takgedebe - Setelah Batu Putih diambil Singapura, maka heboh lah kita tentang Pulau Pisang tang tidak dijaga oleh tuannya, malah dibiarkan Singapura buat macam harta sendiri. Walhal perjanjian pengurusan rumah api di Pulau Pisang tersebut dimeterai sejak zaman Sultan Ibrahim lagi.
Terdapat 2 persoalan di sini:
1.Sebagai bukan orang marin, saya tertanya2 apakah rumah api masih relevan pada zaman GPS ini? Kalau masih relevan, memandangkan rumah api yang ada ini sudah termasuk kategori antik, jadikan saja ia warisan negara atau kata lainnya sebagai muzium. Oleh itu perlulah terlebih dahulu didirikan rumah api baru serba canggih yang diurus sendiri oleh Malaysia, kerana perjanjian urusan rumah api oleh Singapura hanya melibatkan rumah api yang ada sekarang.
2.Kenapa kerajaan Johor liat sangat untuk membenarkan Pulau Pisang ini dimajukan? Sedangkan tanah di pulau tersebut ada geran bermakna ada pemilik. Dulu heboh sangat dengan eco-tourism, kenapa tak diteruskan memandangkan fauna dan flora di pulau tersebut memang unik?
Atau apakah kita bersikap lewa kerana pulau ini tidak ada comercial value?
Atau ada agenda lain?
Cuba lihat peta di bawah. Kalau digabungkan Pulau Pisang dengan WPI dan Pulau Batu Putih, Singapura boleh melupakan saja projek reclamation yang giat dibuat untuk memperbesarkan tanah di pulau tersebut.... selanjutnya.
selanjutnya .....
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
1 comments:
Rumah api tetap wajib walau apa pun kaedah teknikal dapat dimajukan didunia ini. Rumah api bertindak sebagai 'visual navigation'. GPS atau alat alat lain mungkin error atau menipu kita dari masa kesemasa, rumah api adalah tetap sebagai panduan pelayaran dan juga penanda bahaya. Pulau pisang amat strategik sebagai pintu pengawal selat melaka, tiada alasan tidak dimajukan sebagai modal pelancongan atau grid pertahanan sebagaimana sweden menggunakan pulau pulau kecil sebagai kubu pertahanan pesisir pantainya.
Post a Comment