KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 26, 2008

ALI DAN ZAHID SETUJU TANGGUH

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, adalah wajar tarikh pemilihan itu ditangguhkan supaya barisan pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha untuk mengukuhkan parti.

''Setelah UMNO kukuh dan ahli-ahlinya bersatu padu, barulah sesuai untuk diadakan pemilihan parti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mencadangkan supaya pemilihan dalam parti itu ditangguhkan.

Bagaimanapun, Muhammad berkata, cadangan penangguhan pemilihan tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MT yang akan diadakan Khamis ini.

Ahli MT, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, penangguhan itu dapat membantu ahli-ahli di peringkat akar umbi merapatkan barisan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, di peringkat nasional pula, penangguhan itu memberi makna untuk pemimpin tertinggi 'turun padang' bagi memantau permasalahan dan melakukan muhasabah diri bagi memperkukuhkan semula perpaduan parti.

"Jika pemilihan di peringkat cawangan terus diadakan, ia akan mengakibatkan jarak (hubungan ahli) yang menang dengan yang kalah tidak dapat diperbaiki segera.

"Di peringkat bahagian pula akan lebih parah lagi jika pemilihan diizinkan,'' ujarnya. - Utusan meracau

1 comments:

Anonymous said...

sapa2 ada free, tlg check, tengok..Ali n Zahid ada t*l*r ke ataupun cicir kat mana2??
Yang sebenarnya mereka2 yang sewaktu dengannya tersangatlah takut PakleLah "godfather" mereka terpukang kat pemilihan nanti.

Posting terkini

Blog Archive