KENAIKAN harga makanan yang mendadak di China menyebabkan kerajaan pimpinan komunis itu berusaha untuk mengawal kadar inflasi tanpa mengulangi kesilapan lalu.
Analisis menyatakan keseluruhan inflasi di China meningkat kepada 6.9 peratus pada November tahun lepas, iaitu kadar tertinggi sejak 10 tahun lalu.
Kadar inflasi yang semakin menjadi-jadi itu berlaku disebabkan oleh kenaikan harga makanan terutama daging utama, khinzir yang melonjak kepada 60 peratus.
Beberapa minggu kebelakangan ini, harga barangan berhadapan tekanan kenaikan kerana cuaca buruk yang melumpuhkan sistem pengangkutan negara ketika permintaan terhadap barangan amat tinggi apatah lagi selepas perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. more...
Apr 1, 2008
Inflasi serang China
Labels: Berita luar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Babi Nak Harga.. Lepas ni boleh la Ali Rustam Eksport lebihan babi ke China pulak unutk menampung permintaan bekalan di sana. Kerajaan Negeri melaka harus lebih agresif dan berdaya saing untuk merebut peluang perniagaan berasaskan babi ini.
Orang Melayu Melaka yang mengundi BN pada PRU12 yang lalu harus mengambil iktibar dan peluang ini. Babi yang begitu banyak diMelaka harus di komersialkan dan dipelbagaikan produk pengeluaran berasaskan babi. GABEM yang diketuai Rahim Thamby boleh mengerakkan usaha ini membantu orang melayu di Melaka.
Post a Comment