Hari ini, siapa yang mampu menafikan perbezaan heroisme Pemuda terdulu, dengan sekarang? Kalau dulu, mana-mana yang tidak kena dalam PEKEMBAR, kumpulan Pemuda yang mendepani teguran.
Hari ini, apa saja yang membolehkan Pemuda disukai pucuk pimpinan (khususnya Presiden), itulah yang didahulukan. Seolah-olah, tidak ada langsung yang tersilap. Semuanya sempurna
Malah, jika dari kalangan Pemuda sendiri yang cuba menegur pucuk pimpinan, pemimpin Pemuda sendiri yang beria-ia mahu 'membunuh' anak buahnya sendiri. Apa ini? Kita boleh lihat contoh terdekat ini, Mukhriz dibidas, surat minta PM letak jawatan tak bertanggungjawab.
“Kita Pemuda UMNO akan ambil tindakan (terhadap Mukhriz) ikut saluran sedia ada. Bermakna kita tunggu mesyuarat Exco dahulu yang akan diadakan selepas pengumuman pembentukan Kabinet. Itu merupakan satu keputusan yang saya rasa realistik,” katanya.Rata-rata kita tetap akan menyatakan bahawa si pemimpin Pemuda itu hanya pandai mengambil jalan selamat, sekaligus akan dituduh sebagai pengampu - kerana semahu-mahunya membela Presiden, sehingga cuba 'membunuh' anggotanya sendiri. Sepatutnya anak buah dibela. - akalmuda
0 comments:
Post a Comment