malaysiakini - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi.
Perdana Menteri berkata sepertimana yang diperjelaskannya semalam, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.
Abdullah yang ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno negeri Terengganu, di Kuala Terengganu, ketika ditanya lanjut berhubung perkara itu, sambil tersenyum berkata:
"Nak jelas apa lagi, You (wartawan) tak faham lagi..Ohh dah faham tapi nak tanya lagi...(nak tanya) bila.
"Saya (sudah) terang (jelaskan) semalam, itu sudah jelas, bahawasanya saya dan Datuk Seri Najib memang memahami peralihan kuasa akan dijalankan dalam keadaan yang baik, elok dan tersusun dan tidak menimbulkan apa-apa masalah.
"Dan yang keduanya, yang tetapnya tentu sekali saya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib kerana dialah saya akan pilih (sebagai) pengganti saya," katanya.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment