KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 26, 2008

"UMNO tipu aku hidup hidup"

Makcik Tua di tipu UMNO
Radenjowo

Wak kenal benar dengan seorang Makcik Tua yang tinggal berdekatan dengan rumah. Suaminya sudah meninggal dan merupakan penyokong kuat UMNO sejak zaman 1970 lagi. Dia pernah melalui 13 Mei dan mungkin sebab itu lah beliau cukup bimbang dengan kemungkinan kekalahan UMNO jika ianya berlaku.

Sebelum pilihanraya, diulang ulang kepada keluarga dan saudara terdekat. Jangan undi parti lain, nanti kaum India atau Cina akan membuat kecoh, Malaysia bakal berperang. Wak diam aje sebab hormat pada dia dan mungking faktor umur menjadi alasan kenapa tidak wak bantah apa yang dikatakan. Kalau orang muda, sudah pasti wak belasah secukup rasa.

Nak jadikan cerita pada malam 8hb. selesai pilihanraya, dia lah yang paling bimbang. Kehulu dan kehilir. Kepala runcing, hati pun bimbang. Cerita dari anak cucu yang melayari internet memberitahu bahawa UMNO bakal menghadapi kekalahan. Berlainan dengan apa yang diberitakan di TV, ketika itu. Namun dia ni memang percaya pada cucunya, walaupun cucunya kerap kali menipu.

Maka kebimbangannya menyebabkan, dia mengajak beberapa orang cucu untuk tidur bersamanya pada malam itu. Kerana letih, dia tertidur sehingga waktu subuh. Bimbang ... memandangkan rumahnya dikelilingi oleh penempatan dan rumah kaum India.

Pagi keesokan harinya, dia terus menalipon wak. Memandangkan cucu cucunya masih tidur, maka ditanya wak tentang keputusan pilihanraya. Maka wak pun cerita berpandu kepada info yang wak tau. Kawasan kita dah jatuh ke tangan pembangkang, PAS, itu kata wak, ketakutannya menjadi jadi.

Selepas letak talipon, dia dikatakan menjenguk ke luar jendela memerhatikan keadaan sekeliling. Peristiwa 13 Mei menghantui pemikiran orang tua ni. Dilihatkan cucu cucunya yang berada di dalam bilik dan semuanya masih terbongkang berdengkuran. Kaki atas kepala dan kepala di bawah kaki. Semua bentuk acara akrobatik tidur pun ada.

Dia talipon wak semula dan mengesahkan berita kekalahan UMNO dan BN. Dia bertanya kalau kalau ada apa apa yang berlaku. Maka wak kata, "Tak der pun". Maka hari itu dan berikutnya dia masih berjaga jaga sehingga lah beberapa hari selepas keputusan pilihanraya dan tiada perkara yang mudharat berlaku sehingga lah sekarang.

Ini lah yang berlaku pada ramai orang Melayu dan bangsa lain. Takut untuk berubah memikirkan kemungkin buruk akan berlaku. Takut kerana setiap hari di hebahkan berita dan info negatif dari media yang menjadi alat menakutkan bangsa bangsa yang cuba untuk berubah. UMNO dan BN, mahu rakyat terus berada di bawah tempurung. Dan sekarang rakyat Malaysia sudah menyaksikan bahawa tiada apa apa yang berlaku selepas UMNO dan BN kalah teruk. Dan sepatutnya kita semua boleh memikirkan betapa UMNO dan BN ini menipu dari dulu sampai kini. Tak pernah yang betul.

Bila orang lain tak gaduh, dia yang kecoh. Kecoh sampai memalitkan kekecohan pada pihak lain. Sebenarnya bukan rakyat yang takut pada perubahan kerajaan, tetapi UMNO dan BN takut hilang kuasa pemerintahan. Nasib baik masih ramai yang boleh berfikir.

Kita akan lihat dan memantau kemajuan yang bakal berlaku pada 4 tahun akan datang. Rakyat sudah tidak lagi bimbang dan kalau BA mampu membawa perubahan, BN akan kekal menjadi pembangkang untuk 50 tahun akan datang sehinggalah BA pula akan rosak dengan ketamakan pemimpin pemimpin yang bakal ujud satu hari ini. Waspada Kalau BA tidak dijaga, dia akan punah, semusnah UMNO dan BN.

Dan wak bertemu lagi dengan makcik tua tu semalam dan dia berkata, "UMNO tipu aku hidup hidup".

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive