Agendoldaily - Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pembantu peribadinya.Difahamkan pembantu peribadi yang berusia 23 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).Desas desus mengenai hal ini mula tersebar sekitar jam 10 malam Sabtu.Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah mengesahkan satu laporan polis dibuat tetapi enggan mengulas lanjut.Laporan polis itu dikatakan dibuat jam 5 petang tadi di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.
Ikut ceritanya ini bukan pertama kali dia diliwat.Sementara itu wartawan Agendadaily yang pergi untuk melihat keadaan di rumah Anwar di Bukit Segambut,Kuala Lumpur jam 1 pagi Ahad mendapati ia lengang.Cuma ada beberapa orang wartawan dan jurugambar sedang standby di situ.Ramai wartawan dan jurugambar berkejar ke Hotel Quality Inn di Shah Alam.
Anwar dikatakan berada di situ kerana menghadiri acara 'retreat' bersama para wakil rakyat PKR. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ,Datuk Wan Farid Wan Salleh ketika dihubungi Agendadaily awal pagi Ahad untuk ulas kes dakwaan liwat terhadap Anwar kata siasatan akan dijalankan ikut prosedur biasa tanpa memihak dan berlandaskan undang-undang. Beliau beri jaminan ia bebas dari unsur politik." Saya yakin dengan profesionalisme pihak polis,"katanya.Sementara itu w aktu wartawan Agendadaily tiba di lobi Hotel Quality Inn,Shah Alam pada jam 2.10 pagi ada sekitar 300 orang berkumpul di situ.
Kebanyakan mereka terdiri dari ahli PKR dan PAS. Mereka dengar ucapan Ketua Penerangan PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR kawasan Machang Saifuddin Nasution.Tian Chua yang juga Ahli Parlimen kawasan Batu minta semua bertenang.Anwar pula difahamkan berada di bilik di tingkat atas hotel itu sedang berbincang dengan para peguamnya.Tidak kelihatan sebarang kehadiran anggota polis sekitar hotel itu waktu itu.
Jun 29, 2008
Fitnah 2: Lapuran Agendadaily
Labels: Anwar Ibrahim, fitnah 2, Fitnah BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment