KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 29, 2008

Nyawa Anwar dalam bahaya - PKR

Kalau setakat meminta komisyen pun sudah boleh di bom, ini kan pula untuk mendapatkan kuasa. Hakikatnya, politik Malaysia sudah di pegang oleh manusia yang gila kuasa. Tidak kira apa akibat, yang penting, kuasa di tangan. Entah mana agama, hadhari atau kiblat, semua tu dah tak penting. Yang mustahak ... kuasa masih di tangan.

Bunuh, letup, tuduh, fitnah ... itu semua memang mainan politik beb. Bukan perkara baru. Cuma yang sedih, dah tak der idea lain ... asyik asyik sodomi. Banyak lagi kes lain .... tapi kepala otak beku, memikirkan perkara yang sama, setiap masa. Kalau ulang benda serupa, mungkin tak banyak keluar modal agaknya.

Melalui pengalaman, kini Anwar Ibrahim sudah tidak dapat dikesan. PKR sedang menyembunyikan pemimpin itu dari sebarang ancaman.

Berikut kenyataan dari malaysiakini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".

Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata tidak tetapi menegaskan Anwar berada dalam negara.

Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahawa.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.
Gua bagi pantun sikit ....

Islam Hadhari lakunan celah gigi,
Lain di mulut lain pula di hati,
Yang gila kuasa, tiada kredibiliti,
Modal tiada, cerita sama di ulang berkali kali.
Kalau ini caranya .... tak payah jadi menteri.
Rakyat dah tak suka, bila nak sedar diri?

1 comments:

Anonymous said...

Puncak Alam tempat tinggalku,
Sudah terkenal seantero dunia,
Tempat letupan si anak Monggolia,
Apa nak jadi dengan negarakuku,
Pemimpin lemah rasuah berleluasa,
Asyik berebut harta dan kuasa.

Posting terkini

Blog Archive