KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 14, 2008

Apa kata Kuli?

Korang baca berita Utusmeloya hari ini? ...... Aku tak suruh beli, cuma cari berita yang FREE. Jangan caya, tapi baca....Ni dia,

Negara bankrap jika terus beri subsidi minyak - Ku Li
Negara boleh bankrap jika pemberian subsidi minyak bernilai berbilion-bilion ringgit setahun seperti yang diamalkan sejak 45 tahun, diteruskan oleh kerajaan sekarang.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, ini kerana berdasarkan kajian Petronas, simpanan minyak Malaysia hanya mampu bertahan lima tahun dari sekarang dan pemberian subsidi untuk mengimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah untuk menanganinya akan menyebabkan negara muflis. - utusmeloya
Dan korang baca pula berita dari Buletin online, ini ....
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/kuli.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kenaikan Harga Minyak Tidak Lojik, Terlalu Tinggi - Ku Li
Beliau yang pernah dilantik menjadi Pengerusi Petronas berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta Majlis Silaturrahim dan Penerangan Isu-Isu Semasa, di sini hari ini, yang bertanya adakah beliau akan menaikkan harga minyak jika dilantik menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun beliau berkata negara boleh jatuh bankrap jika kerajaan secara berterusan memberikan subsidi minyak kepada rakyat untuk mengimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah bijak untuk menanganinya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh Petronas dan dengan kadar pengeluaran sebanyak 600,000 tong sehari pada masa kini, beliau berpendapat bahawa simpanan minyak dan gas negara mungkin tidak mencukupi untuk menampung keperluan negara dalam tempoh lima tahun lagi.

Malaysia selepas itu, katanya akan terpaksa menanggung kos yang tinggi dan bergantung sepenuhnya dengan import minyak dari negara luar untuk menampung kegunaan negara.

"Harga minyak ini kalau terus diberi subsidi sebagaimana 45 tahun lalu, negara kita akan bankrap. Sekarang kita hasilkan 600,000 tong sehari ... lama kelamaan akan habis dan kita akan terpaksa mengimport minyak daripada Arab Saudi.

"Sekarang pun kita dah import dari Arab Saudi kerana hasil minyak dari perut bumi di negara ini termasuk di Terengganu tidak sesuai untuk keperluan kita seperti tar dan diesel.

Kita terpaksa menapisnya terlebih dahulu di Singapura sebelum membawanya masuk ke Malaysia," tambah beliau. - Buletinonline.
Cerita sama .... tapi keseluruhan maksudnya berlainan. Beberapa point terkandung di dalam satu berita. Antaranya, peningkatan harga terlalu tinggi dan negara akan bangkrap. Lapuran dari Utusmeloya .... hanya sebut tentang bangkrap, tapi Buletin terkandung kedua dua maksud .... korang pikir la sendiri. Siapa yang cuba sembunyi dan putar belit. Aku bukan rekomen Buletinonline, tapi selidik dulu sebelum melompat. Sebab .... media jadi alat untuk hasut .... disini Utusmeloya macam tak betul.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive