izzan126.multiply.com
IPOH 14 April - Seorang Ketua UMNO Bahagian mengesyorkan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri secepat mungkin.
Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohd. Radzi Manan berkata, langkah itu perlu selepas bekas Menteri Besar Perak itu dilihat tidak bermaya dalam menjalankan tugasnya sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.
''Tidak ada sebarang isyarat daripada beliau (Tajol Rosli) tentang apa yang hendak kita lakukan, beliau juga langsung tidak keluarkan kenyataan, arahan atau menentukan arah tuju kepada pemimpin UMNO di bawahnya.
''Kepimpinan kita di Perak mesti nampak ke depan dan mempunyai banyak idea dan boleh pula menyatukan orang UMNO dan Melayu terutama sekali dalam keadaan kita telah kalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau menghadiri perjumpaan tertutup dengan Badan Pengurusan UMNO Pusat yang diketuai Timbalan Presiden Parti yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Badan Perhubungan UMNO Perak.
Mohd. Radzi berkata, Perak buat masa ini amat memerlukan seorang pemimpin yang lebih bersemangat dan berwawasan untuk menggerakkan jentera parti di peringkat cawangan hingga ke peringkat teratas.
''Bagaimanapun biarlah pucuk pimpinan tentukan apa yang perlu dilakukan. Kita di sini cuma melontarkan pandangan dan tidak kisah siapa juga yang bakal dilantik menggantikan Tajol Rosli.
''Perkara ini memang telah saya bangkitkan dalam perjumpaan tertutup tadi dan nampaknya ramai yang menyokong cadangan saya,'' katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pelancongan dan Industri Asas Tani negeri. more...
NAK BLOCK BUAT APA.
2 hours ago
1 comments:
Baru – baru ini saya bersama keluarga menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya di Taman Perumahan SMTD Kampar, apa yang menariknya adalah apabila melalui Pekan Kampar di sepanjang jalan tersebut terdapat banting dan banner Parti Islam semalaysia (PAS) mengucap terima kasih dan ucapan selamat kepada pemandu yang melalui jalan tersebut. Terdetik di hati saya “wah! PAS dah tawan Kampar”.
Pada keesokan harinya sewaktu melayari internet di pejabat, saya merasa agak mual dengan kenyataan UMNO Kampar yang mendesak agar YB Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli meletakkan jawatan kononnya petisyen telah ditandatangani oleh 111 ahli jawatankuasa cawangan UMNO Kampar, ketua kampung dan sebagainya. Mengapa begitu berdendam UMNO Kampar terhadap YB Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli? Adakah ia benar-benar luahan hati masyarakat Kampar atau terdapat tangan jahat di belakang tabir yang mengawal ‘remote control ini’?
Umum mengetahui kehebatan Dato’ Mohamed Radzi Manan, seorang saudagar peralatan ketenteraan (Pengerusi Eksekutif Le Proton Lima Sdn Bhd) dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak hanya di zaman YB Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli. Tinggal pula di kawasan perumahan mewah di Bukit Tambun yang berjiranan dengan Kerabat Diraja Negeri Perak, menunjukkan nikmat kemewahan yang beliau nikmati sebagai Ketua UMNO Bahagian Kampar. Tetapi persoalannya adakah begitu hebat individu yang diberi nama Mohamed Radzi Manan ini?
Pernah bertanding sewaktu pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 1996-1999 dengan mendapat tempat ke 35. Memenangi pilihanraya sebelum ini dengan majoriti 1, 970 menentang calon PKR, tak begitu berkesan sewaktu menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan pelbagai lagi. Masih teringat bagaimana sorakkan di Kediaman MB Perak apabila nama anak beliau di calonkan untuk bertanding menggantikan tempat beliau. Bukan sorakkan menyokong, tetapi membangkang pencalonan tersebut sehinggakan ada yang sanggup berkampung di Kediaman MB Perak untuk menyatakan rasa meluat mereka terhadap pencalonan tersebut. "Budak beringus hendak diletakkan menjadi calon, kenapa tidak dipilih orang yang telah lama berkhidmat dalam Umno bahagian, yang banyak berjasa" adalah antara kata-kata yang dihemburkan oleh mereka.
Hebat Radhi Manan! UMNO untuk anak beranak, Ketua Bahagian - Radhi Manan, Ketua Wanita - Isteri Radzi Manan, Ketua Puteri - Anak Saudara Radzi Manan, sekarang ADUN Tualang Sekah - Anak Radzi Manan. Saya tidak menyalahkan suara hati golongan ini kerana jika beginilah ‘role model’ pembela UMNO yang maha hebat sudah pasti untuk PRU-13 UMNO boleh gulung tikar.
Umum mengetahui anak beliau bukan ahli UMNO di Bahagian Kampar, suatu ketika dahulu ‘anak emas’ Radzi Manan ini merupakan ahli pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tambun, disebabkan perbalahan beliau dengan Ketua UMNO Bahagian Tambun, anak beliau dipindahkan ke salah satu Bahagian di Kuala Lumpur.
Apakah jasa besar beliau sewaktu menjawat jawatan sebagai Exco dahulu? Apakah produk pelancongan atau model pertanian yang berjaya beliau ketengahkan sewaktu menjadi exco dahulu? Yang pasti rakan-rakan agak takut untuk menghantar proposal kepada beliau, takut salin kulit kata mereka!
Saya agak risau kalau inilah model pejuang untuk membela dan menyatukan UMNO, lebih baik bermula sekarang kita pakat beli kopiah putih lebih-lebih sikit takut tak sempat. Brother, pangkat tak boleh di bawa mati! UMNO bukan milik anak beranak!. UMNO adalah milik Orang dan Ahli UMNO.
Post a Comment