(Harakah) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak dapat hadir ke Balai Polsi Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini berhubung satu notis yang diserah polis kepadanya pagi tadi.
Notis yang menyebut supaya beliau hadir sebagi saksi atas satu laporan polis (no report 13144/08) di bawah Seksyen 27/5 Akta Polis 1969.
Notis itu berhubung Seksyen 149 Kanun Kesiksaan dipercayai atas dakwaan prhimpunan yang menyalahi undang-undang, kata Dr Wan Azizah yang ditemui di rumahnya jam 10.15 pagi tadi.
Beliau memaklumkan bahawa pegawai polis yang menyerahkan notis itu hanya dikenali sebagi ASP Farid daripada Balai Polis Dang Wangi, kerana tertera di tanda nama anggota polis itu dibajunya.
Menurut notis tersebut, penerima perlu hadir ke Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.
Turut serta bersama Wan Azizah ialah Peguamnya, Latheefa Beevi Koya dan Amir Hamzah Arshad selain kaum keluarganya.Bagaimanapun Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak kelihatan dan difahamkan baru sahaja terbang ke Abu Dhabi.
Polis datang ke rumahnya pada jam 6.30 pagi dan berjaya menyerahkan notis tersebut kira-kira jam 9.20 pagi, kata Wan Azizah.
"Saya tak lari ke mana-mana, saya cakap kepad polis itu, tetapi saya tidak dapat hadir petang ini kerana jadual saya padat hari ini,
"Saya akan meminta peguam saya menulis surat kepad pihak polis, dan saya tak pasti lagi bila boleh ke balai polis," ujarnya.
Wan Azizah memberitahu bahawa selain beliau turut menerima notis tersebut, ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Yahya Saari.
Beliau melahirkan rasa kecewanya dengan pihak polis yang hanya sibuk dengan hal politik termasuk bersungguh-sungguh menyampaikan notis tersebut kepadnya.
Walhal isu jenayah lain sebenarnya perlu diberi perhatian yang lebih serius seperti kes kehilangan Adik Sharlinie Mohd Nashar dan kes rompakan di KLIA baru-baru ini yang menyaksikan sistem keselamatan KLIA rapuh dan lemah.
"Macam mana dengan kes Sharlinie, saya nak tanya polis itu tadi, tetapi tak berkesempatan, mereka datang hantar notis dan terus berlalu begitu sahaja," katanya.
Selain itu Wan Azizah turut memberitahu bahawa tiga lagi penerima notis tersebut menyatakan tidak dapat hadir ke Balai Polis Dang Wangi petang ini memandangkan ada urusan lain.
Sementara itu peguamnya, Amir Hamzah berkata, pihaknya akan menulis surat untuk mengetahui status notis tersebut kerana tidak mendapat maklumat lanjut mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Wan Azizah.
PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.
5 minutes ago
1 comments:
perhatian utk mereka yang berminat bertugas sebagai anggota polis:
tugas2 anda adalah seperti berikut;
1.setia dan bersedia utk menjadi hamba abdi,kuli,org suruhan pemimpin umno.
2.bersedia melacurkan etika demi kepentingan umno.
3.bertindak sebagai mafia demi survival umno.
4.polis=umno=fool.
walaupun ada polis yg amanah..tetapi sesudu cuka merosakkan sebelanga susu.aku nak tuntut hak aku terhadap polis depan ALLAH nanti.
Post a Comment