Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
malaysiakini - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.
Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.
Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.
PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.
Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.... selanjutnya.
no2umno - pada waktu ini jam 2.34 pagi perkarangan Quality Hotel dipenuhi oleh ramai orang yang berkumpul menanti perkembangan mesyuarat yang sedang di jalankan.
Jun 29, 2008
ANWAR DI FTINAH LAGI?
Labels: Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment