tranungkite - [...] Sehinggakan ada mengatakan Persatuan Dewan Perniagaan Cina yang membuat kunjungan hormat terhadap Anwar sejurus Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri menawarkan tugas untuk memujuk atau "membeli" wakil rakyat BN kerana mereka memerlukan seorang pemimpin bagi memulihkan kembali Ekonomi Malaysia yang sekian lama suram dengan kadar segera. Mana tidaknya, kebanyakan komuniti bisnes Cina sedang mengalami tekanan akibat ekonomi Malaysia yang teruk. Jadi kini yang berunding bukanlah ahli politik tetapi melibatkan sektor koperat!! Ramalan ini dikuatkan lagi dengan hujah beberapa pemimpin tertinggi Gerakan dari kalangan Cina kini sudah menyeberang ke Pakatan rakyat. Ada yang mengatakan bukan Sabah target Anwar tetapi MP bukan-Melayu dari Semenanjung.
Walau apapun ramalan, Anwar sudah pasti mahukan tarikh 2 September yang menjadi sejarah bagi dirinya. Kalau dikutkan tarikh tersebut adalah tarikh di mana Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, manakala pada tarikh 2 September 2004 pula tarikh keramat di mana Anwar juga dibebaskan dari penjara Sungai Buluh. Apakah 2 September 2008 Anwar ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6? Kita nantikan kesudahannya.. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment