Hari ni wak hantar comment lagi. Berunsur pertanyaan dan kononnya nak dapat jawapan. Tengok lah, kalau Khir Toyo rajin jawab, dia jawab. Kalau tak rajin, tak per. Itu dah biasa. Berikut adalah komen yang wak hantar. Ikut tekak sendiri ......
-----------------
Assalamualaikum Dato Seri,
Kalau blog ni ada ketika Dato' menjadi MB dulu, kan mudah. Memandangkan nombor tel Dato' yang terdapat di 'Billboard' persimpangan jalan di bandar Selangor, kerap gagal di hubungi. Beberapa kali panggilan dibuat oleh rakyat seperti saya sendiri, untuk mengadu tapi tak pernah berjaya. Mungkin masa tu sibuk kot. Alamat Email yang turut tertera di "Billboard" pun macam tak aktif kerana tidak pernah berbalas.
Jangan pulak blog ni menjadi sebagai syarat hanya untuk menghentam Kerajaan Selangor. Memandangkan Dato masih lagi menjadi ADUN di kawasan Dato', maka Dato' masih mempunyai tanggung jawab kepada keadaan di sana dan sekitar kawasan yang dimenangi oleh BN.
Pelayar laman blog saya dari Sungai Besar mempunyai banyak kemusykilan tetapi untuk bertanya kepada YB Noriah Kasnon, sukar kerana beliau tidak mempunyai BLOG, jadi saya mencuba nasib untuk memberitahu kepada Dato Seri tentang keadaan di sana yang saya rasa Dato sendiri pun perlu tahu atau mungkin sudah tahu.
Saya rasa bukan saya sahaja yang ingin bertanya kepada Dato tentang isu isu POCKET LAND di Pekan Sungai Besar, malahan ramai lagi. Nampaknya banyak perubahan yang berlaku. Seperti ianya sebuah kemajuan tetapi saya rasa macam ada yang tak kena. Desas desus pun banyak yang berlegar, tapi tak tau lah sejauh mana kebenarannya kerana sukar untuk menyelidik masuk ke tempat tempat penting dan membongkar semua fail di jabatan jabatan kerajaan. Terutama di Pejabat Daerah Sabak Bernam yang terletak berhadapan stesyen minyak Shell dan Petronas.
Apa yang saya mahu bertanya, adalah tentang,
1. Pemindahan Pasar Basah di Pekan Sungai Besar ke lokasi baru sementara lokasi lama. Hotel telah dibina. Khabarnya bertaraf 3 bintang. Untuk apa hotel itu dibina di tengah pekan sedangkan produk perlancungan banyak sepatutnya berada di tepian laut seperti di Sungai Haji Dorani. Soalnya, adakah tanah itu masih tanah kerajaan atau dah tukar nama? Siapa pula penama tanah tersebut?
2. Terdapat beberapa lot pasar baru yang dimiliki oleh orang kaya disana. Benarkah dakwaan ini dan siapa orang berkenaan? Mungkinkah ianya akan disewa pula kepada peniaga lain atau beliau menggunakan sendiri?
3. Saya diberitahu, Nama Dato' Ramli Norani (Pemimpin Pekida Kampung) dah semakin tak baik nampaknya. Dah lama tak jadi wakil rakyat tapi masih lagi mempunyai kuasa sehingga membabitkan beberapa isu berkaitan tanah di Sungai Besar. Banyak 'Pocket Land' yang sudah bertukar pemilik. Apakah semua itu benar?
4. Diberitahu juga tentang pembabitan kakitangan Pejabat Tanah yang turut bersekongkol dengan beliau, Betul ke tok?
5. Selain dari itu, masih terdapat aktiviti penyeludupan di Sungai Besar melalui pelabuhan nelayan disana dan dikatakan kain baju dan barangan murah banyak dibawa masuk secara haram. Polis atau pihak berkuasa di sana tak bertindak ke Dato'?
6. Akhir sekali, Rumah Penghulu berhadapan dengan Masjid Sungai Besar yang kononnya ingin dijadikan sebagai 'Galeri' sehingga sekarang masih kosong dan tidak digunakan. Apa kah itu projek penting atau projek yang mempunyai tujuan lain? Apakah benar dan kenapa dibiarkan sehingga sekarang? Sudah lama bangunan tu Dato'.
Baru sekarang saya dapat mengutarakan semua ini, memandangkan betapa sukarnya untuk berurusan terus dengan Dato selama 8 tahun Dato menjadi MB. Terpaksa melalui sistem kroni Dato hanya untuk bertemu. Kalau tak kenal dengan Ketua Pemuda atau YB BN, maka tak dapat lah jumpa. Nak pamirkan muka kat pintu LIF menanti Dato masuk pejabat, bukan cara kitorang.
Mohon Dato' boleh perjelaskan semua ini. Orang kampung ramai dah tahu, dan kalau Dato' nak biarkan semua ini tanpa penjelasan, itu terserah kepada Dato'. Semua isu ini adalah masa depan Dato' dan gunakan lah blog ini untuk pulihkan nama baik BN dan UMNO.
Wasalam.
Radenjowo
radenjowo@yahoo.com
http://no2umno.blogspot.com/
Apr 1, 2008
KHIR TOYO KENA JAWAB
Labels: Khir Toyo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
radennn....sya rase dia kompom tak jawab pnye...
pasal dh besepah sangat komen kat blog dia tuuu..
hahaha....YB la katakan....
silap-silap baru baca dua komen dia dh rase bosan....
ye la...bukan kira duit...mau tak bosan......
Post a Comment