KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 29, 2008

Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib

harakahdaily - [...] Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin. ... selanjutnya.

no2umno - mungkinkah gambar ini yang dimaksudkan? Dan kenali saiful melalui BLOG ini

2 comments:

mangchikla said...

Tula den berpondapek, bilo dah sama ko top echelon, yg mendampingi kono la "tapisan" dulu... Apo apo kito "Husnu Zon" kat die, maner la tau kot die nih kene tekan macam si Munawar, tapi si Saiful nih maca pro Aspirasi yo maso kek uniten. Nengok komen kawan kawan nyo macam tak confident je dengan si mamat nih.

Anonymous said...

Rakyat ni bukannya buta dan bodoh.Cukuplah! jangan dilakunkan semula filem liwat ni dlm versi terbaru.Kami dah muak.Jagalah kebajikan rakyat yg masih ramai kais pagi makan pagi ni daripada asyik berebut kuasa dan jawatan.Ini tindakan org yg terdesak, memfitnah org dengan lagu yg sama, yg dah sumbang iramanya.Takutlah dengan Allah.Memfitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh orang.Kubur dah memanggil pun masih tak insaf-insaf puak ni.

Posting terkini

Blog Archive