tidak seharusnya menyimpan bukti penyelewengan mana-mana pemimpin politik.
“Sekiranya seseorang itu mempunyai bukti rasuah atau salahlaku, mengapa perlu disembunyikan? Jadi saya persoalkan, mengapa perlu tunggu adanya pertuduhan terhadapnya baru mahu bongkar sesuatu? Sekiranya sungguh Ezam Md Noor ada bukti Anwar Ibrahim menyeleweng – jangan tunggu, jangan tangguh – dedahkan sekarang juga,” tegas Tian Chua.
Ezam, yang menyertai Umno semula baru-baru ini dengan sokongan kuat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, membuat amaran sedemikian di suatu majlis anjuran Umno dan badan bukan kerajaan Alam Free Speech di Shah Alam 12 Julai lalu.
Lapor Bernama, Ezam memberi amaran sekiranya Anwar Ibrahim mahupun Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaitkannya sebagai sebahagian dari sebuah konspirasi, beliau akan membongkar semua ‘rahsia’ yang dia tahu meskipun pendedahan itu akan membawa malu kepada anak-anak dan keluarga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.... selanjutnya.
no2umno - Kalau masa PKR dulu 6 kotak, dengan UMNO mesti lebih sikit. Untuk Anwar 24 kotak mungkin
Labels: belit ezam, Tian Chua
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Kita berani berhadapan - Muhammad Muhd Taib
agendol | ... Menurut Ketua Penerangan UMNO itu, melalui debat berkenaan, rakyat dapat diberikan penjelasan yang sebenarnya berhubung dengan isu minyak kerana selama ini ada pihak yang memosongkan fakta sehingga menyebabkan rakyat keliru.
“Datuk Ahmad Shabery faham tentang apa yang telah berlaku, kenapa harga minyak naik, kenapa penstrukturan subsidi dilakukan. Saya fakir debat ini harus fokus kepada isu atau tajuk mengenai kenaikan harga minyak bukannya nak diselitkan soal-soal politik yang lain. Kita harapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ambil kesempatan ini untuk spin berbagai-bagai isu yang lain,” ujarnya. ... selanjutnya.
No2umno - Mat Tyson ni tahu ke sejarah debat Shabery - Anwar? Nak bagi tau Tok... tajuk debat ini adalah ‘ Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak ‘ . Maknanya memang ada melibatkan soal politik. Kalau tak mahu babitkan politik, ubah tajuk "Bagaimana benteras Aedes", atau pun "Bagaimana nak masak lemak cili padi".
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Shabery Cheek, Debat, MAT TYSON MAT THAILAND
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Polis ambil keterangan Peguam Kumaresan?
bernama - Polis hari ini memanggil peguam kepada R. Kumaresan, anak saudara penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, bagi merekod kenyataannya.
Peguam itu -- N. Surendran -- tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini pada pukul 3 petang dengan ditemani presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan tiga anggota majlis itu.
"Saya menerima faks daripada polis berhubung perkara ini pada pukul 3.45 petang semalam yang bertulis '...polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan berhubung kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan berkanun...', dan arahan untuk mengambil keterangan saya adalah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas keluar daripada bangunan itu pada pukul 5 petang, beliau berkata: "Saya hanya menjawab sebahagian soalan kerana ia menyalahi etika guaman," katanya.
Beliau berkata tindakan polis memanggilnya merupakan satu perkara luar biasa kerana kebiasaannya hanya anak guam yang dipanggil untuk direkodkan keterangan.
no2umno - Malaysia boleh !
Labels: Balasubramaniam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Himpunan Berita hari ini [12-July-2008/Sabtu]
All roads leading to Parliament to be blocked on Monday | Star
Budaya Fitnah Melalui Blog Dan SMS Boleh Hancurkan Tamadun - Shafie | Bernama
Harga getah dijangka naik minggu depan | UM
Samy sedia undur | UM
Guan Eng: Abdullah has run out of options | Sun2surf
Nicol to be a Penang Datuk | Star
Wan Azizah welcomes SAPP's support for no-confidence motion | Star
TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah | harakah
Scomi Oiltools expects RM48m new jobs | Star
SMS Nurul Izzah ditahan polis palsu! | MStar
Abdullah berjaya alihkan bebanan politik kepada Najib | harakah
Anggota parlimen dinasihat tidak bawa tetamu ke parlimen Isnin ini | BH
Kerajaan Pulau Pinang komited hapus miskin tegar | BH
Pemuda MIC tetap utuh tanpa ketua pemuda: Samy Vellu | BH
Ramai Lagi Akan Ditahan Berhubung Kes Rasuah Visa Buruh Asing | bernama
Diskaun gas industri naik | UM
Politik semasa gugat keyakinan pelabur | UM
Nurul Izzah pleads for support as sodomy, no-faith vote looms | Minsider
Namewee and friends filming special National Day documentary for Malaysia | Star
Coffee costs 30 sen more in Penang | Star
Police did not orchestrate Bala's sudden flight, says CID Director | Minsider
Perak MB denies Pangkor 2 Agreement with DAP | Minsider
Three Datuks among 7 nabbed in ACA operation | Minsider
PI Bala - little man, big blast | Star
Grand MIC dinner disrupted by delegates’ walkout | Star
TV3 berbohong, hina Istana Kedah | harakah
Polis nafi rancang Bala 'hilang' | UM
Polis panggil Anwar bila tiba masanya | UM
Khutbah hina Sahabat? | buletin
Harga simen naik RM150 sekampit di utara Sarawak | UM
Azizan sertai penerbangan rombongan diraja | UM
KP imigresen direman - Bantu siasatan kes rasuah cepatkan kelulusan visa pekerja asing | UM
BPR boleh dakwa kes kepentingan awam tanpa rujuk Peguam Negara | UM
ACA nabs director-general and six others | Sun2surf
Ezam sedia dedah 'rahsia besar' PKR | UM
Tiada sebab tarik balik kenyataan - Khir | UM
Anwar umum kaedah turun harga minyak semasa debat | UM
Labels: Berita Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Blog dan SMS fitnah?
Budaya Fitnah Melalui Blog Dan SMS Boleh Hancurkan Tamadun - Shafie
Beliau berkata kementerian memandang serius budaya itu kerana terdapat kecenderungan rakyat semakin mempercayai blog dan SMS sedemikian.
"Ini yang merisaukan kerajaan kerana budaya fitnah melalui blog dan SMS sudah ditahap yang boleh merosakkan budaya bangsa yang akhirnya boleh menghancurkan negara. Ia perlu dikawal segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jiranku Keluargaku di Padang Perdana di sini Sabtu.
Mohd Shafie berkata rakyat dinasihat menilai terlebih dahulu kandungan blog dan SMS yang diterima mereka sebelum membuat sebarang keputusan.
"Apabila mempercayai fitnah ini menyebabkan rakyat terdorong menyertai perhimpunan haram atau membuat penilaian yang silap terhadap pemimpin," katanya.... Bernama
no2umno - Ini fitnah depan mata ..... TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah
Labels: Belit media, Belit Shafie Apdal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pelan serah kuasa 2010 gagalkan pakatan Najib-Muhyiddin?
MStar | ... Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan dengan pengumuman pelan peralihan kuasa 2010 membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib yang diumumkan kelmarin.
Kata Dr. Mahathir, beliau difahamkan bahawa Najib, Timbalan Perdana Menteri, sepatutnya mencabar Abdullah yang telah memutuskan untuk mempertahankan kerusi Presiden manakala Muhyiddin, Naib Presiden pula merebut jawatan Timbalan Presiden.
"Saya diberitahu kerjasama ini telah dipersetujui secara lisan oleh kedua-dua mereka. Malah, penyokong-penyokong mereka juga sudah mula berkempen untuk menjayakan kerjasama Najib-Muhyiddin," kata beliau.
"Bagaimanapun Najib telah memungkiri ini (pakatan) apabila terperangkap dengan langkah Abdullah dalam soal peralihan kuasa," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Port Dickson Golf and Country Club di sini.... selanjutnya.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pemuda PAS Johor Bantah Konsert Inul
Kita tak tahu langsung tentang ada pihak yang mahu bawa masuk penyanyi kontroversi yang di haramkan di Indonesia ini. Ada yang rasakan Islam Hadhari cukup sesuai dengan persembahan seperti ini. Korang baca berita terdahulu di Sinar Harian.....tranungkite | ...." Alhamdulillah, memorandum bantahan terhadap konsert Ratu Dangdut Goyang Gerudi, Inul Daratista telah berjaya diserahkan pada pukul 10.30 pagi tadi kepada wakil MB Johor.
Kehadiran kami telah disambut dengan baik dan dimaklumkan kepada kami bahawa MB Johor ketika ini berada di Kuala Lumpur.
Maklumat yang diperolehi dalam pertemuan tadi, konsert tersebut belum mendapat apa-apa kebenaran daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kami menegaskan agar kerajaan Johor perlu konsisten terhadap keputusan untuk tidak mengeluarkan permit kebenaran terhadap konsert tersebut.
Apapun, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor akan terus memantau perkembangannya selepas ini.... selanjutnya.
Goyang Gerudi Inul bakal gegar JBIslam Hadhari ke arah Islam yang lebih maju? Rasanya ini bukan maju, tapi budaya zaman Jahilliah. Kok, kita berundur .....? Kalau mahunya dangdut banget, mabur saja ka Indonesia. Temui Inul di sana. Tambangnya cuma RM400.00 campur inapan. Waduhhhhh !!!!
[...] Nama Inul Daratista jika di Indonesia memang cukup popular. Dia merupakan ratu dangdut yang amat disegani dan sangat sinonim dengan 'Goyang Gerudi' yang mampu membuatkan para peminatnya bergoyang sama apabila melihat dia bergelek.
Malah di Malaysia juga peminat Inul tidak kurang ramainya. Buktinya konsert pertamanya yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2005 mendapat sambutan yang cukup hangat. Lanjutan daripada kejayaan itu, Inul sekali lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert keduanya yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru (JB) pada 19 Julai ini.
Berpeluang bertemu dengan Inul di Inul Vista, Anggerik Mall, Jakarta baru-baru ini dia mengakui amat teruja untuk bergoyang di JB. Apatah lagi sudah hampir tiga tahun dia tidak menemui peminatnya di Malaysia yang dianggapnya sebagai sangat 'sporting' dan luar biasa.
"Sebelum ini saya pernah membuat konsert di Kuala Lumpur dan sambutannya sangat membanggakan. Dianggarkan lebih 20 ribu peminat yang hadir. Kini di JB dan saya harap sambutannya juga tidak mengecewakan. Pada saya ini merupakan peluang untuk saya mendekati para peminat saya di Malaysia dan Singapura.
"Apatah lagi saya menerima banyak respon daripada para peminat saya di Malaysia yang mahu melihat kemunculan terbaru saya. Saya mengharapkan bukan saja peminat dari Malaysia atau warga Indonesia yang bermastautin di Malaysia sahaja yang akan datang menyaksikan konsert itu malah saya juga sangat mengalu-alukan kedatangan peminat dari Singapura," ujar Inul ketika bercerita tentang konsert yang dianjurkan oleh IMS Prima Sdn Bhd itu....selanjutnya
Labels: Maksiat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
