malaysiakini - Kerajaan telah berubah fikiran seminggu selepas mengharamkan penerbitkan akhbar harian bahasa Tamil, Makkal Osai.
Permit penerbitannya telah diperbaharui dan akhbar berkenaan akan dikeluarkan seperti biasa mulai Sabtu ini.
Pada 16 April lalu, akhbar tersebut menerima surat dari Kementerian Dalam Negeri memaklumkan permit penerbitannya tidak diperbaharui. Tiada sebab dinyatakan.
Harian tersebut yang dikait rapat dengan bekas timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam, kemudiannya membuat rayuan.
Sumber-sumber mendakwa tindakan itu diambil terhadap Makkal Osai kerana memberi liputan meluas terhadap berita-berita mengenai pembangkang dan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).
NAK BLOCK BUAT APA.
31 minutes ago
1 comments:
(W.P)Mcm yg Teman katakan sebelum ini,agaknye pada penghujung surat rayuan tu mesti ada tertulis:
Kami siap sedia menerima dan patuh pada arahan serta mengikut perintah
Kerajaan(BN)terutamanya UMNO,.
Kami jua pada bila bila masa akan memburukan Pakatan Pembangkang.
Salam penghargaan buat D.S Syed Hah
mid dan D.Shabery.
Maka teranglah bulan Makkal Osai.
Post a Comment