KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 1, 2008

Jangan bebas tahanan Hindraf - Ali Rustam

http://static.flickr.com/70/215061493_fec0b17fb7_o.jpgOleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA 31 Mac – UMNO membantah tindakan MIC meminta kerajaan membebaskan lima anggota pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, permintaan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membebaskan lima tahanan tersebut tidak wajar.

Beliau menegaskan, kelima-lima tahanan itu telah melakukan tindakan yang sangat bahaya sehingga mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

“Kalau mereka tidak ditahan di bawah ISA, keadaan negara mungkin menjadi lebih teruk,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Negeri Melaka di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Samy Vellu supaya kelima-lima anggota Hindraf itu dibebaskan dengan alasan pilihan raya umum telah pun berlalu dan tidak ada apa-apa peristiwa serius selepas ini.

Mohd. Ali berkata, beliau yakin jika tidak ada ISA, akan berlaku lagi perarakan lain yang boleh bertukar menjadi ganas tanpa membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat.

“Takkan kita hendak lepaskan begitu sahaja orang yang buat keganasan dan mengganggu-gugat keselamatan negara?

“Saya fikir Samy tidak sepatutnya mengutarakan permintaan itu sebaliknya beliau menyokong tindakan menahan tahanan itu,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive