KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 29, 2008

Fitnah Sodomi Cubaan Cemar Maruah Bakal PM Anwar Ibrahim

suarakeadilan - Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyanggah fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sebagai tindakan terdesak dan bertujuan mencemar maruah pemimpin reformasi itu.

“Tuduhan ini jelas satu cubaan jahat dari pihak-pihak yang terdesak mahu menjatuhkan Ketua Umum Anwar Ibrahim, ketika Pakatan Rakyat semakin hampir membentuk kerajaan rakyat,” tegas Tian Chua.

Sekitar jam 5 petang tadi, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Brickfields terhadap Anwar Ibrahim. Menurut Ketua Polis Wilayah Persekutuan, pengadu menuduh Anwar Ibrahim meliwat setiausaha peribadinya.

Ini adalah kali kedua tuduhan sedemikian dibuat. Pada tahun 1998, tuduhan yang sama dilempar terhadap Anwar Ibrahim sebagai asas kepada pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pemecatan Anwar Ibrahim membawa kepada kebangkitan ‘Reformasi’ - terdiri dari jutaan rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan berunsur politik itu.

Mahkamah menggugurkan tuduhan tersebut pada 6 November 2006. Hakim Nursinah Adzmi membebaskan Anwar Ibrahim dan Sukma Dermawan Sasmitad Madja selepas Peguam Negara Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah kerajaan tidak mempunyai bukti membuktikan perilaku sumbang itu pernah berlaku.

“KeADILan kesal pihak-pihak tertentu masih menggunakan fitnah jahat ini. Anwar Ibrahim telah dibuktikan tidak bersalah, dan Mahkamah akan membuktikan tuduhan terbaru ini juga tidak berasas sama-sekali,” kata Tian Chua.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive