Malaysiakini
DAP Selangor menggesa supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan dibebaskan dari tahanan ISA untuk menghadiri upacara mengangkat sumpah wakil rakyat Selangor.
Setiausahanya, Lau Weng San berkata, menurut notis rasmi dari urusetia Dewan Undangan Negeri (DUN), majlis angkat sumpah kesemua 56 Adun Selangor akan diadakan pada 8 April depan.
Dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP menang dengan majoriti 7,184 undi.
bm lima tahanan hindrafBeliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.
Manohan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu bawah ISA selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan. more...
Apr 1, 2008
Bebaskan Mano untuk angkat sumpah
Labels: Hindraf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment