KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 14, 2008

Demonstrasi depan Terminal One lancar, ramai juga di Pejabat Pos tuntut wang

harakahdaily - [...] Kira-kira 1000 rakyat Negeri Sembilan tidak kira usia menyertai himpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang dianjurkan Gabungan Memprotes Harga Minyak (Protes) di hadapan Terminal One Seremban hari ini.

Namun ada juga yang baru sahaja hadir ke Terminal One sebentar tadi selepas himpunan aman sebenarnya berjalan jam 11.30 pagi tadi berikutan kekeliruan maklumat masa himpunan dianjurkan.

Setakat jam 12.00 tengah hari tadi, peserta himpunan telah mengadakan himpunan dan berarak sekitar Terminal One sambil membawa sepanduk membantah kenaikan harga minyak.

Tiada kekecohan berlaku, sementara pihak berkuasa polis dan FRU masih berjaga-jaga di sekitar Terminal One hingga kini.

Turut serta dalam himpunan hari ini ialah, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramly; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamed Omar; Adun Paroi, Mohammed Taufek Abdul Ghani; kepimpinan PAS Negeri, kawasan kepimpinan Protes Pusat dan negeri; Pengerusi DAP Negeri, Loke Siew Fook dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive